Bunga Timun Jepun




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Pokok timun jepun dah berbunga 2 hari lepas. Seronoknya! Walaupun hati agak gundah sikit la bila tengok daunnya ada yang nampak kekuningan dan rabak-rabak digigit perosak. Tak jumpa pulak siapa punya angkara.

Photobucket

Baru saja terima benih baru dari Encik Iskandar kelmarin. Dah semai juga sikit-sikit termasuk markisa (buah ungu), marigold, ulam raja, petunia, dahlia, tomato ceri dan salad butterhead. Benih bunga matahari besar masih direndam, masuk jam ke 36. Akar belum cukup berkembang lagi.

Photobucket

Kelmarin benih lobak merah sudah bercambah. Alahai, macam mana la nasib korang nanti. Daddy dah nak balik, sure mummy sebok merayap lagi. Haii, tentatif dah panjang bersusun. Harap-harap tak perlu tinggalkan rumah lama-lama.


2 ulasan:

  1. Tak pernah dengar timun Jepun...boleh buat ulam ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh JR :)
      timun jenis ni biasa digunakan untuk buat sushi. warna hijau gelap, kurus dan panjang.
      sumber: http://www.tanamsendiri.com/2012/03/benih-untuk-dijual-timun-jepun-perfect.html

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...