Cambahan Ogos


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bulan ni banyak juga semaian yang menjadi (memang semai benih yang baru dan fresh untuk elak frust. Haha) Banyak semaian pertengahan Julai terutama sekali dari jenis bunga yang tak mau tumbuh. Jadi concentrate tanam jenis sayuran je la bulan ni. Hati senang perut pun kenyang (pujuk hati :’p)

Photobucket

Keledek kuning yang dikambus awal bulan dah mula berdaun lebat dan menjalar
nak kacau pokok serai

Benih bunga matahari yang belum cukup tua menjadi juga. Asalnya naik 5 pokok tapi sebab bijak sangat letak pasu bawah cucur, 2 dah patah tengkuk kena timpa air hujan. Dan 3 juga yang selamat akhirnya. Macam sumpahan pulak, tiap kali semai akhirnya akan dapat 3 pokok je untuk ditanam. Kih kih. Lepas ni nak semai 20 biji kuaci terus! Huhu (kalau yang hidup 3 pokok juga memang tak tau nak cakap apa dah)

Photobucket

Anak pokok sunflower disemai dalam pasu sawi dan 
misai kucing (eksperimen keratan batang)

Photobucket

Anak kailan berusia 3 hari. 
Semai pada 7 Ogos, bercambah pada 9 Ogos

Cambahan ketumbar baru naik petang semalam. Walaupun baru keluar sepokok makcik sudah happy sangat! n___n

Photobucket

Benih ditabur pada malam 1 Ogos. Sepasu dengan parsley.
Penjuru bawah kanan tu rumput, tak payah teka. Haha

Ini yang terbaru. Cambahan carrot baru muncul pagi tadi. Membesar dengan sihat dan kuat ye ;)

Photobucket

 Semaian 7 Ogos

17 ulasan:

  1. wah wah..byk cambahan nampak..tp kan sy rasa cambahan yang paling mudah sekali cambahan kacang hijau terkena air..cepat sangat tumbuh walaupun takder tanah..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye lah kan ummuaidan. 3 hari je dah boleh tuai pulak tu. boleh jadi popia, kerabu, ulam. ish ishhh...seronok... :p

      Padam
  2. As salam wani,
    Saya pn ada semai mcm2 benih pkk tp byk yg kena curi oleh semut dan serangga yg halimunan(dia kidnap anak pokok waktu mlm..hehe..). Kalian dan bendi langsung tak bercambah sbb dibuat kenduri oleh semut gtl. Cili kulai byk yg kena tebang oleh serangga halimunan. Tinggal tunggul dan anak2 pkk yg tumbang. Bendi dan petola ular yg ok. Lps ni nk kena semai lagi..tak blh putus asa.
    Pokok misai kucing mmg blh hidup dgn keratan btg. Kadar utk hidup drp keratan ialah 90% ke atas melainkan ia disemai oleh org tgn panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok cili saya hari tu kena kerat dengan ulat. besar ulatnya. nampaknya kena tanam tempat lain pulak lah kot. semai dulu dalambekas baru pindah ke tanah, mungkin lebih selamat.

      Padam
    2. Pokok cili lynn berbunga lebat tapi buahnya muncul2....

      Padam
    3. semoga tanaman tu sihat sejahtera bersama penanamnya..

      Padam
    4. Lynn: saya punya pokok cili api pun jarang berbuah, ingat nak semai yang lain. yang ada sekarang ni cuma pokok cili besar, baru berbuah 2 biji :p

      ibu shafirul: terima kasih. Amin!~ :D

      Padam
  3. Misai miaw miaw pun wani tanam? Nak buat apa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. daun misai kucing secara tradisionalnya digunakan untuk merawat kencing manis dan mengurangkan penyakit darah tinggi Lyd :)

      http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=21&cat=

      Padam
  4. Seronok tengok cambahan ni. Bulan ni saya ada cambahkan okra dan kacang sepat. Dulu saya semai dan tunggu, bila pokok dah boleh dituai baru saya semai yang lain. Rupanya kena semai selalu supaya jimat masa dan tak terputus bekalan. Tapi itulah kena preparekan tempatnya banyak sikit.
    Nanti carrot tu nak pindah kan ke direct di situ? Carrot apakah? :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul la Mama Pongkey. nak cari space tu yang payah. nak masuk container asyik nak kena beli tanah baru. tah mana nak sumbat bekas tu pulak. huhu.
      carrot ni jenis lobak merah yang biasa tu. tapi tak tau lah nak letak mana, tempat sebelum ni macam kurang sesuai pula.

      Padam
  5. As salam Wani.. pekabar?
    Sorry lama tak singgah sini... modem I rosak.
    Selamat hari raya.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam MM. saya pun sama la, balik kampung awal pastu balik selangor pun awal. singgah dunia maya sekejap-sekejap je. huhu
      Selamat Hari Raya ;)

      Padam
  6. Selamat Idul Fitri 1433H...minal aidzin wal fa'idzin. Mohon maaf lahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam lebaran juga sis Yuni. Mohon ampun lahir dan batin juga. moga idul fitri tahun ini lebih meriah ya ;D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...