Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hajat bermastautin di
Bandar Tasik Puteri yang nyaman dan permai (permai ke?) ni. Walaupun berdua saja
dengan si kecik Sara ni rasa sunyi sikit tapi lebih banyak peluang dan masa kami
dapat habiskan bersama terutama sekali bila melakukan aktiviti di dalam dan luar
rumah. Saya mesti belajar menangani rasa bosannya, dan Sara perlu belajar lebih
banyak mengenai persekitaran dan aktiviti luar rumah. Kalau di Muar selama 2
minggu ketiadaan abahnya dia tidak jejakkan kaki keluar kerana faktor keselamatan.
Rumah parents saya sangat terpencil dan beberapa kes misteri dan sadis pernah
berlaku di sekitar kawasan tersebut buat saya fobia. Ohh, lupakan saja tentang
itu…
Sebenarnya BTP ni pun bukannya sangat selamat juga. Biasa dengar
berlakunya kes pecah rumah, rompakan bersenjata dan kes-kes terpencil lain yang
diberitakan di forum BTP oleh penduduk di sini. Di mana-mana pun memang ada
risiko berlakunya kejadian jenayah, kan? Jadi waspada tu memang perlu sentiasa
ada tak kira di mana pun kita berada. Ditambah pula bila suami saya sendiri
dengar dari mulut kawan yang dah lama menetap di sini sudah sekali kerugian
puluhan ribu apabila rumah dipecah masuk, dan sekali lagi nyaris berlaku tetapi
mujur sudah dipersiapkan segala sistem keselamatan yang memberi amaran kepada
perompak dan pemilik yang keluar sebentar mengambil anak di sekolah.
Jadi bila dicampur tolak segala maklumat, persamaannnya
begini:
Suami over protective + isteri fobia + cerita kawan = (paranoid)3
Kesimpulan : arghh, mesti pasang sistem keselamatan
rumah juga!
Jadi kami pasang juga lah sistem tu. Memang kos boleh tahan juga,
tapi dibandingkan dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku, suami jauh lebih rela
mengeluarkan duit dari membahayakan nyawa insan-insan kesayangannya yang
ditinggalkan berdua ni. Peh, ayat tak hengat baii..
Banyak produk sistem keselamatan yang ada dalam pasaran
sekarang. Ada yang online, ada yang offline. Means, ada yang kena bayar bulanan
untuk khidmat central yang memberi maklumat terus kepada pihak berkuasa dan ada
juga yang hanya memberi amaran kepada pemilik rumah sekiranya berlaku pecah
masuk di premis kediaman yang mana ia hanya perlukan kos sekali seumur hidup
(one-off). Khidmat central tetap ada untuk memaklumkan kepada pemilik premis melalui
talian telefon mudah alih yang didaftarkan tanpa bayaran bulanan. Bagus kan? Samada
sudah memiliki sambungan land line atau tidak, sememangnya ada sistem keselamatan
rumah yang sesuai untuk anda.
Ini bukan promosi produk, saya bukan ejen jualan mana-mana sistem
keselamatan. Sekadar mengingatkan
keperluan sistem keselamatan yang perlu difikirkan sekiranya tinggal di kawasan
berisiko berlakunya jenayah. Berdasarkan pengalaman saya dan suami, kami sangat
sedar malang itu tidak berbau. Bukan menolak qada’ dan qadar tapi kami sudah
beberapa kali berdepan dengan jenayah dan malang yang takde bau membuatkan kami
sentiasa rasa diri tidak selamat dan sedar betapa ramainya pelaku jenayah yang
ada di sekitar kita tanpa disedari. Beringat sebelum terkena.
Saya selalu berasa sangat terusik dengan kesedihan keluarga
mangsa jenayah. Saya tahu sistem keselamatan secanggih mana bukan jaminan kita
selamat dari segala bahaya, tetapi saya tidak rela menangis kerana kecuaian
atau menyesal kerana tidak beringat semasa saya berpeluang melakukannya. Saya tidak
mahu kalah sebelum berikhtiar dan mencuba. Selebihnya terpulang pada ketentuan
Yang Esa.
Untuk kawan-kawan saya, just take care and be safe ya :)
Baik cikgu, berhati2 sepanjang masa kadang2 tak menjanjikan ketenangan. Nak tidur pun runsing selamat ke tak.
BalasPadamRumah kami ni langsong takde safety, hanya panjatkan doa setiap kali solat supaya dijauhkan segala mala petaka.
nak buat macam mana kak fibie, terpaksa lah. jiran tak ramai, suami pulak tak ada 2 minggu sebulan. saya jaga anak, anak jaga saya. takpe lah, tawakkal banyak2 moga kita selamat sejahtera dari manusia durjana. doakan juga yang terbaik untuk kawan kita yang kiut miut si Mami Jarum semoga tak jadi mangsa kali ke-3. Amin~
PadamBandar Tasik Puteri tu sebelah bandar tasik selatan ke? Heheh. Sistem keselamatan tu kena install wayar2 tersembunyi ke? Cemana central bleh detect dari jauh? Atau yg mcm alarm tu?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamLyd, bandar tasik puteri tu jauh sikit dari tasik selatan sbb dia belah utara selangor. heheh.
Padamkalau yang online perlu talian telefon rumah sbb sistem akan connect ke central melalui talian telefon. bila dia kesan ada breaching in action (forced entry atau gegaran pada grill) dia akan contact pemilik rumah melalui nombor yang kita daftar pada syarikat tu. macam yang kawan saya buat tu dia daftar ke nombor hp dia dan suami, central tak contact polis. bayar bulanan perlu kalau kita nak jenis yang central contact polis bila alarm bunyi.
yang jenis offline pulak dia akan bunyi dekat rumah bila ada forced entry atau gegaran pada grill. tak perlu line telefon. dia akan pasang wayar cantik2, even panel yang letak dalam rumah pun akan berbunyi bila dorg cuba rosakkan.
btw, amacam kes hari tu? ada cubaan pecah masuk lagi ke? dah tau penyamun mana punya keja?