Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seronoknya kalau saya ada taman bunga atau herbs garden sendiri. Melihat saja landskap yang berwarna warni dengan bunga-bungaan, dan taman herba yang menghijau pasti akan menarik mata siapa sahaja yang memandang. Rasa nyaman, tenang, dan bebas tekanan!
Tetapi ingin memiliki taman sendiri boleh jadi pengalaman yang paling menyeronokkan atau hanya memeningkan kepala jika tidak betul dengan caranya. Sesetengah orang dikatakan mempunyai ‘tangan hijau’ – apa saja yang ditanam pasti menjadi dan mengeluarkan hasil yang melimpah ruah. Sesetengah orang pula dikatakan memiliki ‘tangan panas’ – bila menanam pastilah akhirnya kecewa melihat tanaman yang dibelai kering dan akhirnya menyembah bumi. Jadi anda dalam kumpulan yang mana satu? ;)
Kenapa small garden? Kerana saya sedar diri yang saya hanya ada ruang tanah yang kecil di rumah sendiri. Hehe. Tapi berdasarkan pembacaan di internet, ruang yang kecil juga mampu dimanfaatkan semaksimum mungkin dan jika kena dengan kaedah dan penyampaiannya hasilnya tetap mampu mempesonakan.
Semua gambar adalah sumbangan Google Image
Saya sukakan pokok. Sebab saya rasa pokok sangat comel. Tapi saya tak pandai berkebun. Tanam pokok kaktus pun mati. Begitu juga dgn lucky bamboo. Hehe.
BalasPadamalamak, lucky bamboo pun mati ke Lyd? haha..cuba la satu pokok yang senang ditanam, macam cili api atau pokok bunga..kalau dah besar dan keluar hasil mesti rasa bersemangat nak cuba menanam yang lain pulak :)
BalasPadamHi Wani! just nak tanya if i may buy a purple coneflower plant from you..do let me know if you are selling..u blh email i kat nicarholas07@gmail.com..by the way i love your blog to bits! thanks for the effort..
BalasPadamhi carminie nic! saya tak ada jenis bunga yang anda mahu. mungkin boleh cuba cari dari laman blog kawan-kawan yang minat menanam di bloglist saya. i'm sorry.
Padamterima kasih sudi singgah sini :)