Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengelakkan diri dari bercerita tentang makanan di bulan Ramadhan ni, saya twist sikit kepada cerita jalan-jalan. Dah lama juga tak buat entri jalan-jalan cari pasal kan. Walaupun pergi sana bulan lepas,
dah nak sama berkulat macam benih bunga matahari saya, tapi cerita la jugak
mana tau ada yang baru nak cuba-cuba pergi ke i-City; Snowalk khususnya. Kalau sesiapa
yang dah pergi banyak kali tu sila bersabar lah ye. Heheh.
Bulan lepas, asalnya dapat jemputan ‘memanaskan rumah’ kawan
lama yang sama-sama belajar semasa di Serdang dulu. Al-kisah rumah barunya kat
Klang, dapat la gather dengan sorang lagi bekas pelajar Animal Science Dept.
Baru 2nd time jumpa sejak convocation pada 2001 (dah lebih 10
tahun!), banyak sangat nak cerita sampai masing-masing satu gambar kenangan pun
tak ambil! *slap forehead
Siap sembang kawan sorang tu dah tergesa-gesa nak join
marathon kat Putrajaya pulak malamnya, tuan rumah dah tentu lah sibuk nak
melayan jiran dan sahabat taulan, kitorang apalagi lincah-lincah juga nak balik
tapi takde plan apa pun lepas tu sebenarnya. Haha.
Lepas redah jam sikit kat Bandar Klang tu tetiba Pak Bujal
ajak singgah i-City. Papan tanda sepanjang jalan memang dah lambai-lambai la
suruh singgah. So makcik sebelah ni yang tengah control diri dari buat muka
excited pun setuju je la. Sampai tu dalam pukul 5pm, banyak parking lot kosong
(rupanya lot untuk teksi) Makcik dah aim nak masuk Snowalk je. Impian jadi
kenyataan ni weh! LOL
Sebenarnya tahun lepas dah pernah datang sekali nak masuk
Snowalk. Pergi bertiga je dengan Sara yang masa tu baru pandai berjalan. Umur baru
setahun setengah rasanya. Sekali dia kata syarat nak masuk kanak-kanak mesti
berumur 3 tahun ke atas. Kitorang dah siap bawak extra seluar untuk Sara, bawak
snowcap sendiri, bawak gloves, bawak winter jacket bagai. Tu semua barang-barang Pak
Bujal masa ikut kapal dagang dulu, sempat singgah Finland masa winter (Ciss,
mana tak jeles tengok gambar orang posing pegang snow!)
Dah sekali tak dapat nak masuk tu makcik pun simpan dendam
la lain kali mesti nak masuk jugak Snowalk ni. Dah siap plan nak bawak
sapa-sapa yang boleh ganti-ganti jaga cek mek molek sorang ni sementara Maknya
lepas gian main ais. Kah kah. Tapi kali ni tak sangka boleh bawak masuk Sara. Saya
tak tipu umur pun, 2 tahun setengah katanya boleh je masuk.
Minggu lepas ada sorang kawan tanya entrance fee, sewa kasut
etc. Secara umumnya bergantung pada masa kita masuk tu jam berapa. Fee dia
berbeza untuk yang masuk sebelum jam 6pm dan selepas jam 6pm.
i-City entrance fee (per car) : before 6pm RM1, after 6pm
RM10
Snowalk entrance fee : before 6pm RM25 (adult) RM20 (child*),
after 6pm RM35 (adult) RM30 (child*)
*Harga untuk kanak-kanak juga terpakai untuk warga emas dan
OKU
Kanak-kanak bawah 3 tahun rasanya percuma sebab Sara tak
kena apa-apa fee pun ;)
Masuk tu kalau tak ada kelengkapan boleh lah dapatkan (beli)
kat kaunter sewa kasut. Memandangkan singgah pun sehelai sepinggang, tutup mata
sebelah la hulur duit beli mana-mana yang perlu (tsk tsk)
Sewa kasut (sepasang, pelbagai saiz dengan socks percuma) :
RM10, deposit RM10
(Sewa 3 pasang kasut kena bayar RM60, tapi RM30 dapat balik
lepas pulang kasut)
*Kalau tak mau sewa but sila datang dengan kasut bertutup. Sejuk sangat kat dalam tu, karang tak berbaloi bayar mahal tapi masuk sekejap je.
Set muffler, snowcap dan gloves kanak-kanak : RM25
Gloves dewasa: RM15 sepasang
Baju sejuk : Free (tak payah sewa tapi kena pulang balik ;p)
Lain-lain kena tanya sendiri kat kaunter la. Kitorang tak
beli pun.
Barang penting dan beg boleh simpan dalam locker yang
disediakan. Sewa RM2 kalau tak silap. Simpan kunci baik-baik! Seeloknya jangan
la letak barang dalam poket baju sejuk tuh. Huhu.
