Memaparkan catatan dengan label small garden ideas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label small garden ideas. Papar semua catatan

Alam dan Manusia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Cuaca sekarang kat Selangor berganti-ganti mendung dan hujan. Sekejap-sekejap panas juga tapi biasanya tak lama. Pokok-pokok sekitar rumah mula mengeluarkan bunga (ada yang disebabkan kurang siram semasa minggu perayaan tempoh hari) 

Bunga-bunga kecil yang cantik, tanda benih tak lama lagi boleh dituai dan disimpan untuk semaian akan datang. Insya-Allah. 

Hari ni masukkan gambar koleksi sepanjang minggu je. Layannn..

Photobucket
 Ladybird dan holy basil

Kembang Dahlia Pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Banyaknya bunga kat laman hari ni. Tapi yang paling dinantikan hari ni adalah bunga Dahlia. Ditanam dari biji benih yang dibeli dari tanamsendiri.com. Dari 4 pokok yang berjaya dipindahkan ke patch depan, satu pokok ni yang paling besar dan mula berputik.

Photobucket

Balik dari kampung, disambut beberapa putik Dahlia

Aktiviti Ramadhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Laman belakang yang sudah 2 minggu terbiar bersemak gara-gara kehadiran ulat bulu hitam dan ulat buah yang meloncat-loncat di celah rumput buat saya hampir tak berani langsung nak jejak kaki ke situ. Punya la banyak ulat bulu tu, dalam sehari boleh jumpa lebih dari 10 ekor. Dah musnahkan esok jumpa lagi. Lebih 10 ekor juga. Anak pulak asyik mengekor je kat belakang, kesian pulak kalau terkena miang ulat bulu. 


Photobucket


Yok Skodeng Carrot!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Lobak merah ni saya semai pada 4 Mei 2012. Benih dibeli dari pasaraya. Dipindah ke tapak menanam pada 5 Jun 2012. Daunnya lebat (mungkin boleh memperdaya) tapi macam mana dengan ubinya? Jom tanya pada yang pakar (bukan saya :p)

Photobucket
Companion planting bersama bawang dan holy basil

Patch Depan Dah Siap! Pheww~


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bersemangat betul menyiapkan kerja tertunda semalam. Tapi hari ni start awal sikit. Lepas  Sara sambung tidur jam 7am saya terus keluar pindahkan roselle, bangun-bangun, dahlia serta halia, temu pauh dan kunyit dalam polibeg untuk diletak bawah pokok bendi; ilham dari blog BangChik dan KakDah. Ramadhan tahun ni hampir setiap hari Sara terbangun jam 5am, ada juga teman saya nak bersahur :)

Photobucket

Patch Baru Separuh Siap


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Adoi laa..penatnya! Tapi kena juga siapkan sikit-sikit. Karang macam tadi, dua kali cangkul dah terkorek emas kuning hadiah kucing jiran. Arghh..tensen gue!
Semalam sempat susun batu je sebab bekalan elektrik dah masuk semula jam 4pm+. So dah tertengok My Kitchen Rules, siaran 6pm-7pm pulak tu (ni kira alasan ke hapa ni?) Hahaha.

Photobucket

Masa Untuk Pulihara Kebun


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bila dah lama tinggalkan rumah biasanya hari pertama di rumah saya akan termenung depan tingkap – tengok rumput yang subur dan tanaman yang makin layu kurang air. Mula lah pasang niat lepas ni tak mau tinggalkan rumah lama-lama lagi, kesian kat pokok yang tak terjaga. Tapi apakan daya, tiap-tiap bulan sebelum ni memang jadual penuh. Selain ikut suami berkursus perlu pula balik kampung atas bermacam sebab. Sejak berpindah ke sini memang tiap-tiap bulan balik Johor pun.

