Peria Comel


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selain peria biasa bersaiz besar dan peria katak, pernah dengar peria comel? Hahaha. Suka-suka hati kan nak bagi nama. Tapi saiznya memang comel. Jiran saya kata peria kampung. Entah le, tak pernah tau. Asal ada rasa peria pun dah cukup >_<

 photo PC210323_zps8b69b805.jpg

Saiz ibu jari je

Benihnya saya beli dari pasaraya. Dalam pek kecil berharga RM3-4. Gambar kat label tunjuk peria besar tapi bila tumbuh buahnya kecil-kecil pulak. Awal-awal tunggu juga buahnya kalau-kalau boleh membesar, tapi bila lebih tempoh menuai je warnanya terus bertukar kuning dan meletup menunjukkan susunan benihnya yang kemerahan. Sudahnya besar-besar saiz ibu jari saya dah petik dan simpan. Kumpul la beberapa hari nak cukupkan nak dimasak untuk satu sajian. Selalunya memang tak cukup :p

 photo PC010276_zpseeef787d.jpg

Buah yang tua akan bertukar kuning dan pecah

Tapi bagus juga sebab peria ni sentiasa berbuah. Pokoknya pun dah menyeberang pagar, melilit-lilit kat pokok ubi orang. Akak sebelah ni pulak jenis suka saya biarkan macam-macam pokok memanjat ni melintas-lintas ke kawasan rumah dia. Kadang-kadang bila terserempak jiran pun macam-macam benih kongsi menyeberang ikut pagar je. Hehee.

 photo PC210322_zpsfdda844a.jpg

 photo PC170298_zps4779ea77.jpg


Yang ni pulak budak comel main dengan anak arnab comel <3 p="">

 photo PC210326_zpsecbad847.jpg

11 ulasan:

  1. wah peria katak yang comel.Benar2 comel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa kalau kat market peria katak saiznya pun boleh tahan besar kan? hari ni petik dapat la 4 biji. simpan dulu. hehe

      Padam
  2. Peria katak ni kata orang Cina baik utk kesihatan, dpt mengurangkan risiko kencing manis dan darah tinggi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya memang suka makan peria. tak kisah la saiz katak bancet ke, katak pisang ke. tumis kering dengan telur dan cili api. perghh.. :p

      Padam
  3. Comelnyaa......... tak pernah jumpa dan belum pernah mkn lg setakat ni.
    Lamanya Wani tak update belog hinggakan si baby yg dulunya kecik skrg dah
    makin jelita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu. jelita tu kalo mcm kak sam la. ni kecik lagi, comel lote je ;)
      boleh ke peria mentah buat ulam? mcm pahit sgt kot ek?

      Padam
  4. ini peria katak yang super pahit ni...kalo yang besar gondang tu tak berapa pahit...yang ni mmg kene lidah terus terasa pahit dia. heee....suka la tgk arnab tu,comel seperti tuan dia yang bagi makan ke arnab comel tu. :)

    BalasPadam
  5. Alamak...siap ada pelakon tambahan. btw, saya makan semua sayur kecuali peria.. tak tahan ngan pahit die!

    BalasPadam
  6. Syukur dpt jiran yang sehati sejiwa... arnab & tuannya sama comel pulak! :D

    BalasPadam
  7. alalal.tiutttnyerr. makan pn x rse pahit.haha

    BalasPadam
  8. Idea yang bagus ni.. Saya pun nak try tanam Peria lepas nih.. Tapi rasanya sebab Peria tu kecil2 sebab pokok tak dapat cahaya yang cukup tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...