Living With A Two Years Old




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri panjang ini didedikasi untuk Anakanda tersayang

2 hari lepas Nur Qaisara Syuhada genap berumur 2 tahun 2 bulan, dan Mama dah terlewat 2 hari nak post entri ni. It is all because of you, my little princess.

Photobucket

Sara, berusia 2 hari

Situasi 1 jam sebelum lunch:

Mama kedek-kedek masuk dapur nak masak lauk tangahari. Sara sedang golek-golek dalam kolam berisi 100 biji bola  (nampak macam heaven je) sambil tengok Babytv. Mujur nasi dah masak awal dan ayam dah defrost. Hari ni tuai sikit kangkung dan cadang nak masak ayam kicap kesukaan Sara.

Tengah kupas bawang,

Sara: Mama, nak Miyo (Milo)
Mama: Nah, minum elok-elok. Duduk dulu baru minum. Jangan minum sambil berjalan ye Sayang.
Sara: Oyait (Alright). Teshu (Thank you)

Tak sampai seminit,

Sara: Mama, nak air batu.
Mama: Nah, minum Milo dulu baru makan air batu. 

Sara kedek-kedek bawak cawan duduk depan TV, atas tilam (Hoho, ni perabot penting la bila ada anak kecik, kan? Kekeke)
Sekali sekala toleh-toleh, nampak dia tengah celup tangan dalam cawan capai air batu. Milo macam tak kurang pun. Iskk…

Tiba-tiba,

Sara: Ayamak! (Alamak!) Mama, tupah! (tumpah) 

Mama jeling dari dapur. Nampak dia tengah lap-lap cadar dengan tangan kanan, tangan kiri pegang cawan. Senget-senget dan tumpah lagi.

Sara: Ayamak, tupah agi!

Mama bawak tuala kecik. Lap-lap sambil bebel.

Sara: Mama, nak main boya (bola)
Mama: Mama nak masak lah. Kakak main dulu, nanti kejap lagi kita main bola sama-sama.

Mama buat selamba masuk dapur sambil ditangisi anak dua tahunnya. Masak-masak sampai puas hati - tak sampai 20minit. Si kecik kejap-kejap menangis, kejap-kejap lompat-lompat tengok rancangan TV. Haihh~

Dah siap masak, bawak nasi satu pinggan dengan lauk campur. Tengah feeling-feeling nak makan sayur kangkung belacan tanam sendiri, tiba-tiba…Erkkk…..

Mama: Kakak uk-uk eh?

Sara selamba je main lompat-lompat lagi, makin kuat dia lompat makin kuat baunya. Wuwuwuu~
Tak jadi sambung makan, basuh tangan ajak naik. Cebok. 

Mama: Kakak bucuk ah (sambil cium-cium pipi dia. Busuk pun masih sedap jugak dicium. Kihkih)

Dah siap tu turun semula. Taknak turun sendiri, menangis-nangis nak dukung.

Bila dah mengadap nasik, ajak Sara makan sekali. Banyak juga dia makan hari ni. Puas hati walaupun penat melayan karenah. Then, bila dah siap makan Mama cakap, “Mama penat la Sayang” (sebenarnya sebab kenyang). Dia datang, “kesian Mama..” 

Iyolah Nakk….

Teringat bila Abah nak bertolak ke tempat kerjanya pada Isnin dua minggu lepas, Mama sangat yakin yang 2 minggu ni pastilah terasa sangat panjang dan menakutkan. Hanya kita berdua di rumah! Tapi Mama berjaya meyakinkan Abah dengan sengih kambing dan muka selamba habis supaya Abah tak risau berlebih-lebih pula yang akhirnya membuat mama rimas. Uhuk uhuk. Tapi tak sangka, hari ini sudah Khamis! Ya Allah, cepatnya dah dekat 2 minggu! Paling ketara, entri-entri yang sepatutnya bermula dengan ‘Pada hari ini’ terpaksa diubah kepada ‘Semalam, malah ‘ 2 hari lepas’ sebab Sara sangat tak suka tengok Mama menaip dan termangu depan laptop macam robot. Sudahlah nak upload gambar makan masa berjam, akhirnya log yang sepatutnya diupdate setiap hari pun jadi tertangguh berhari-hari. Ingatkan masa Sara tidur malam dapat la Mama menyambung karangan, sebaliknya 1-2 jam kita habiskan bergurau-gurau dan dengar Sara menyanyi Aa Ba Ta, mengeja A hingga Z  dan mengira Satu hingga Cepoyoh. Buka mata je dah dekat pukul 6.30pagi. Takpe, malam nanti boleh sambung menaip lagi.