Settle urusan outfit dah boleh lah masuk dalam peti sejuk
beku bersuhu bawah 50C dengan bergaya. Boleh bawa masuk kamera
sendiri dengan syarat segala kerosakan di bawah tanggungan sendiri ha. Boleh
masuk seberapa lama pun untuk sekali bayar. Kalau sejuk kat dalam tu boleh
rileks kejap kat lobi (dengan syarat tak lepas pintu keluar dewan tu)
Kitorang duduk dalam tu dekat 2 jam setengah juga. Sebab kitorang
cari pasal, kamera sudah tertinggal dalam baju sejuk yang Pak Bujal pulang kat
kaunter. Tanya balik pekerja tu kata dah handing over jaket kat pelanggan lain pulak. So
keluar masuk cuba cari baju sejuk yang bersimpul talinya (penyebab kitorang
tukar baju tu pada awalnya). Minta tolong pegawai yang handle customer
service. Nak try cari pun dah susah sebab dah lepas jam 6pm, pengunjung dah semakin
ramai. Kitorang tak boleh nak buat apa lah. Isi form je mana tau kot-kot orang
yang terjumpa tu akan pulang balik kat pengurusan. Muka memasing dah pasrah je.
Pak Bujal lagi la, terkilan juga sebab cuai tak check barang dalam poket sebelum
serah kat kaunter baju tu.
Nampak tak selesa kan? So wife yang prihatin suruh tukar jaket lain. Huhu
Saya usahakan juga masuk dalam buat muka tak malu tanya
mana-mana pengunjung yang pakai baju sejuk yang lebih kurang sama. Sayang tuu
dah banyak gambar ambil awal-awal tadi. Suami pulak tunggu kat pintu keluar
sambil perhati baju dengan tali tersimpul. Dah beberapa kali keluar masuk tu
dah rasa mengalah je, mungkin tak ada rezeki. Sampai la satu masa Pak Bujal
nampak ada satu lelaki yang gulung baju sejuk kat tangan dengan gaya jalan yang
mencurigakan. Dia suruh saya pergi tanya. Memang bertuah badan, rupanya ada
pada isteri dia. Dah dalam handbag isteri dia tau! Iskk. Dia minta maaf pulak lagi
kata tak perasan ada kamera dalam baju tu masa mula-mula ambil kat kaunter. Sampai
dalam baru perasan. Tak kisah lah, janji dapat balik pun dah kira memang
bersyukur sangat lah. Lepas cancel nama kat customer service tadi, kitorang
masuk enjoy one last time sampai berair hidung. Tangkap gambar macam tak pernah
pegang kamera. Hahaha.
Siap pulang balik baju dan kasut, pergi pulak ke bangunan Arcade
kat sebelah. Surau ada disediakan di tingkat atas. Layan anak makan
aiskrim sekejap, sambung naik ferris wheel pulak. RM10 (dewasa tempatan), Sara
FOC.
For more info please check this website
Older post: Happy Birthday Papa!
Oh ini rupanya i-City.. hehehe. Saya tak pernah pergi lagi. Thanks for the report. Lega rasa dapat balik camera tu.
BalasPadamlega rasanya Mama Pongkey. macam tak percaya boleh jumpa balik. i-city ni memang cantik pergi waktu malam, tapi sesak sikit lah.
Padamwah alhamdulillahdapat balik..depa tuh patut bila dah jumpa hantar kat servis counter bukan simpan dlm handbag..tak sangka i-city dah popular lakskrang nie yerr
BalasPadamAlhamdulillah syukur nikmat! tak mau fikir apa, dapat balik tu tak boleh nak cakap punya seronok lah. haha. sejak ada theme park yang penuh dengan attractions tu makin meriah i-city ni
Padambestkan di ict tu!
BalasPadambest best best! ;D
PadamSilonok nya... main salji. Si Sara comel sgt pakai baju musim sejuk. Mcm dekat jepun dah sy tgk.
BalasPadamdia pun kata macam tu juga. "nak tengok gambar kakak comen (comel) men air batu. fuyyoo, comen!" sangat tangan kat bahu dan jelir lidah ok
PadamHmmm...tengok foto pun dah rasa kedinginannya...mcm kat Alaska..
BalasPadamtrrr..boleh keras duduk dalam tu lama-lama. telinga pun sakit.
Padamberapa umur budak kecik yang boleh masuk?? kalau setahun lebih leh masuk tak sis?
BalasPadammasa saya pergi tu had umur minimum 3 tahun ke atas. dalam tu sejuk sangat. tak sesuai kalau baru setahun lebih, anak kecil lagi tu. takut demam dan selsema nanti
BalasPadam