Wordless Wednesday


Mengintai Dari Tirai Kamar - Banyaknya Mangga..Orang Sebelah

Photobucket

Alam dan Manusia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Cuaca sekarang kat Selangor berganti-ganti mendung dan hujan. Sekejap-sekejap panas juga tapi biasanya tak lama. Pokok-pokok sekitar rumah mula mengeluarkan bunga (ada yang disebabkan kurang siram semasa minggu perayaan tempoh hari) 

Bunga-bunga kecil yang cantik, tanda benih tak lama lagi boleh dituai dan disimpan untuk semaian akan datang. Insya-Allah. 

Hari ni masukkan gambar koleksi sepanjang minggu je. Layannn..

Photobucket
 Ladybird dan holy basil

Program Merenung Terung ;p


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Program minggu ni – merenung terung. Hahaha. Tau je la betapa seronoknya saya bila sayur yang saya tanam sendiri mula berbuah buat kali pertama. Hari-hari akan cangkung belek. Kih kih. Pokok terung jenis pendek ni saya pindahkan di patch depan. 5 pokok kesemuanya. Disemai dari biji benih yang dibeli dari blog tanamsendiri.com.

Photobucket

Bunga terung pertama (yang tidak menjadi :p)

Kembang Dahlia Pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Banyaknya bunga kat laman hari ni. Tapi yang paling dinantikan hari ni adalah bunga Dahlia. Ditanam dari biji benih yang dibeli dari tanamsendiri.com. Dari 4 pokok yang berjaya dipindahkan ke patch depan, satu pokok ni yang paling besar dan mula berputik.

Photobucket

Balik dari kampung, disambut beberapa putik Dahlia

Update Blog Lepas Raya


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alamak, lamanya tak menulis. Mood perayaan masih terasa, walaupun awal-awal lagi dah kena balik Selangor dan memerap je dalam rumah sebab semua jiran belum balik dari kampung masing-masing. Haha.
Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan yang rajin singgah di blog Maharani Kecik 
Mohon ampun maaf kalau ada terkasar bahasa, kalau ada terusik jiwa yea! >__~

Photobucket

Pagi Raya pertama di Muar

Cambahan Ogos


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bulan ni banyak juga semaian yang menjadi (memang semai benih yang baru dan fresh untuk elak frust. Haha) Banyak semaian pertengahan Julai terutama sekali dari jenis bunga yang tak mau tumbuh. Jadi concentrate tanam jenis sayuran je la bulan ni. Hati senang perut pun kenyang (pujuk hati :’p)

Photobucket

Keledek kuning yang dikambus awal bulan dah mula berdaun lebat dan menjalar
nak kacau pokok serai

Aktiviti Ramadhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Laman belakang yang sudah 2 minggu terbiar bersemak gara-gara kehadiran ulat bulu hitam dan ulat buah yang meloncat-loncat di celah rumput buat saya hampir tak berani langsung nak jejak kaki ke situ. Punya la banyak ulat bulu tu, dalam sehari boleh jumpa lebih dari 10 ekor. Dah musnahkan esok jumpa lagi. Lebih 10 ekor juga. Anak pulak asyik mengekor je kat belakang, kesian pulak kalau terkena miang ulat bulu. 


Photobucket


Apokobondo Nih?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hah, semalam petang semasa mengemas laman saya perasan pokok kari saya berdaun coklat. Bukan sikit punya coklat, banyaaak! Mulanya saya ingat terkena debu atau kotoran semasa saya menyiram sebab biasanya saya sembur air dari jauh je (getah air pendek tak sampai laman belakang. Huhu) Rupa-rupanya coklat sebab daunnya sudah rosak dilombong oleh makhluk pelik-ajaib-tak-pernah-jumpa-plak-aku ni!

Photobucket

Snowalk I-City, Shah Alam - Revisited (Dan Kisah Di Sebaliknya)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Mengelakkan diri dari bercerita tentang makanan di bulan Ramadhan ni, saya twist sikit kepada cerita jalan-jalan. Dah lama juga tak buat entri jalan-jalan cari pasal kan. Walaupun pergi sana bulan lepas, dah nak sama berkulat macam benih bunga matahari saya, tapi cerita la jugak mana tau ada yang baru nak cuba-cuba pergi ke i-City; Snowalk khususnya. Kalau sesiapa yang dah pergi banyak kali tu sila bersabar lah ye. Heheh.

Bulan lepas, asalnya dapat jemputan ‘memanaskan rumah’ kawan lama yang sama-sama belajar semasa di Serdang dulu. Al-kisah rumah barunya kat Klang, dapat la gather dengan sorang lagi bekas pelajar Animal Science Dept. Baru 2nd time jumpa sejak convocation pada 2001 (dah lebih 10 tahun!), banyak sangat nak cerita sampai masing-masing satu gambar kenangan pun tak ambil! *slap forehead

Siap sembang kawan sorang tu dah tergesa-gesa nak join marathon kat Putrajaya pulak malamnya, tuan rumah dah tentu lah sibuk nak melayan jiran dan sahabat taulan, kitorang apalagi lincah-lincah juga nak balik tapi takde plan apa pun lepas tu sebenarnya. Haha. 

Happy Birthday Papa!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ni bersempena birthday Pak Bujal yang ke-3+ (kihkih), saya selit sikit gambar terbaru anak dara Abah ni. Sejak beberapa hari ni line telefon atas kapal tak berapa elok, cakap sekejap pun asyik terputus-putus. Harap-harap dapat lah ubat rindu Abah sikit. Tinggal berapa hari je lagi nak balik kan... ;p

Photobucket

 Cuba teka macam siapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...