Photobucket

 Berumur 2 bulan. Nak tido dipangkuan saja

Hari ini Mama dengar beberapa perkataan baru. Bila tengok Kakak angkat baldi kecik berisi toys dan blocks sampai senget-senget badan, Kakak cakap, “beyat (berat) Mama”. Semasa di bilik air Kakak tuang satu gayung air atas lantai yang berbuih sambil cakap, “ yicin (licin) la Mama”. Kakak juga ‘jamu’ Mama dengan kek (sebenarnya block mainan) atas pinggan mainan kecik. Siap dengan cawan. Kakak buat 2 set pinggan berisi ‘kek’ dan cawan untuk kita makan sama-sama. Bila Mama kata Kakak pandai, Kakak akan letak tangan kat bahu dan jelir lidah..’pandai lah sangat!’ Eh, betul apa!

Tak sangka Kakak dah besar, dah pandai aplikasi apa yang Kakak tengok dan dengar hari-hari. Kadang-kadang Mama baru sebut sekali tapi Kakak dah pandai ulang dan gunakan semula bila perlu. Betul-betul macam span, cepat je meresap dalam kepala ye. Bagus.

Sebenarnya Mama nak ucap terima kasih sebab Kakak telah menjayakan 2 minggu pertama kita di sini – berdua, dengan baik sekali. Walaupun kadang-kadang Kakak mengamuk tak tentu pasal, Mama percaya ianya adalah penyebab utama Mama semakin mudah melupakan masa yang biasanya lambat berlalu. Mama harap minggu-minggu seterusnya kita dapat lalui bersama-sama dengan lebih baik lagi walaupun tanpa Abah di sisi. 

Jadi anak yang baik ye Sayang, jangan suka merajuk-merajuk. Mama dan Abah saaayang Kakak! Mmmmuahhhsss!!

Photobucket

 My two years old. Rajin tolong siram pokok.

Photobucket

 Lepas ni kena rajin makan sayur pulak ye



6 ulasan:

  1. Alhamdulillah kan.. Allah kurniakan kita zuriat sbg peneman dan penyejuk hati.

    Pasti bila Sara besar nt, dia akan rajin membaca kisah2 masa kecilnya di blog ini (sebagaimana anak2 I lakukan di blog mamanya skrg).

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul MM. Syukur Alhamdulillah. rezeki yang dipinjamkan oleh Allah, moga menjadi anak yang solehah. Amin~ :)

      Padam
  2. Tgk baby Tv ke? Hahah.. Budak2 suka kan channel tu. Kalau kita yg tgk channel tu, rasa mcm arghh.. sangapnya. Kekeke.

    Dia tiru aflin shauki ke buat mcm 'pandai sangat' tu? Kelakar plak.

    Yang paling menang skali dlm entry ni ialah gmbr paling atas tu. Posing siap senyum lagi wp mata pejam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hallamak Lyd, terasa sangapnya haku! hahaha. sebenarnya mak Sara tu lagi big fan Babytv berbanding anaknya. apakah.....kehkeh
      dia ikut paman2 (pakcik2) dia yang selalu meniru aksi Afdlin tu. dah katanya comel (comel lah sangat! - tangan dibahu dan jelir lidah)
      kiut eh. masa baby dulu mmg aksi dia tidur mesti lah nak letak tangan bawah dagu. oh, how much i adore this little munchkin so much! :D

      Padam
  3. saya pon dah terikut babytv nih, si kecik asik nanyi lagu 'today my birthday is special day' pas tu dok ngomel 'dodo' nya nyam' 'pika pika' 'uk uk'. hai.. pandai betul astro pilih channel sampai bebudak ni boleh 'hook' depan tv

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat betul lah mat jon. lagi pulak anak saya ni suka memaksa maknya menyanyi bila time keluar lagu. nak tak nak terpaksa menghafal - nak tak nak la sangat *tangan di bahu dan jelir lidah.

      p/s: kalau tak sebab astro buat promosi seminggu 130 channel free hari tu takde la saya teringin sangat nak langgan babytv. dem!

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...