Resipi: Red Velvet Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nama melayunya adalah Kek Baldu Merah. Dah lama tengok resipi ni dalam blog lain tapi macam belum tergerak hati nak buat. Rasanya perlukan acara yang sesuai dengan namanya, baru ngam (mengaku malas je sudah). Huhu.

So, dijadikan cerita pada 13hb Mac 2012 adalah tarikh ulangtahun kelahiran adik lelaki yang tua, Ejan namanya. Tahun ni masuk 30 tahun tapi belum bertemu jodoh, yang sipi-sipi pun belum tentu ada. Memilih atau menunggu? Hanya Tuhan yang tahu..huahuahua..

Untuk majlis ‘besar’ menyambut kedatangan angka 3 ni rasanya sesuai untuk Red Velvet Cake membuat kemunculan. Yeah, aura rajin sikit dah datang! Kikikikik. Inilah resepi yang dicedok dari Blog Kak Fibie @ Kak Zana. Saya copy, paste dan edit sikit taruk sini ye. Silakan lawat blog beliau untuk pengalaman dan senario yang berbeza. Heheh.


Red Velvet Cake

Bahan A:
2 1/2 cwn tepung kek/superfine – saya gunakan tepung gandum
1 1/2 cwn gula castor
1 sudu kecil soda bikabonate – stok soda takde, ganti dengan baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbok koko
(semua bahan diayak)

Bahan B:
1 1/2 cwn minyak sayur  - saya guna butter
1 cwn buttermilk*
2 biji telur gred A (suhu bilik)
1 sudu makan pewarna merah – saya guna jenis serbuk, pasal tu je yang ada kat kedai Ah Leng. Hihihi.
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila

*gantian buttermilk = 1 cawan susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan atau
  1 sudu besar jus lemon atau serbuk cream of tartar. Biarkan 10 minit.

Cara-cara:
-Sediakan buttermilk kalau tak ada.

-Mesin bahan B hingga sebati dan masukkan bahan A perlahan-lahan.

-Pukul dengan kelajuan sederhana.

-Guna loyang berukuran 9 inci dan lapikkan dengan kertas. Gris dengan minyak/butter.

-Saya buat dua keping supaya tak perlu belah dua. (I don’t think I have steady hands, kang
  macam orang kena Parkinson pulak hasilnya)

-Bakar pada suhu 160C selama 20 minit. Kalau buat satu biji bakar pada suhu 170C dan masa
  bergantung pada kesesuaian dan oven masing-masing. Kalau cucuk dengan lidi dah bersih tu
  maknanya dah masak la. Kak Fibie kata dia masak lebih 1 jam.
Photobucket

Untuk frosting, boleh guna salah satu resipi ini:
Cream Cheese Frosting
:: Resipi Kak Fibie:
250ml whipping cream
200ml cream cheese  
1/2 cawan gula castor

Kaedah: 
-Kisar ketiga2 bahan tadi hingga sebati. 
-Sapukan pada tengah kek yang telah di potong dua dan juga keliling kek.

:: Resipi nadiaejat:
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter, dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gula icing

Kaedah:
-Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula
  icing dan esen vanila. 
-Kek ni lebih sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap sebelum
  dimakan.

Photobucket  Photobucket

 Menghias kek bukan bidang saya, tapi bila dah cuba terasa banyak pulak
idea nak buat macam-macam lain kali :p

Pada hemat saya, sesuai dengan namanya RVC memang ada kelas yang tersendiri. Rasa lemak dan masam manis cream cheese frosting sesuai dengan kek tersebut. Sayangnya, nasib RVC saya tak sebaik nasib RVC orang lain. Kurang penggemar di sini kerana tekstur kek yang agak padat. Mungkin kalau saya buat kek span lebih laku..mungkin la. Tapi saya ok je, sebiji kek itu saya sudah hadam dalam perut kecik saya. Sedap memang sedap. Nasib kau lah kek. 

Photobucket

Mungkin lain kali kalau nak buat lagi saya nak cuba buat dalam bentuk cupcake dan guna fresh cream atau whipping cream saja sebagai frosting ;)

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...