Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Cuti kali ni Pak Bujal terpaksa balik dengan menaiki bas dari Kemaman ke Segamat sebab kawan sekerja tempat beliau menumpang kasih kereta yang bernama Hassan itu balik cuti awal atas urusan keluarga. Oleh kerana Kancil sebijak saya dah dipark di rumah Hassan, so, Hassan terpaksa la jemput Pak Bujal di bus stand Segamat. Nasib baik la perjalanan ok je, biasanya kalau naik bas ni lambat sikit.
Selasa malam tu dia balik rumah, Rabu dah plan nak ke rumah mertua. Saya la paling tak sabar nak ke Batu Pahat sebab banyak buat belian online dan semuanya saya alamatkan ke rumah mertua. Hehehe. Paling seronok nak tengok hadiah yang saya menang giveaway dari blog. Akhirnya sampai juga walaupun lambat sikit dari tarikh birthday Sara. Takpe, janji sampai.
Toy Fisher-Price ni memang best dan kewwl giler lah! :D
Sara seronok dapat main masak-masak, on/off paip dan buka peti ais. Ingatkan dah dapat mainan ni boleh la mamanya duduk update blog, rupa-rupanya dia suruh mamanya duduk sebelah dia tolong tekankan pili sebab dia nak basuh tangan tak sudah-sudah..hpfffttt…
Duduk Batu Pahat sampai Jumaat pagi, sebelum tengahari dah bertolak ke Muar untuk salin beg. Tengahari tu kami dah on the way ke Rawang pulak. Setiap kali suami bercuti 2 minggu memang macam ni la, jadual tu jadi sepadat-padatnya. Cuma kali ni bezanya kami akan ke Terengganu kerana suami berkursus 3 hari. Tu yang jadi beg pun berdouble kapasitinya, barang pun bertambah banyak nak diangkut. Kereta pulak tak besar. Tak tau lah bila kereta kat bengkel tu nak siap. Tunggu sparepart original dari Taiwan tak sampai-sampai katanya. Haihhh..
Jumaat petang tu sampai Rawang, siap makan solat semua terus check pokok belakang rumah (depan rumah dah bersemak. Yang tu bahagian Pak Bujal punya. Huhu). Sempat la menyemai sikit benih.
Sabtu petang satu family sepupu (dengan anak seramai 7 orang) dan kakak ipar (4 anak - bawa sekali newborn baby boy) termasuk mak mertua serta makcik dan abang ipar dari Muar datang bertandang. Memang kucar kacir sikit la sebab notis lambat. Pukul 5ptg nak datang, 4ptg baru bagitau. Wah, memang kelam kabut lah. Dengan barang dapur tak sempat lagi nak beli semalam. Dorang dah awal-awal tempah nak dinner kat rumah. Macam ayam hilang kepala dibuatnya, dengan rumah tak berkemas lagi. Maklum le, first time nak sambut tetamu ramai camtu. Biasanya yang datang pun cuma keluarga terdekat, mak abah, mertua, dengan adik beradik. Tak sampai 8 orang pun. Setahun mungkin sekali je. Huhuhuh.
Shopping barang dapur tak sampai 10 minit kat Medan Puteri depan rumah, balik terus siap-siap hidang air. Tak sampai 10 minit diorang dah sampai.
bersesak-sesak dalam ruang tamu saya yang kiut-miut
Tuan rumah terus masuk dapur la masak untuk makan malam. Menu biasa dan cepat dimasak je lah – tumis kobis + carrot, sup ayam, sambal tumis udang. Takut nasi tak cukup, saya tambah pulak bihun celur kalau-kalau ada yang nak makan bihun sup. Kebetulan taugeh pun dah ada, tinggal blender cili + bawang putih + kicap dan gula untuk buat sambal kicap. Senang je. Masak 2 jam setengah dah siap. Tak payah risau sangat, biasanya kalau makan ramai-ramai ni cekodok bawang pun jadi sedap. Kihkihkih. Kalau notis awal boleh la buatkan kuih ke, gorengkan cemilan ke, kan.
tambah nasi
Malam tu tidur dalam kepenatan juga, Ahad pagi dah nak bersiap untuk ke Kemaman. Kemas beg lagi, bersihkan dapur, kemas rumah lepas tu terus je gerak. Nasib baik juga dapat duduk rehat kat Kemaman ni, tak payah nak memasak mengemas segala. Ngehngeh. Cerita kat Kemaman ni nanti kalau rajin saya taruk dalam entri lain pulak ;p
Petang ni kalau abang habis kursus awal mungkin terus balik rawang lah, tapi kalau lewat terpaksa tunggu esok. Harapnya dapat lah balik hari ni. Hehehe (ada makna ni)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan