Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bulan ni banyak juga semaian yang menjadi (memang semai benih
yang baru dan fresh untuk elak frust. Haha) Banyak semaian pertengahan Julai
terutama sekali dari jenis bunga yang tak mau tumbuh. Jadi concentrate tanam jenis
sayuran je la bulan ni. Hati senang perut pun kenyang (pujuk hati :’p)
Keledek kuning yang dikambus awal bulan dah mula berdaun lebat dan
menjalar
nak kacau pokok serai
Benih bunga matahari yang belum cukup tua menjadi juga. Asalnya
naik 5 pokok tapi sebab bijak sangat letak pasu bawah cucur, 2 dah patah
tengkuk kena timpa air hujan. Dan 3 juga yang selamat akhirnya. Macam sumpahan pulak,
tiap kali semai akhirnya akan dapat 3 pokok je untuk ditanam. Kih kih. Lepas ni
nak semai 20 biji kuaci terus! Huhu (kalau yang hidup 3 pokok juga memang tak
tau nak cakap apa dah)
Anak pokok sunflower disemai dalam pasu sawi dan
misai
kucing (eksperimen keratan batang)
Anak kailan berusia 3 hari.
Semai pada 7 Ogos, bercambah pada 9 Ogos
Cambahan ketumbar baru naik petang semalam. Walaupun baru keluar
sepokok makcik sudah happy sangat! n___n
Benih ditabur pada malam 1 Ogos. Sepasu dengan parsley.
Penjuru bawah kanan tu rumput, tak payah teka. Haha
Ini yang terbaru. Cambahan carrot baru muncul pagi tadi. Membesar
dengan sihat dan kuat ye ;)
Semaian 7 Ogos
comel makcik
BalasPadamsapa yang comel? kih kih
Padamwah wah..byk cambahan nampak..tp kan sy rasa cambahan yang paling mudah sekali cambahan kacang hijau terkena air..cepat sangat tumbuh walaupun takder tanah..hehe
BalasPadamiye lah kan ummuaidan. 3 hari je dah boleh tuai pulak tu. boleh jadi popia, kerabu, ulam. ish ishhh...seronok... :p
PadamAs salam wani,
BalasPadamSaya pn ada semai mcm2 benih pkk tp byk yg kena curi oleh semut dan serangga yg halimunan(dia kidnap anak pokok waktu mlm..hehe..). Kalian dan bendi langsung tak bercambah sbb dibuat kenduri oleh semut gtl. Cili kulai byk yg kena tebang oleh serangga halimunan. Tinggal tunggul dan anak2 pkk yg tumbang. Bendi dan petola ular yg ok. Lps ni nk kena semai lagi..tak blh putus asa.
Pokok misai kucing mmg blh hidup dgn keratan btg. Kadar utk hidup drp keratan ialah 90% ke atas melainkan ia disemai oleh org tgn panas.
pokok cili saya hari tu kena kerat dengan ulat. besar ulatnya. nampaknya kena tanam tempat lain pulak lah kot. semai dulu dalambekas baru pindah ke tanah, mungkin lebih selamat.
PadamPokok cili lynn berbunga lebat tapi buahnya muncul2....
Padamsemoga tanaman tu sihat sejahtera bersama penanamnya..
PadamLynn: saya punya pokok cili api pun jarang berbuah, ingat nak semai yang lain. yang ada sekarang ni cuma pokok cili besar, baru berbuah 2 biji :p
Padamibu shafirul: terima kasih. Amin!~ :D
Misai miaw miaw pun wani tanam? Nak buat apa tu?
BalasPadamdaun misai kucing secara tradisionalnya digunakan untuk merawat kencing manis dan mengurangkan penyakit darah tinggi Lyd :)
Padamhttp://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=21&cat=
Seronok tengok cambahan ni. Bulan ni saya ada cambahkan okra dan kacang sepat. Dulu saya semai dan tunggu, bila pokok dah boleh dituai baru saya semai yang lain. Rupanya kena semai selalu supaya jimat masa dan tak terputus bekalan. Tapi itulah kena preparekan tempatnya banyak sikit.
BalasPadamNanti carrot tu nak pindah kan ke direct di situ? Carrot apakah? :-)
betul la Mama Pongkey. nak cari space tu yang payah. nak masuk container asyik nak kena beli tanah baru. tah mana nak sumbat bekas tu pulak. huhu.
Padamcarrot ni jenis lobak merah yang biasa tu. tapi tak tau lah nak letak mana, tempat sebelum ni macam kurang sesuai pula.
As salam Wani.. pekabar?
BalasPadamSorry lama tak singgah sini... modem I rosak.
Selamat hari raya.. :D
wa'alaikumussalam MM. saya pun sama la, balik kampung awal pastu balik selangor pun awal. singgah dunia maya sekejap-sekejap je. huhu
PadamSelamat Hari Raya ;)
Selamat Idul Fitri 1433H...minal aidzin wal fa'idzin. Mohon maaf lahir dan batin.
BalasPadamSalam lebaran juga sis Yuni. Mohon ampun lahir dan batin juga. moga idul fitri tahun ini lebih meriah ya ;D
Padam