Yok Skodeng Carrot!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Lobak merah ni saya semai pada 4 Mei 2012. Benih dibeli dari pasaraya. Dipindah ke tapak menanam pada 5 Jun 2012. Daunnya lebat (mungkin boleh memperdaya) tapi macam mana dengan ubinya? Jom tanya pada yang pakar (bukan saya :p)

Photobucket
Companion planting bersama bawang dan holy basil
Photobucket

Kuis-kuis sikit nak tengok top dia. Tips dari TukangKebun (Diana). Thanks ;)

Photobucket
 Belum besar lagi daa

Oleh kerana carrot masih jauh dari saiz sasaran, mari kita teruskan merenung tomato mini ni sampai masak. Hehehe

Photobucket
Almost there!




20 ulasan:

  1. apa daunnya saja yang lebat dan umbinya kecil?...salah pupuk kali ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya masih terlalu awal untuk dituai ni Yuni, belum 2 bulan pun dipindah ke tapak tanaman. excited tengok daun lebat, tangan rasa nak tarik je. tapi kena bersabar dulu. heee ;p

      Padam
  2. wah mewahnya daun carrot tu...akak baru semai semalam...benih dari diana ..pe nasib tak taula..ni tinggal dah...tukang tanam dah balik kl...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni saya dah kuak sikit daunnya sebab nak tunjuk pangkal dia. kata TukangKebun dalam blognya carrot perlu banyak air tp kurang baja. harapnya tumbuh besar la ye kak. good luck! :)

      Padam
  3. suka dengan statement tu "merenung sampai masak" he he

    BalasPadam
  4. Wah lebat daun dia. Kiranya kuis untuk intai carrot tu bagus lagi, saya dulu brutal, saya cabut terus carrot tu, tengok dia kecik lagi, saya pun tanamlah balik hahahaha. 3 out of 4 carrot yang diperlakukan demikian hidup jua. Wani semai kat dalam newspaper pot dulu ye baru letak kat batas? 1 biji benih per pot?

    *Sama-sama join Wani merenung tomato sampai masakkkkk.. yoshhhh*

    BalasPadam
    Balasan
    1. yokkkkkk!! kikikiki
      ganasnya kak. mujur dia terus hidup. ish ishh..
      asalnya saya semai dalam polibeg. 2 butir benih dalam 1 polibeg kecik. germination hampir 100%. lepas tu bila tau pasal newspaper pots, saya asingkan setiap satu anak pokok dalam pot masing-masing. pastu baru tanam kat patch ni.

      Padam
  5. Wiw... Dasyatnya daun..saya punya ciput aja.....tahniah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. menggigil tangan ni tengok, nak tarik je rasa. kah kah

      Padam
  6. Sukanya tomato......cantik warna dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka suka suka..lepas ni tunggu herny punya pulak. bawak puteri tenung sama-sama, mungkin cepat sikit masak. kih kih kih

      Padam
  7. waaa... carrot kita semai tak jadi... T_T
    jeles eh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. benih tak bernas ke kak? try cari yang lain. jangan jeles dulu selagi belum dapat tuai dan rasa. tak tau lagi macam mana hasilnya.

      Padam
  8. salam perkenalan..besar carot awak tuh..kak puteri purnama yg bgtau sy yg awak tanam carrot..
    sy pun br first time tanam jgk.. now dah 2 bln age..baru nampak ubinya dari luar tanah..bila daun dah kekuningan tuh rsnya dah sedia utk dituai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal ummuaidan :)
      oo, 2 bulan baru boleh nampak top dia keluar tanah ye. thanks untuk info. rasa nak semai benih baru cepat-cepat nih ^___^

      Padam
  9. Memang dugaan nak tahan dari cabut. Anak tak geram nak cabut? :P. Anak saya yang Rayyan tu tak penyabar banyak carrot belum ready baru lagi naik selamba dia je cabut, tak sempat nak cakap no. baru je harvest,berteriak kat telinga nak terus makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak saya tak tau dalam tu ada barang. hehe. dia taksub dengan tomato je buat masa ni. kih kih. Rayyan dah besar, kalu dia dah nak susah nak kata 'tidak' ;p

      Padam
  10. alahai..lynn nyer kecik lagi.. x sabar nak tunggu besar mcm tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...