What To Expect: Pneumonia dan Anak BALITA



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nota: BALITA dalam bahasa Indonesia adalah bawah lima tahun
Nota 2: Kronologi kejadian hanya sebagai rujukan. Sila berjumpa doktor atau pakar untuk nasihat perubatan. Kisah berdasarkan pengalaman dan ia tidak semestinya menepati situasi dan kondisi berlainan.


Ok, duduk diam-diam. Cerita dah nak mula.

3 Jumaat lepas (11 Mei 2012) saya dan Sara alami batuk-batuk. Menjelang sabtu malam sara demam. Petang tu pula Abahnya balik dari bertugas, jadi dia agak aktif la melompat-lompat – showing off new skills pada Papanya. Ahad pagi kami bertolak balik kampong di Muar, Johor. Sara masih demam on/off dan Isnin pagi kami pergi ke klinik untuk pastikan kenapa suhu badannya sangat tinggi walaupun sudah diberi ubat. Sara jarang demam dan kebiasaanya demam kebah dalam satu hari saja dengan hanya diberi syrup panadol yang dibekalkan klinik kesihatan.

Photobucket

Hari pertama batuk
Mengejutkan, Sara didiagnose mengalami Pneumonia – serangan bakteria/virus pada paru-paru sebelah kirinya. Nafasnya tersekat-sekat, suhu badan mencecah 39.90C, selera makannya hilang dan dia kerap merengek minta didukung dan dipeluk. Di klinik Sara diberi rawatan gas untuk membuka saluran pernafasan. Mulanya saya risau dia akan tolak topeng muka tu, tapi nampaknya dia ok saja.

Photobucket

Kami dibekalkan antibiotik (Augmentin), ubat demam (ubat minum dan ubat bontot), ubat batuk dan selsema serta ubat untuk mengurangkan kahak.  Owhh, sangat banyak ubat dan saya boleh jangka untuk menyuapkannya akan memerlukan banyak tenaga dan usaha! Mujurlah Abahnya ada. Syukur. Doktor nasihatkan kami ke hospital sekiranya demam masih berterusan sehingga hari ke-4.

Setelah 1 malam di rumah mertua di Batu Pahat, Selasa pagi kami bertolak pula ke Terengganu kerana Pak Bujal perlu menghadiri kursus selama 3 hari. Sebelum tu kami singgah di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Pagoh untuk khidmat nasihat.Saya perlu lebih maklumat bagaimana untuk handle anak yang sakit, cara penjagaan dan kaedah pemberian ubat yang betul. Maklum lah anak baru sorang. Takut tak kena gaya bertambah teruk pula keadaannya. Nurse di sini memang baik-baik, terasa sayang nak tinggalkan Klinik ni kerana berpindah rumah. Uhuks..

Perjalanan terasa lebih lama kerana anak masih demam, tidak boleh duduk sediri di car seat kerana sentiasa mahu dipeluk. Symptom seterusnya bila Sara mula cirit-birit semasa masih di dalam kereta lagi, habis basah seluar maknya. Ia berterusan selama beberapa hari. Memang terkejut bila bangun je tidur tengok anak sudah baring di atas najis. Banyak hingga melimpah-limpah, cuma bezanya ia tidak berbau. Badannya nampak lemah sebab tidak mahu makan, hanya berminat dengan air kosong sahaja. Bila berdiri lama bibir dan tangannya nampak lebam kebiruan. Kuman itu mengganggu pernafasannya menyebabkan udara yang disedut terhad seterusnya bekalan oksigen yang dapat diserap oleh darah berkurangan. 

Ubat perlu diberi on time, jika prescription menyatakan diberi 3 kali sehari maka setiap 8 jam perlu bertarung bersama abahnya untuk menyuapkan ubat. Jika 4 kali sehari, maka setiap 6 jam lah. Walaupun pada pukul 3-4 pagi, mesti bangun beri ubat dan check suhu badannya. Ubat bontot pula walaupun mampu menurunkan suhu dengan cepat tidak boleh diberi terlalu kerap. Ia hanya digunakan bila suhu badan terlalu tinggi untuk elak sawan pada kanak-kanak.

Khamis petang yang juga hari ke-4 rawatan antibiotik Sara, kami bertolak balik Rawang.  Sara belum cukup sihat, sekejap-sekejap suhu badannya masih naik. Saya dah mula berkira-kira nak hantar anak ke hospital. Kebetulan kakak ipar pula bertugas di PPUM, jadi mudah untuk saya minta khidmat nasihat sikit. Oleh kerana kami sampai di Selangor agak lewat malam terpaksa tunggu keesokan paginya untuk tindakan lanjut.

