Update on Tulasi etc.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Semalam tulasi (holy basil) dah mula bertunas. Cepat juga pertumbuhannya, baru je disemai 5 hari lepas. Tak macam sweet basil, ambil masa berbulan! Huh! Saya nak gunakan tulasi sebagai 'buddy' disekitar edible garden kerana baunya boleh mengurangkan minat serangga perosak untuk berkunjung dan mengganggu tanaman.  Perosak yang paling terkenal menyuntik buahan dengan telurnya adalah lalat buah. Ia akan menyebabkan buahan seperti cili mengandungi larvae (ulat) apabila ranum. Walaupun sudah ada sweet basil, saya masih perlukan banyak tanaman jenis ini untuk bahagian lain edible garden saya.

Photobucket
 
Maklumat dan benih adalah dari tanamsendiri.

4 hari lepas, anak pokok cili besar juga sudah naik. Ia adalah dari batch semaian pada 27 April. Benih saya kumpul dari buah cili merah segar yang saya beli di pasar dan akhirnya kering di dapur :p

Semalam satu cambahan tomato baka MT1 juga sudah mula naik.

Sekarang tengah menunggu masa untuk bereksperimen dengan potato russet pula. Satiap hari hujan di sini sejak 3-4 hari lepas. Disamping memikirkan cara terbaik untuk elak serangan anai-anai nanti. Hmmm…


2 ulasan:

  1. Basil dalam bahasa melayu selasih ek? apa beza sweet basil dgn holy basil?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah Lyd, kita selalu panggil selasih. sweet basil biasanya yg guna dalam masakan itali, holy basil biasanya dalam masakan asia. daunnya bergerigi warna hijau tua dan purple.
      sumber: http://casaveneracion.com/holy-basil-and-sweet-basil/

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...