Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hujung Februari hingga awal Mac sangat memenatkan. Jadual padat untuk ke Rawang dan Kuala Selangor untuk melawat kakak ipar yang baru menyambut kelahiran putera baru. Anak buah ke-4 dari keluarga di Saujana Utama. Comel. Bila tengok anak-anak kecil ni rasanya teringin nak menambah sorang lagi. Hikhik.
Bulan Mac juga kami menyambut ulangtahun kelahiran Sara yang ke-2. Sambutan terpaksa dibuat awal dari tarikh sebenar iaitu 8hb Mac sebab abahnya terpaksa naik kerja pada malam 5hb Mac. Jadi sebelum bertolak ke Selangor awal-awal tempahan kek dah dibuat. Kami pilih kek bertemakan Boboiboy – superhero yang menjadi kegilaan Sara (dan mamanya!) Hahaha. Kek yang sedap ditempah dari seorang kawan di Batu Pahat, Rawida Md Yusof Satar, pemilik Home Based Bakery - Darnilicious Bakery. Memang sangat sedap..yum..yum...
Tengahari 5hb Mac tu kami (PIL, parents dan beberapa kawan yang dekat dengan lokasi) berkumpul di KFC Bukit Pasir, Batu Pahat. Senang, tak payah nak kemas rumah lepas majlis. Lagipun mana sempat nak buat persiapan bagai, balik je dari Selangor dah 3hb. Iskk, memang tak sempat. Acara bukannya rasmi dengan KFC pun, cuma tumpang potong kek dan makan-makan saja.
Parents, adik-adik dan kawan-kawan (ada yang masih belum sampai waktu ni)
Kawan-kawan Sara yang dapat datang, Asyraf (kiri) dan Ilham (tengah)
Kek baru sampai
Ying, Yaya, Gopal, dan superhero kita..Boboiboy!
Anjat kakak!
wekkkk....
Terbaekk!
Sara dah 2 tahun, dah besar dah. Harapan mama dan abah supaya Sara jadi anak yang baik, solehah, dengar kata dan rajin kemas mainan lepas main ye. Huhu. Mmuahhhs! Love u so much dear!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan