Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hah, semalam petang semasa mengemas laman saya perasan pokok
kari saya berdaun coklat. Bukan sikit punya coklat, banyaaak! Mulanya saya
ingat terkena debu atau kotoran semasa saya menyiram sebab biasanya saya sembur
air dari jauh je (getah air pendek tak sampai laman belakang. Huhu)
Rupa-rupanya coklat sebab daunnya sudah rosak dilombong oleh makhluk
pelik-ajaib-tak-pernah-jumpa-plak-aku ni!
2-3 hari lepas memang saya ada nampak benda hitam-hitam ni
kat pokok kari. So saya sembur air kuat-kuat je la, ingatkan sampah. Tak belek
dan tak perhati pulak lepas tu. Malam tadi sementara tunggu Pak Bujal balik
saya cangkung tengok la. Eh eh, dia bergerak lah! Banyak pulak tu. Habis daun kari
ni rongak kena ratah.
Yang kecik-kecik ni banyak. sekejap-sekejap dia akan laga bunjut yang ada atas badan tu.
Fuh, malam tadi sempat tangkap gambar je. Hari ni baru
sempat tangkap pest ni. Amekaw! Masih tercari-cari nama dia, try Google tapi
tak jumpa-jumpa lagi.
Ulam raja at night
Si kecik ni dah dapat geng dia balik. Sekejap-sekejap dia tenung Abahnya bila Abah tengok tv, karang bila Abah tengok dia dia tengok tempat lain. Segan la kununnn..
Peminat cilik Abah
eeeiiiiwwww... apa tu.??? nengok je pun geli...cacing saya tak geli..tapi benda kat atas tu rasa geli pulak.... mcm raksasa dlm ultraman max pun ada...
BalasPadamkih kih. geli ek. kalau tengok live lagi geli sebab dia macam bergerak-gerak gitu bunjutnya. awww! kita kasi fire bulan sabit sama dia!
PadamAs salam wani,
BalasPadamSaya dh byk tgk ulat pelik2 tp yg dlm foto ni kali ptama tgk. Ulat ni larva rama-rama jenis apa agaknya? Pucuk ulam raja kalau kena lipat dn kuncup mcm tu biasanya ada ulat yg bersarang kat situ. Nk masuk kepompong jadi rama2.. Ce gi buka tgk kat pucuk tu...
Adry, yang ni bentuk memang pelik tapi katanya tak asing sebagai perosak daun kari yang terkenal. kawan kat FB bagitau yang ni mungkin larva tortoise beetle. tak tau lagi cara nak hindar/musnahkan secara biologi.
Padampagi ni saya tengok pokok ulam raja macam biasa je. tak kuncup dan bebas serangga perosak. pokok ni gemuk dan jarang dikisahkan :p
Kat FB saya kelu tak terkata. Sebab yang meratah pokok daun kari saya ulat lain, besar dan berkepompong dan dah selamat jadi rama-rama. Tak apalah rezeki dia kot.
BalasPadamComel tengok gambar si kecik cak cak abah dia, :-))) rindu la tuuu
sebelum ni memang ada ulat lain yang makan daun kari ni, jenis ulat bulu kuning. pokok ni baru nak gemuk balik dah kena serang larva ni pulak. tadi tengahari dah bersihkan dari semua perosak ni, petang tadi tengok kumbang dia dah datang lagi. sibuk nak bertelur lah tu. heeeii. geram mak!
PadamUlat nie cam keluarga snail sikit sbb lembik dan berlendir..kalu akak dah tak boleh telan air liur dah nie geli...cuba taruk racun sikit..bg takut sket wani...
BalasPadamsaya dah musnahkan cara kutip dan hapus. nak tengok dulu macam mana, kalau boleh nak elak guna racun. macam suami saya, sikit-sikit suruh sembur ridsect. dia kata kesian nak tangkap dan bunuh. lebih rela tengok binatang tu jatuh tergolek-golek. huhu
PadamUlat itu mesti peminat kari kan? Macam pacat je hitam2 berlendir gitu.
BalasPadamSbb raja nak tidur ke? hahahha. good one.
haha. macam la orang percaya. tapi dah 2 hari ni saya perhati memang pokok ulam raja kat rumah saya akan start menguncup jam 6.30pm. dekat maghrib tu memang dia dah kuncup betul macam gambar atas tu. nak tau juga orang lain punya sama ke tidak.
Padammujur ulat tu kecik je Lyd. ngeri ah. kih kih
wahahaha... alien... ;p
BalasPadammacam Enterprise kan kak maria? kapal dalam cerita Star Trek tu. hahahaha
Padamfauzie_navy,
BalasPadaminterested dgn komen korang semua...tq!! tp tolong bagi solution bagaimana nak hapuskan perosak (keturunan snail) pokok kari ni?
salam kenal fauzie_navy, baca entri terbaru saya
Padamhttp://maharani-kecik.blogspot.com/2013/06/cerita-kebun.html
nampaknya pangkas dan bakar je la yang paling berkesan. pokok kari ni senang hidup. dah togel pun dia masih mampu survive. Insya-Allah :)