Assalamulaikum dan selamat sejahtera,
Anak saya, Sara, baru berusia hampir 22 bulan tetapi dia sudah tahu membuat ayat yang panjang ketika berkomunikasi. Walaupun agak kucar-kacir dan tunggang-langgang tapi ia mudah difahami, agak pelat sedikit dan ada beberapa ayat yang hanya diambil bunyi hujungnya sahaja. Sara juga masih selesa menutur perkataan dengan lingkungan 2 suku kata.
Contohnya:
Basuh tangan = sangan
Abang = abam
Selimut = mut
Basikal = kan
Pandai = padai
Hidung = idum
Hujan = uujan
Sayang = sayam
Lampu = yapu
Lori = yoyi
Sila perhatikan setiap perkataan yang berakhir dengan sebutan –ng akan digantikan dengan –m (abang > abam, sayang > sayam) dan bunyi huruf ‘l’ diganti dengan huruf ‘y’ ( lampu > yapu, lori > yoyi). Tetapi banyak juga perkataan yang dapat disebut dengan terang jelas seperti kakak, biskut, bangun, duduk, masak, pintu dan banyak lagi. Mengingat nombor dari 1-10 dalam Bahasa Melayu dan Inggeris juga sudah dihafal. Hanya ABC dan Alif Baa Taa yang sekejap tenggelam timbul masih tak tau hujung pangkalnya. Kihkih. Sekali dengar memang kelakar, confident saja bila dia menyebutnya.
Satu-satunya perkataan 3 suku kata yang dapat disebut dengan jelas adalah ‘menangis’. Biasanya Sara sebut semasa saya bermain Plants vs Zombies, apabila zombi menunggang dolphin membuat kemunculan dengan suara dolphin seakan-akan menangis. Pada masa itu dia akan beriya-iya cakap, “mama, jobi menangis..siann”. Sangat annoying bila asyik diulang-ulang, terutamanya saat mamanya sedang struggle menembak zombies pada mod Survival: Endless di level 70 atau lebih! Huhu..stress, sampai boleh KO dibuatnya! (x__x”)
Baru-baru ini saya mula mendengar Sara gemar mengajuk bila orang yang lebih tua bercakap. Paling ketara adalah sebutan ‘lah’ setiap kali dia menghabiskan ayatnya. “mama, nak mamam lah”, “ala, nak nenen lah”, “kakak nak mino (MILO) lah”, pendek kata semua ayatnya berakhir dengan ‘lah’.
Sangat seronok bila melayan dia berceloteh, tapi kalau kena masa nak tidur pun dia masih nak membebel, memang kena buat dek je la. Sampai ke pukul 1 pagi pun dia larat pot pet pot pet sorang-sorang. Haihhh~
Tak sabar nak tunggu perkembangan seterusnya anak mama yang sorang nih. Mmuahhs..saayang kakak! (n__n)
Gambar diambil pada Hari Raya Aidilfitri 2011, semasa Sara berumur 1 tahun 5 bulan.
Muka obses dengan sampul duit Upin Ipin. Haha
Muka obses dengan sampul duit Upin Ipin. Haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan