Sejak 7-8 bulan lepas saya dan Pak Bujal menghabiskan masa berulang alik ke Rawang dan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 5 hari hingga seminggu menetap di rumah yang tak-berapa-baru kitorang di Bandar Tasik Puteri. Rumah ini sudah siap sepenuhnya sejak 2005 tetapi kerana saya mempunyai seorang suami yg over protective dan saya sendri yang not so confident menyebabkan rumah semi-D 2 tingkat itu terbiar tidak berpenghuni. Kami habiskan masa sekejap-sekejap saja di sana beberapa tahun lepas, terutamanya semasa Pak Bujal bekerja di pejabat di Dayabumi.
Keadaan rumah setelah ditinggalkan selama setahun lebih. Semak sungguh!
Faktor-faktor lain juga adalah kerana kawasan perumahan tersebut masih baru dengan jiran tetangga yang boleh dikira dengan jari tangan. Jiran rumah sebelah kanan dan kiri juga belum ada, hanya 2-3 rumah bertentangan sudah occupied, itu pun rasanya sudah beberapa kali bertukar penyewa.
Hanya sejak 7-8 bulan ini apabila melihatkan usia perkahwinan sudah hampir 6 tahun, dan usia anak sudah nak masuk 2 tahun, kami merasakan mungkin sudah sampai masa kami tinggal di rumah sendiri. (selama ni saya menetap dengan parents sebab suami selalu outstation dan dia kurang berani meninggalkan kami 2 beranak berdua saja di rumah).
Malangnya 7-8 bulan itu agak lama juga. Jika dikira-kira perbelanjaan setiap bulan termasuk kos minyak dan tol, juga belanja dapur untuk dua dapur (rawang dan muar) boleh senak dibuatnya. Jadi kami ambil keputusan untuk berpindah pada 9 November 2011. Barang-barang sudah di bungkus dan dimuat ke dalam Exora. Selepas salam peluk cium penuh sebak kedua ibu bapa dan adik-adik, doa selamat juga sudah dibaca oleh abah, kami mulakan perjalanan selepas solat Zuhur.
Semuanya nampak baik sehinggalah…
BAMMM!! BUMMMMMM!!
Kami terlibat dengan kemalangan yang serius di Pagoh! Aaah, pada masa tu saya cuma terfikirkan anak dan suami saja. Mujur semuanya selamat tanpa kecederaan parah, hanya bengkak dan melecet. Syukur Alhamdulillah….
Kami terlibat dengan kemalangan yang serius di Pagoh! Aaah, pada masa tu saya cuma terfikirkan anak dan suami saja. Mujur semuanya selamat tanpa kecederaan parah, hanya bengkak dan melecet. Syukur Alhamdulillah….
Sebuah lori dari arah depan terjun masuk sungai selepas menghentam kereta kami,
manakala sebuah lagi lori masih tersangkut di belakang.
Saya bersyukur sangat pada hari itu, saya sekeluarga diberi peringatan yang ringan oleh Allah. Hanya kereta saja remuk bertembung 2 lori dari arah depan dan belakang tapi kami bertiga tidak cedera teruk. Nampaknya tujuan kami hari tu terpaksa dibatalkan. Barang-barang yang penuh satu kereta dibawa semula ke rumah mak abah, dan sekarang saya masih di Muar menunggu kereta pula keluar dari workshop – yang mungkin mengambil masa 2-3 bulan. Ya, mungkin kami perlu berulang alik selama beberapa bulan lagi sebelum berpindah ke rumah yang tak-berapa-baru di Bandar Tasik Puteri itu…
phewww! Alhamdulillah.. meremang tengok keadaan keta tuh..
BalasPadamkalau tengok kat tempat kejadian memang jangka penumpang cedera parah, syukur proton keluarkan kereta yang boleh tahan hebat! :p
Padamdan kereta tu siap selepas 7 bulan *sigh