Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Program minggu ni – merenung terung. Hahaha. Tau je la betapa
seronoknya saya bila sayur yang saya tanam sendiri mula berbuah buat kali
pertama. Hari-hari akan cangkung belek. Kih kih. Pokok terung jenis pendek ni
saya pindahkan di patch depan. 5 pokok kesemuanya. Disemai dari biji benih yang
dibeli dari blog tanamsendiri.com.
Bunga terung pertama (yang tidak menjadi :p)
Bunga terung pertama dah keluar pagi sebelum kami bertolak
balik kampung sempena Hari Raya tempohari. So sempat ambil gambar je, seminggu
lepas tu baru dapat tengok putik buah terung secara live.
Tapi satu pokok ni ada masalah sikit. Daunnya kerinting sedangkan kedudukannya agak teduh, jadi tak mungkin sebab kekurangan air. Saya sediakan botol berisi air yang ditebuk dan sekarang pun musim hujan.
Daun kerinting. Kenapa ye?
wani..psl daun kerinting tuh jgn piki sgt..janji berbuah..akak punye terung tak pernah siram once dia dah besar..dia pepandai sendiri..sihat & byk berbuah jgk...nanti buat masak kari terung yer..ke buat dalca heheh
BalasPadamyang berdaun kerinting ni berbunga tapi tak lekat buah, walhal dia la empunya bunga pertama dulu. tu yang risau sikit. saya gemar sambal tumis letak terung. masak kari sendiri tak pernah masuk terung sebab biasa masak kari india tak byk kuah dan tak pakai santan. hehe
PadamBunga sulung pokok terung saya dulu pun asyik tak lekat buah. Setelah membaca di internet, saya buat andaian sebabnya tak cukup seranga pendebunga. Saya pun pollinate sendiri bunga-bunga yang muncul berikutnya. Buat beberapa kali, kemudian tengok dah ada banyak serangga ada di taman jadi tak payah buat lagi.
Padamserangga boleh tahan banyak. masih tunggu pokok bunga berkembang untuk tarik perhatian lebih banyak pollinator. berhampiran komuniti terung ni adalah pokok tomato ceri yang sedang berbuah.
Padamkalau mencangkung dan belak-belak tu ok lagilah... kalau saya malam malam pun saya tengok pokok saya siap bawa lampu suluh hu hu.....
BalasPadamhuhuhu. lagi gempak tu. saya malam-malam cuma ngendap cacing makan dalam composting bin kat dapur je.
Padamsalam kenal Hidayah Salim. terima kasih sudi singgah dan tinggal komen ;)
sama! ha ha...
Padamkan?? hahahaha
PadamDulu masa kecik2 mak saya rajin berkebun. Macam2 pokok dia tanam termasuk pokok terung. Tapi masa tu saya bukan fokus pun dgn tanam tanaman tu. Tak de rasa nak belajar pun. Huhu. So skrg mmg apa pun tak tau pasal berkebun.
BalasPadamseronok tunggu perkembangan pokok-pokok ni. terutama sekali yang disemai dari biji benih. kagum betul bagaimana sebutir benih yang kecil akhirnya membesar dan mengeluarkan hasil untuk santapan. salah satu tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung. masya'Allah, ana kagum lah!
PadamMasa kecik2 dulu mak kerap masak sayur lemak terung campur telur. Kena pula dengan sambal belacan, memang makan terangkat punya..sedap!! Tapi kini dah lama sangat tak makan terung sebab org rumah kata terung banyak angin, wallahualam....
BalasPadamresepi terung saya cuma terhad pada sambal je. huhu. nanti bila stok terung dah banyak kena kreatif cuba resipi yang lain. macam moussaka ke *berangan lah sangatt. huhu
Padamdulu KA pown rajin berkebun pas la ni penyakit M dtg x mau pergi2 dah! hehehe
BalasPadampenyakit tu susah sikit nak ubat. kena duduk bertapa dalam gua, tak pun berendam dalam sungai. haha. insya-Allah aura bertani tu akan datang sendiri nanti. bakat dah ada, rasanya ok tu ;p
Padamselalu kalau daun kerinting ada kutu thrips... atau bena.. cuba belek2 bawah daun tu... kalau ada, spray guna racun organik resepi tuan is... mujarab... atau untuk mengelakkan serangga perosak ini, boleh juga tanam pokok selasih di sebelah pokok terung sebagai companion planting.. lepas ni kalau nak tanam terung mesti juga tanam selasih..
BalasPadamkebetulan saya memang tanam sweet basil dan holy basil sebelah pokok ni. juga sebelah bangun-bangun. rasanya bukan masalah bena. pagi ni daun makin mengerekot (istilah belajar dulu) makin kecut pokok yang sebatang ni. ntah ye...
PadamCantiknya pokok terung ni.
BalasPadamDaun kerinting ku kelihatan seperti ada leaf borer di permukaan bawah. Kalau ada, bunga tak lekat. Saya guna semburan larutan minyak masak dan pencuci pinggan. Mungkin Wani boleh cuba sembur permukaan bawah daun. Mana tahu kalau ada yang menyorok.
Alhamdulillah menjadi, walaupun anak pokok ni ada yang duduk terlalu lama dalam polibeg dan ada yang tak dapat dikenalpasti sebab tak letak label. huhu. bernas benih ni pun kira rezeki juga. terima kasih En. Iskandar :)
Padamsaya dah dapat kenalpasti banyak mealy bug bawah daun yang mengerekot baru-baru ni. sedangkan sweet basil dan holy basil paling rapat dengan pokok yang ni. tapi sekarang dia dah mula berbuah walaupun terungnya nampak agak kecil dan terbantut - 2 biji pula tu ;)
pokok terung tu tak la nampak macam tinggi,tp subur dan dah berbuah sampai 2 biji. Terung tu happy sebab dapat kasih sayang dari tuan dia. :)
BalasPadampokok terung memang tak tinggi. yang ni anggaran tinggi sikit dari paras lutut. berbuah lebat sekarang.
Padamterima kasih sudi singgah dan tinggal komen, shiro82 ;)