Taman Mini Saya – In The Making


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Lokasi: Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang.

Seminggu duduk di rumah sendiri memang seronok. Sampai tak ingat langsung nak menulis blog. Hahaha. Konon-konon nak juga sekali-sekala mengupdate blog di Rawang, tapi kerja macam tak siap-siap pulak. Ada saja nak buat. Lagi pulak bila Pak Bujal balik dari bertugas jadual memasak ni 4 kali sehari, tak macam waktu dia tak ada, bedal saja. Sarapan dan minum petang makan biskut kering pun dah boleh dah. Hehehe.

Photobucket

Ini adalah taman mini yang tak berapa nak menjadi di rumah di Rawang. Kesian eh, dapat jumpa 2-3 minggu sekali je. Air minum pun harapkan hujan, kalau tak hujan tak minum la pokok-pokok kesayangan ni. Sob sobs…

Antara yang dah sempat ditanam adalah pokok serai, halia (dah mati terlebih minum air hujan), pandan, kangkung, cekur, oregano (ditanam dalam polibeg), kacang panjang, roselle, cili padi, karapule (daun kari) dan pokok kesum.

Photobucket

Tengok lah pokok kangkung ni. Nampak macam hidup subur, tapi bila dah potong dan masak baru tau yang batangnya agak liat sebab kurang air. Iskkk...Kangkung ni bukan ditanam dari biji benih, tapi dari cambahan akar dari sisa batang yang saya beli di NSK. Heheh.

Photobucket

Ini pulak pokok kacang panjang. Tak tau kenapa bila dah berbuah ni macam tak ada isi pulak. Boleh Nampak bentuk pod pada setiap biji kacang tu. Dah tu cepat pula bertukar ke warna kuning. 

Sebelum ni saya pernah menyemai pokok di Muar untuk di bawa ke sini. Tapi tragedi yang berlaku pada November tahun lepas menyebabkan anak-anak pokok yang dalam perjalanan terpaksa berpatah balik ke Muar dan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka. Terus diserah kepada abah untuk ditanam di kampung saja. Lagipun ada yang dah mati kekeringan sebab tuannya tengah sakit-sakit badan disebabkan kemalangan tersebut, tak sempat nak di tanam ke polybag semula. Kesiannn…

Photobucket

Photobucket

Tinggal kenangan

Photobucket

Pokok kunyit

Photobucket

Oregano (sekarang sudah sangat rimbun dan sebahagiannya 
dah dibawa ke Rawang juga)


Banyak lagi benih yang sudah dibeli atau diterima dari kawan blogger tapi masih belum disemai dan ditanam. Kalau ada peluang duduk lama sikit di BTP pasti lah akan saya luangkan lebih masa untuk menyemai, menanam dan menyusun atur tanaman-tanaman. Blog  yang biasa saya rujuk adalah Blog Tanam Sendiri. Pemilik blog ini, En. Iskandar sangat bermurah hati untuk berkongsi benih terpilih secara percuma setiap bulan dan kita juga boleh beli benih-benih lain yang beliau ada dalam simpanan. Sebahagian pendorong juga untuk saya terus menyemai dan menanam. 

Semoga cita-cita saya memiliki taman bunga dan herba sendiri akan tercapai satu hari nanti. Amin~

6 ulasan:

  1. Waaaa...petani moden rupanya shin ni.....betul ke ni? Mcm ni akk nk booking la, belakang rmh akk ada seciput tanah.....hehe..gurau jak!

    BalasPadam
  2. tengah mencuba ni kak fibie..huhu..dulu belajar pertanian juga tapi tangan tak berapa menjadi..haha..ilmu teori ada tapi ilmu praktikal tu yilek..dah jadi surirumah ni teringin pulak nak merasa hasil tanaman sendiri, lagi boleh jimat duit dapur juga, ye tak? :)
    kak fibie, jom follow me ek :p

    BalasPadam
  3. Wah Tahniah. Pokok kacang tu dah mula memanjat, tak lama lagi dapatlah hasilnya. Kangkung pun nampak rangup. Teringat pula, saya sendiri pun dah lama tak semai kangkung.

    iskandar di http://www.tanamsendiri.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi singgah di sini.
      harap dapat belajar lebih banyak ilmu menanam dan memasak sayuran tanam sendiri dari blog Tuan :)

      Padam
  4. hai Wani, salam kenal...

    emmm... kalau ikut yg saya tahu, kacang panjang tu bukan tiada isi... tapi buah tu dah matang / tua... biji-biji kacang yg ada dlm tu dah boleh buat benih semula... tunggu la batch buah berikutnya... jgn putus asa ye...

    hepi gardening... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal kak ejaMaria n__n,
      sekarang baru saya tau. mungkin masa datang tu dah terlewat beberapa hari. tapi trip kali ni saya sempat merasa sebatang, seronok rasanya dapat makan kacang panjang tanaman sendiri. buh dalam telur dadar sebab sebatang tu dah le kecik je, tak cukup nak makan 2 orang..hehehe..benih tu jenis kampung, memang tak boleh tunggu besar mcm kat pasar tu. separuh saiz kelingking dah boleh petik. rangup je.
      thanks singgah sini ye :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...