Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersempena dengan pindah masuk ke rumah baru (pun takde la
baru sangat, baru 7 tahun) saya bersemangat nak mulakan pembikinan edible
garden saya dengan serius. Saya juga menyemai benih bunga yang dah lama saya
beli dan masih dalam keadaan baik dalam simpanan – harapnya benih-benih ini
bernas le. Ini termasuklah sayuran kalian, salad Hawaii, herba thyme, celery, parsley,
chives (kucai), tomato baka MT (mini), cili besar, capsicum, pokok bunga
seperti roselle, aster, delphinium dan cosmos. Benih kalian, salad Hawaii dan tomato
MT saya dapatkan dari blog tanamsendiri, manakala selebihnya saya beli di
pasaraya.
Saya menyemai pada 27 April jam 10 malam sebab jadual siang
sangat packed. Buat masa ni benih kalian sudah bercambah. Saya lompat-lompat
kegembiraan sekejap sebelum mendapat tahu yang kailan hanya boleh dipindahkan ke
pasu selepas set daun ketiganya keluar antara 6-8 minggu lagi T__T. 1 cambahan cosmos
juga dah menunjukkan diri.
Manakala tanaman lain yang sedia ada hanya perlu
diselenggara sedikit. Rumput rumpai sudah dicabut. Pokok kacang panjang saja
nampaknya sudah layu. Saya cadang nak betulkan semula binaan tali pancang dan
letakkan anak pokok timun jepun sementara menunggu semaian kacang panjang yang
baru. 2 anak pokok timun jepun sudah
mula sibuk mengganggu pokok jagung yang ditanam bersebelahan.
Lilit baekk punya, sampai nak koyak daun pokok jagung.
Saya perasan sejak sampai di BTP, bila saya selalu belek dan
siram at least 1 kali sehari (sebab sibuk berjalan kan) anak-anak pokok semakin
cepat membesar. Nampak sangat lah betapa kurang kasih sayangnya mereka ni. Kesiann..
Perbezaan saiz anak pokok bendi; antara yang sudah dialih ke tapak menanam
(dalam polibeg - belakang), dengan yang belum dipindahkan dari tapak semaian. Jauh sangat bezanya
(dalam polibeg - belakang), dengan yang belum dipindahkan dari tapak semaian. Jauh sangat bezanya
Yang tumbang pun ada. Aii, merajuk nampak!
Anak pokok tomato. Tumbuh dua dari enam butir benih yang disemai.
Bila la nak besar ni.
Seperti kata org tua2 berbudi pd manusia kdg2 dpt cerca, tapi berbudi pd tanah pasti ada hasilnya...
BalasPadaminsya-Allah JR :)
Padammuali sekarang nak bertanam jugalah, suka bila meihat ramai yang berucuck tanam walaupun dalma kawasan yang terhad
BalasPadaminsya-Allah, berbudi pada tanah ni tak rugi :)
Padamsalam kenal kitakokngsi. terima kasih singgah dan tinggal komen ;)