Resipi: Puri Kentang dan Kari 5 Minit


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari-hari makan nasi, apa kata tukar menu beli kentang pula. Dua minggu lepas saya beli banyak kentang sebagai stok. Tapi akhirnya kentang-kentang masih tak terusik sebab kekurangan idea nak memasak. Google di web dan akhirnya terjumpa bermacam-macam resipi berasaskan kentang. Giler ah, banyak juga resipi yang senang dan boleh dicuba! Kesiannya aku tak tau. Huhuhu.

Ni satu resipi yang saya dan cuba dan tersangatlah sedap. Dah dua kali buat dalam minggu ni untuk minum petang. Goreng rangup-rangup, rasa macam roti canai pun ada juga sikit-sikit. Saya ambil resipi di sini (sila rujuk untuk tips dan komen mereka yang pernah mencuba). Terima kasih pada pemilik resipi. Saya copy paste dan edit sikit je lah ye ;)


Puri Kentang 

Bahan-bahan ( anggaran 8 keping ):
125g kentang - rebus empuk dan lecek halus - (saya blender dengan sedikit air suam)
120g tepung gandum (1 cawan rata) – (agak-agak terlembik boleh tambah tepung)
1tsp garam
50ml air suam (10 sudu) – (kalau dah lembik tak payah tambah)
Secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara:
-Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.

-Tuang air hangat sedikit-sedikit ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.
  Tambah tepung jika adunan terlembik (kalau dah kisar dgn air sikit tak payah tambah air lagi).
  Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.

-Doh di bahagi 8 dan dibulat-bulatkan menjadi bebola kecil.

-Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 minit sementara 
  minyak dipanaskan di dalam kuali (saya tak tunggu pun, canai terus masuk kuali).

-Goreng doh yg dicanai sekeping-sekeping dlm minyak terendam. Sambil dibalik-balikkan dan 
  disiram-siramkan minyak pd kedua-dua belah puri (penting untuk siram minyak ni, baru la dia 
  akan kembung dan rangup).

-Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.

-Siap untuk disajikan.

Photobucket  Photobucket  
Photobucket

Makan dengan kuah kari 5 minit style saya memang sedap. Sekejap je habis. Hehehe.

Resepi Kari 5 minit - Maharani Kecik’s style ;p

Bahan-bahan:
1biji bawang merah saiz kecil -dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Halia – dihiris halus
2 sudu serbuk kari (saya guna jenama Baba’s – Adabi tak best. Huhu )
1 sudu serbuk cili (optional – saya suka pedas)
Hirisan daging ayam (anggaran 150g)
Rempah tumis (2 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, sedikit kayu manis)
1tsp garam (secukup rasa)
Serbuk perasa (optional)
Asam keping (setengah keping dah cukup)
1 cawan air (bergantung nak pekat mana, boleh tambah kalau suka cair)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Tuang minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah tumis sampai
  naik bau dan bawang layu. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari, tumis sekejap dan kemudian
  tambah sikit air.
-Masukkan hirisan daging ayam. Tutup sekejap sampai ayam masak dengan api kecil.
-Masukkan baki air, asam keping, garam dan serbuk perasa. Didihkan sekejap sampai betul-betul
  masak dan dapat kuah pekat mana yang suka.

Tak perlu santan ye puan-puan. Cubalah, memang sempoi dan senang yang amat! Masak cepat, makan pun cepat. Heheh.

Photobucket
Sara makan banyak juga. Sedaaap!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...