Eksperimen #01: DIY Self-Watering Pot


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya terfikir sesuatu perlu dilakukan supaya tanaman saya kekal membesar bila terpaksa ditinggalkan selama 2-3minggu. Tanaman perlukan baja dan air supaya dapat tumbuh dengan baik. Nak beli pasu self-watering dari pasaraya tapi maaf la, memang terasa berat pulak nak keluarkan belanja besar setakat untuk pasu kecik. Bukannya kita nak beli satu, mau-mau dekat 10 biji. Isk, silap-silap makan ratus hingget juga. Tak kuasa makcik. Huhuhu.

So, saya browse di internet saja, masukkan keyword self watering container  atau self watering pot, banyak variety cara membuat sendiri (DIY) pasu self watering ni samada dalam big container (skala besar) atau pot (skala kecil). Biasanya bahan-bahan yang diperlukan adalah dari botol atau bekas yang dikitar semula dari bahan buangan isi rumah. Ini termasuk juga botol air berkarbonat/mineral, tong lama atau bekas plastik terpakai.

Photobucket

Photobucket

Saya berminat dengan kaedah menggunakan botol air berkarbonat kerana bahan-bahannya memang sudah ada. Jenis ini juga lebih mudah dikendali dan dialih serta boleh digantung. Tanaman yang ingin ditanam pula memang dari jenis kecil dan perlukan air sepanjang masa seperti sawi, bayam, daun sup dan selom. Saya tak pasti dengan hasilnya. Saya akan update dalam 2-3 minggu lagi. Insya-Allah :D


Saya rujuk nota di sini sebagai panduan. Sila klik untuk maklumat lebih lengkap.
   

Buat sendiri lebih jimat dan penuh kasih sayang. Chewah!

Jom buat!

Perlukan bahan-bahan:
Botol minuman berkarbonat/mineral bersaiz 1.5l
Pisau
Gunting
Paku dan tukul
Getah gelang
Pembaris
Tali (jika berminat untuk gantung)
Pita pelekat yang tahan lasak (binding tape pun ok)
Tanah campuran (saya beli di nursery RM2/beg)
Baja organik (saya gunakan pallet najis ayam RM6/kg)
Air
Benih sayur/anak pokok

Kaedah:

- Ukur botol anggaran 15-16cm dari tapaknya dan lilit getah gelang sebagai panduan 
   untuk memotong/menggunting.

Photobucket

- Tebuk 3 lubang pada penutup botol dengan menggunakan paku dan tukul (lubang 
   jangan terlalu besar, jangan sampai tanah terendam dengan terlalu banyak air 
   melebihi keperluan pokok)

Photobucket

- Saya tebuk satu inlet berbentuk V lebih kurang 3cm dari rim bahagian bawah botol 
   supaya saya tak perlu buka pita pelekat setiap kali ingin isi semula air** Adjust jarak 
   inlet dari rim supaya tidak tersekat dengan bahagian atas botol bila sudah dicantumkan nanti.

Photobucket

- Pasang semula tutup botol dan cantumkan kedua bahagian botol. Lekatkan dengan 
  pita pelekat kemas-kemas** Saya lekatkan juga pita pelekat di rim supaya tidak 
  terganggu dengan bucu rim yang agak tajam (dan supaya nampak lebih cantik dan kemas)

Photobucket
- Tebuk dua lubang pada sisi pasu, bubuh tali dan dipintal hujungnya.

Photobucket

- Masukkan tanah campuran sehingga ¼ pasu

Photobucket

- Masukkan pula baja organik anggaran 1 – 1.5cm tebal

Photobucket

- Isi selebihnya dengan tanah campuran. Tinggalkan sedikit ruang (anggaran 2 cm) dari rim.

Photobucket

- Tanam biji benih* atau anak pokok. Penuhkan bahagian bawah pasu dengan air.
  Siap untuk digantung. 

Photobucket

*Jika gunakan biji benih perlu diletak ditempat teduh sehingga benih bercambah dan 
  mengeluarkan set daun pertama. Kemudian alih ke kawasan dengan cahaya matahari 
  2 hari kemudian.

**Kalau tak nak gantung tak perlu pasang pita pelekat dan membuat inlet V. 
    Juga tak perlu tebuk lubang dan pasang tali.

Photobucket Photobucket
Foto ihsan dari tanamsendiri[dot]com. terima kasih :)

Kalau la eksperimen ni menjadi rasanya teringin juga nak buat lagi, mungkin guna kaedah lain untuk tanaman bunga dalam rumah pula. Kawasan kecik memang terpaksa guna segala ruang yang ada, manfaatkan segala tembok dan tiang.

Photobucket

Tiang pun tiang la, janji ada hasil. Kihkihkih.

9 ulasan:

  1. good info..sesuai untuk org yang bekerja..selalu outing/outstation.setakat ni saya beli pasu2 self watering. tapi itulah harganya agak mahal..setaka ni untuk self watering saya cuma letak bekas plastik (besen, bekas makanan) bawah pasu bunga dan isi air)

    BalasPadam
  2. Hi hernyhafiz :)

    Guna takungan air kurang sesuai kalau ditinggalkan berminggu, takut jd tempat nyamuk membiak pula. Tapi boleh guna bekas bertutup dan pasang sumbu (teori sama mcm lampu pelita hari raya) - boleh tengok pada gambar pertama di atas. Mungkin nak buat jenis yg mcm tu utk tanaman kecik dlm rumah :) tq

    BalasPadam
  3. Hi Aida Awie :)

    mesti kreatif untuk berjimat dan supaya pokok dapat cukup makan.. heheh. salam kenal :)

    BalasPadam
  4. waaaahhh...bagus bagus bagus... nampak cantik jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh..eksperimen ni mama shafirul suffian. boleh cuba untuk tanaman yang guna banyak air macam kangkung dan herba. rasanya pudina pun ok.
      thanks singgah dan tinggal komen :)

      Padam
  5. sy ada tanam pandan kt aprtment sy..leh try nie heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandan tak perlu banyak air kot Kumbang Jingga, kalau terlupa siram beberapa hari pun tak apa. tapi kalau nak tinggal lama baik juga siapkan botol yang ditebuk lubang pada penutupnya, pastu terbalikkan dalam pasu.

      terima kasih sudi singgah dan tinggal komen :)

      Padam
  6. Woаh! I'm really digging the template/theme of this website. It's ѕimple,
    yеt effectіve. A lot of timеs it's hard to get that "perfect balance" between user friendliness and visual appearance. I must say you'vе done a grеat jοb ωith this.
    Additionallу, the blog loads extremely faѕt foг
    me on Ϲhrоme. Supeгb Blog!

    Here іѕ my web-site - http://rafa.ninehub.com/blog/index.php?postid=7492

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...