Photobucket

 Dalam perjalanan balik dari Kemaman. Ni baru lepas tukar diaper kali ke-2, cirit punya pasal.

Jumaat pagi suhu badan Sara agak stabil. Kami tak jadi untuk ke PPUM sebaliknya ke klinik berdekatan di Medan Puteri BTP. Doktor sahkan paru-parunya masih belum ‘bersih’ dan antibiotik perlu diteruskan sehingga sekurang-kurangnya hari ke-7. Kami dibekalkan stok ubat demam dan Appeton dengan Lysin untuk tambah selera makan Sara.

Hari-hari seterusnya, Alhamdulillah, keadaan Sara semakin baik. Dia mula aktif untuk bangun dan bermain, selera makannya juga bertambah. Suhu badan yang kebiasaannya tinggi selepas bangun tidur juga sudah kembali normal. Syukur Alhamdulillah, berjaya juga menghadapi fasa sakitnya dengan baik. Menjelang hari ke-7 semuanya nampak semakin ok dan kami hentikan pemberian antibiotik.

Untuk ibu-ibu, dinasihatkan sekiranya anak mengalami demam melebihi 3 hari sila dapatkan rawatan di klinik. Demam ‘biasa’ sekiranya berlanjutan selama beberapa hari mungkin sebenarnya simptom untuk penyakit yang jauh lebih kronik terutamanya jika suhu badan anak melebihi 390C selama beberapa hari. Pneumonia boleh dikenalpasti secara umumnya dengan nafas pendek tersekat-sekat selain simptom lain seperti demam, batuk, selsema, kurang selera makan, anak kuat meregek kerana tidak selesa, dada sakit, kesejukan, cirit-birit dan muntah-muntah. Ia boleh datang serentak atau tidak. Bagi anak-anak yang aktif ia mungkin sukar dikesan sehingga sudah terlambat. Risiko Pneumonia boleh dikurangkan melalui pengambilan vaksin (untuk jangkitan virus). Ia walaubagaimanapun tidak termasuk dalam set pelalian yang diwajibkan kepada kanak-kanak di Malaysia.

Owh, ada siri 2 untuk kisah ni. Akan sambung lain entry sebab yang ni dah panjang sangat. Hehe. Insya-Allah.


4 ulasan:

  1. Sara panggil ayahnya papa ke abah?

    Bahaya jugak ye. Kadang2 kawan2 sy kat ofis ni, yang ada anak demam seminggu, pegi klinik biasa, doktor tak detect apa2 pun. Bila pegi pakar baru le dpt tau. So, kira baik jugak wani pegi klinik tu dia terus detect.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, bersyukur saya Lyd. walaupun Doc tu dengan muka dan gaya sinis sebijik ala Usop Wilcha (cuma loghat perak je takde)prognosis dia memang bagus. klinik tu selalu jadi rujukan kakak ipar bila ada masalah anak dia kat Batu Pahat (dia ada sorang anak istimewa). atau mungkin juga simptom nafas pendek ketara sangat menyebabkan ia dapat dikenalpasti dengan mudah. apa pun kalau tak pasti better rujuk beberapa klinik atau klinik ibu dan anak.

      sara panggil abahnya ikut suka - kadang-kadang Abah, kadang-kadang Papa (ni abahnya yang bahasakan diri, konon nak matching dgn Mama lah..kekeke)

      Padam
  2. Alhamdulillah dah pulih.
    Anak sulung I pernah jugak mengalami kesesakan nafas masa dia "Balita", tapi sehari je... doktor kata alah pada seafood.
    Oic... kg u kat Muar, rindu I nak mkn asam pedas Muar yg sedap kat Tanjung (Tanjung ke apa nama dia yg ada byk gerai tu?).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanjung Emas ke Tanjung Agas MM? biasanya orang cari mi bandung muar, kopi 434. fuhhh..rasa macam nak balik kampung lagi. hahaha

      Sara belum betul-betul baik. nampak macam ok tapi kuman yang duduk dalam paru-paru tu masih buat kerja lagi. anak MM kira alahan teruk juga ye kalau sampai sesak nafas? kakak dan adik saya kalau makan udang mula gatal-gatal, siap bengkak-bengkak muka. tapi kalau makan udang kecik, kalau udang besar dia kata ok je. itu nak kira macam mana tu? ngada-ngada ke hapa..huhuhu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...