Resipi: Sandwich Sardin




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Niari cerita makan-makan pulak. Hehe. Takde la resepi hebat, sekadar varian sandwich yang simple tapi sedap dimakan. Saya belajar dari seorang kawan, seorang steward semasa saya ikut suami bertugas di atas kapal dagang 7 tahun lepas. Sangat sesuai dihidang pada majlis atau acara yang dihadiri kanak-kanak. Saya yang tua ni pun suka juga. Kekeke.

Photobucket

Emak saya dulunya seorang peniaga kantin sekolah. Kiranya saya ni anak makcik kantin lah. Garang tau saya dulu. Kehkeh. Gerun la sangat mendengarnya. Saya jual sandwich ni kat sekolah. Hot item you know!

Sandwich Sardin

Bahan-bahan:

6-8 keping roti putih*
Marjerin*
Mayonis - anggaran 1/3 cawan
1 biji bawang besar saiz sederhana – dipotong dadu kecil
1 biji tomato – didadu
1 tin kecil sardin – ditos sosnya
1 biji cili api – cincang halus
Sekeping keju cheddar – optional
Daun salad – optional
Sedikit garam dan gula – jika perlu

Cara-cara:
- campur semua bahan kecuali yang bertanda * dalam satu mangkuk. Siap.
- sapu marjerin atas roti
- letak sikit inti tadi, telangkupkan satu keping roti lagi di atasnya.
- boleh dipotong 3 segi atau memanjang.
- dah boleh di makan. 

p/s: Salad dan cheddar tu boleh dicincang kasar atau diletak sekeping-sekeping antara 2 keping roti.

Senang je. Tapi dulu saya panaskan dalam sandwich maker sejurus sebelum loceng rehat berbunyi. Makan panas-panas, roti masih rangup lagi. Yum yummm…


All credits goes to Rezan aka Larry. Thanks dude! :)



7 ulasan:

  1. Anak bujang ku itu tak makan sayur de....tak mcm ibu dgn ayah, semua bedal. Mcm mana tu? Anak wani mkn sayur eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sara minat makan carrot je kak fibie. sayur jenis lembik atau berdaun dia tak minat. alangkan nasi pun dia kurang minat. dia suka jenis mi atau pasta.

      Padam
    2. niari nak test buat kuah yong tau foo akak lah. sok abg balik boleh beli barang2 frozennya pulak ;p

      Padam
  2. Ooo... campur skali ek sayur2 tu. Patut le kalo saya buat sandwich mcm ni, dia jadi tak sekata. Tak terfikir nak cmpur skali. Heheh. Bengong betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, campur sekali Lyd. ikan sardin jangan hancurkan sangat. mayonis tu pun jangan letak banyak sangat. agak-agak semua dah melekat tu ok la. srtt..terliur plak. hahahaha

      Padam
  3. Tq sis. Sy nak cr idea utk jual kat hari kantin tak lama lg.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...