Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Laman belakang yang sudah 2 minggu terbiar bersemak
gara-gara kehadiran ulat bulu hitam dan ulat buah yang meloncat-loncat di celah
rumput buat saya hampir tak berani langsung nak jejak kaki ke situ. Punya la
banyak ulat bulu tu, dalam sehari boleh jumpa lebih dari 10 ekor. Dah musnahkan
esok jumpa lagi. Lebih 10 ekor juga. Anak pulak asyik mengekor je kat belakang,
kesian pulak kalau terkena miang ulat bulu.
Seronoknya bulan puasa ni bila siang
tak payah masak dan bila Big Boss tak ada kerja nak buat lepas tu rajin tolong
kat kebun. Hahahaha (gelak evil). Laman belakang kurang berhasil buat masa ni sebab banyak tanaman yang mati kering akibat kurang air masa ditinggalkan seminggu bulan lepas.
Bersih giler! Good good ;D
Rajin betul Pak Bujal tolong merumput dan tanam PVC untuk
saya tanam anak pokok kacang panjang dan kacang botor yang dah terlebih masa
duduk dalam polibeg semaian. Daun pun dah kuning. Harapnya akan membesar dengan
sihat lah. Kalau tidak terpaksa semai yang baru.
Pindahkan juga 2 anak pokok markisa
Yang besar ni adalah pokok limau kasturi yang ayah mertua
beri semasa nak pindah hari tu. Dia beli pokok ni siap dengan buahnya yang
banyak! Haha. Lepas tu tak termakan, banyak limau yang gugur dan terbiar. Bila kebun
dah bersih ni baru la nampak biji-biji limau yang dah bercambah celah-celah
daun cekur. Perasan tak kat penjuru bawah kanan ada satu anak pokok yang
Pak Bujal biarkan? Tau pulak dibezakan rumput dengan anak pokok limau. Perkembangan
positif nih! (sorry Boss. Kih kih)
Boleh besar ke? Bukan selalunya orang biakkan guna tut?
Siap kemas laman belakang bawak anak dara sorang ni harvest
tomato yang dah masak. Seronok betul dia dapat petik banyak tomato.
Segar dari laman
Tapi itu cerita semalam lah. Hari ni Big Boss ada interview (Ya
Allah, perkenankanlah permintaan hamba Mu ini. Amin~) Saya pulak kat rumah cuba
resipi Biskut Suji Kristal Kak Zana ni. Pergh, memang mabeles lah! Pecah-pecah sikit sebab oversize. 2nd batch dah ok lah. Thanks untuk resipi ;)
Older post: Apokobondo Nih?
Wani..nicelah nampak tomatoes tuh..ulat bulu tuh prblm tul..tp tul jgk bila ade anak kecil elak guna racun dihalaman..jom tanam kacang botol nak kat pagar umah? ke dah ada?
BalasPadamthanks ummuaidan. rezeki anak dapat petik tomato fresh :)
Padamulat bulu ni dah habis musim, kelmarin jumpa sekor je. induk dia saya pernah jumpa sebesar kelingking! kacang botor 2 pokok yang daun kuning sebelah kiri tu. harap-harap tumbuh le, takyah semai yang baru
Wah, gerammmm tengok tomato tu.. x sabar nak rasa tomato tepi rumah lynn ni..asyik bunga jer keluar tapi putik tadak. 2day lak dpt berita yg mcm meletup dunia..diberi notis sebulan utk cari kerja lain. Hello.. depa ingat lynn ni dah mati la ni jugak ker? Takut sgt x dpt replacement?
BalasPadaminsya-Allah ada rezeki Lynn nanti. kadang-kadang buah dia muncul tanpa disedari ;)
Padamsedih dengar cerita tu. kenapa lah sampai hati buat kat orang macam tu ye. sabar ye Lynn.
betul tu Wani..dugaan satu demi satu dtg.. tapi takper..rezeki di mana2. Alasan diberhentikan ialah x boleh nak beri MC & hospital leave & Company Insurance x cover utk cancer patient, boleh gitu?
PadamYeay tenungan tomato menjadi! Hehehehe. Seronok melihatnya. Ni tomato jenis apa dan di mana dapat benihnya?
BalasPadamActually kan, biskut yang nampak cracked sikit tu yang saya rasa cantik, nampak homemade dan ada character. Tu preference saya lah. :-)
yayy! heheh. tomato ni baka tomato mini MT1, saya beli dari tanamsendiri.com. bagus benih ni, cepat bercambah dan buah pun nampaknya sangat memuaskan :)
Padamye ke kak? saya rasa kalau pecah-pecah tu cam tak menggoda pulak. saya suka makan biskut yang cantik-cantik tak pecah. kih kih
As salam wani,
BalasPadamPokok limau kasturi blh ditanam guna biji benih tapi tempoh utk ia berbuah lebih lama berbanding anak tut iaitu 5 thn. Saya ada tnm limau kasturi guna biji benih, pkk dh besar tp blm berbuah lagi sbb blm cukup umur..hehe.. Anak tut dlm polibeg/pasu pn ada buah.
wa'alaikumussalam Adry.
Padam5 tahun tu lama sungguh na. anak pun dah masuk sekolah. huhu. takpe, buat spare sementara pokok yang ada ni masih subur. mana la tau esok-esok kena ganti yang baru. thanks untuk info. kat sini baru dapat kongsi minat dan maklumat ;)
rajin betul ye, berbudi pada tanah pasti ada hasilnyer
BalasPadaminsya-Allah KA. mana yang sempat, buat isi masa lapang. ada rezeki merasa la hasilnya :)
Padamhai...makasih koment nya ya...saya perhatiin dari koment nya Wani di blog saya...koq Wani paham dialek bahasa Jawa ya?...hehe...selamat makan sahur ya....salam!
BalasPadamojo kaget sis. saya memang faham jawa sebab mak dan abah keturunan jawa. tapi bila nak cakap tu kurang pandai la. biasa dengar orang tua berbual kat rumah, speaking jawa terusss..hehe
Padamdah masak dah tomato tu....amin...untk doa & harapan wani tu...ulat loncat dah pupus dah ke? ingatkan ulat nangka je yg meloncat...
BalasPadamAlhamdulillah. insya-Allah, terima kasih kak mar :)
Padamulat loncat tu tak pasti pulak kalau dari buah mangga jiran belakang. bergayut-gayut kemain banyak lagi mangga masuk kawasan rumah saya. sabo je la nengoknya. huhu