Mystery Solved!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya semai sedikit benih kailan bulan lepas. Selepas menunggu hingga set daun sebenarnya keluar (hampir 4 minggu juga) saya siram hari-hari dan tunggu anak pokok cukup besar sebelum dipindahkan ke tapak menanam. Ini batch kailan pertama yang akan saya tanam sendiri, mestilah sangat excited dan tak sabar nak tunggu hasilnya pula.

Photobucket

Bila dah dipindahkan ke tanah, punya lah terkejut ungka saya pagi esoknya bila tengok 4 pokok kailan yang baru ditanam petang sebelumnya tunggang-terbalik dengan kesan tanah yang bertaburan. Anak kailan ada yang patah dua dan ada pula yang akarnya di atas manakala daunnya pula tertanam dalam tanah. Tension sampai tak ada mood nak tangkap gambar. Huhu. Saya syak ini kerja kucing yang berniat melepaskan hajat, tapi check punya check tak ada pula bau atau apa-apa ‘hasil’ yang kurang menyenangkan. Pelik la juga sekejap.


So, saya ikut nasihat En. Iskandar untuk letak batu antara pokok supaya kucing tak boleh nak kais-kais tanah yang saya longgokkan untuk menanam sayur.

Photobucket

Beberapa hari kemudian saya balik kampong dan ikut suami berkursus, 4 hari juga lah tinggalkan rumah. Balik tu tengok keadaannya dah jadi macam ni pulak. Haduii laa, sapa punya kerja ni??

Photobucket

Esoknya pagi-pagi saya bangun dan intip luar rumah. Perlahan-lahan selak langsir nampak la budak ni.

Photobucket

Kalau si kecik ni punya kerja baru la semuanya masuk akal. Kucing kecik macam ni cuma tau nak main je. Mesti dia suka main-main dengan batu yang saya letak atas tanah tu, itu yang jadinya semua berterabur walaupun tanpa ‘hasil’ – yang biasanya 'kerja' kucing besar. 

Lepas ni kalau jadi lagi terpaksa letak sungkup pulak, pakai plastik biasa je. Tebuk sikit lubang kasik anak pokok keluar baru tekan dengan batu lagi.  Ahh, tetiba rasa nak tukar tanam tempat lain pulak lah! Grrrrrrr (ikut gaya Nabil)


7 ulasan:

  1. olololo....comey...tak jadi nk marah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang comel herny, tapi marah tetap marah. grrr

      Padam
  2. ari tu tempat semaian saya pun jadi macam tu, abis tanah dikorek, ingatkan kucing, rupanya katak/kodok, abis tanah dikorek si katak tu pulak menyorok dalam tanah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. masa kat kampung pun saya tanam dalam polibeg. memang byk katak, dah la kaler sama dgn tanah. bila belek-belek pokok katak terkejut la, lompat kuar polibeg. saya pun lompat juga! keh keh keh

      Padam
  3. aloloo... tak sampai hati nak marah budak tomei tu... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni hari-hari dia datang main-main kat rumah saya tanpa segan silu sebab dah kantoi agaknya - siap bawak adik beradik dengan mak dia sekali! *pengsan*

      Padam
  4. BULUS KECIK PON RAJIN MEMBAJA JGK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...