Saya Menang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah setelah gigih memikirkan slogan, hasilnya saya telah berjaya memenangi salah satu hadiah saguhati dari Dumex melalui ‘A Solid Foundation Contest’!. Hadiah berupa RM500 dalam bentuk savings yang akan di bank-in ke dalam akaun Yippie Maybank Sara. Saya hantar 2 penyertaan sahaja dengan bukti pembelian setiap penyertaan adalah 3 kod bar kotak susu Mamil Mama 650g. Susu ini memang saya ambil sebagai makanan tambahan memandangkan saya menyusukan Sara sehingga kini. Varian berperisa coklatnya memang mejadi kegemaran saya. Yummy!

Sejarah pembabitan saya dalam peraduan biasanya atas sebab suka-suka saja. Sebelum ni saya pernah memenangi hadiah tajaan Kotex melalui rancangan Remaja di TV3 melalui SMS kira-kira 6 tahun lalu. Hadiah berupa wang RM 200 dan produk Kotex bernilai RM 50. Banyak juga varian Kotex disertakan dalam kiriman tersebut, jimat berbulan-bulan juga dari membeli pad dan pantyliners..heheh


Kemudian saya menangi RM1000 dari peraduan Gengstarz, juga melalui SMS di TV3 4 tahun lepas. Seronok tak terkira kerana langsung tak menduga SMS ‘suka-suka’ itu pun antara SMS tepat terawal yang diterima. Huhuhu. Dulu masa kecik-kecik ada juga saya dapat RM10 dari akhbar Utusan Jawi, tapi saya tak ingat dah butirannya. RM10 itu pun saya tak pernah merasa kerana seingat saya ianya di bank-in ke akaun bank juga. Masih kecik lagi, yang penting menang :P

Malah Pak Bujal juga tak kurang ‘bertuah’nya apabila memenangi wang RM10k pada 2006. Itu juga adalah jumlah hadiah terbesar yang pernah kami menangi, tajaan kad kredit AEON (sudah habis dibelanjakan untuk menampung hidup kami setelah 6 bulan suami tak ada job. Rezeki yang kena pada masanya..huhuhu)

Selain dari itu ada juga cabutan bertuah yang dimenangi dari pasaraya berupa hamper bernilai RM80, baucer dari Watsons dan beberapa lagi. Rasanya selepas ini saya akan cuba lagi mengasah bakat untuk menyertai lain-lain peraduan. Insya-Allah mana tau ada rezeki besar lagi, ye dok? ;D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...