Photobucket

Daisy yang dibeli sebelum bertolak ke Kemaman. Layu sudah. Sobss

Kurang Motivasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 

Selepas beberapa hari dilanda hujan dan apabila mula terlihat kelibat pemotong rumput bermotorsikal berlegar-legar menanti mana-mana pemilik rumah yang berminat untuk mendapatkan khidmat, itu tandanya masa merumput dah bermula.

Photobucket

Eksperimen #04: DIY Baja Hijau


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bereksperimen, kali ni kita cuba buat baja sendiri pulak dan tengok hasilnya macam mana ;) 

Bahan-bahannya mudah diperolehi, jimat dan tentu sekali organik! Tambahan pula bila hari yang sepatutnya digunakan untuk berkunjung membeli baja dan tanah di nursery sudah dihabiskan di AEON Anggun dan bersiar-siar di Daiso mencari pasu. Huhuhu. So, kali ni kita proses baja yang sudah diperam lebih dua minggu sebagai makanan untuk tanaman sekitar rumah. Sebenarnya lebih lama baja ini diperam adalah lebih elok.

Memandangkan saya campur sedikit kulit mangga (sisa dapur pada petang itu) dengan sisa kangkung tua dari laman belakang, hasil peraman berbau seakan pisang tamat tempoh. Baunya manis saja, tidak busuk sama sekali. Saya mula memeram pada 10 Jun dan memerahnya pada 27 Jun - 17 hari.

Saya rujuk artikel di sini sebagai panduan. Muat turun 100 tip tanaman untuk lebih banyak maklumat berguna untuk pertanian baik. Tunjuk cara di sini hanya sebagai panduan dan membuktikan membuat baja hijau tidaklah sesusah atau serumit sehingga kita tidak boleh membuatnya sendiri di rumah. Longgarkan sendi-sendi anda dan mula memeram! :D

Bila Balik Dari Bercuti


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kawasan tanaman sekitar rumah dah mula bersemak sejak hujan mula turun beberapa hari lepas. Balik dari Johor saya juga perasan serangan serangga perosak yang sangat aktif, tapi memandangkan jadual perjalanan yang padat saya tidak sempat untuk menguruskan kesemua pokok-pokok. Pulang dari Kemaman hanya dapat menghapuskan beberapa ekor ulat bulu dan menarik keluar rumpai yang sempat dicapai tangan semasa menyiram pokok. Hmm, kira ok lah. Sorry my Darls! Huhu.

Photobucket

Di celahan daun sweet basil. Tak pernah belek, mujur baca blog Kak Maria. Thanks :)

Friday, I’m in Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini sudah Jumaat, masa untuk buat entri banyak-banyak! Hahaha (eleh, macam la ramai sangat nak baca entri dia. Kih kih) Sementara Sara tengah tidur petang ni, (selepas mengemas mainan dia yang berkati tu..mak aihh, macam tongkang pecah!) adalah lebih baik menyempatkan diri menulis sikit.

Ada beberapa gambar nak masuk dalam gardening log. Ini semua adalah tanaman pertama saya, boleh rujuk lain kali – bila masa sesuai nak menyemai, memindah dan mengutip hasil. Saya tak spesifik tarikh pada posting tapi saya letak date stamping pada gambar untuk rujukan tarikh sebenar. Antara pokok yang paling saya tak pasti nak tanam dan jaga adalah lobak merah dan kentang. 

Ingat tak dulu ada post pasal Russet potato yang dah banyak keluar mata tu. Saya tanam juga tapi dalam paip PVC. Memang bekas yang kecil, tapi apa salah mencuba. Nak juga tengok pokok kentang. Kalau betul boleh tumbuh lepas ni boleh cuba tanam dalam bekas yang besar sikit.

Photobucket

Terbaek Dari Ladang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Dah lama cuti dari update pasal perkembangan anak-anak pokok sebelah rumah. Tak banyak sangat nak cerita. Jom tengok!

Photobucket

Bunga-bunga matahari yang dah kembang.

Mystery Solved!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya semai sedikit benih kailan bulan lepas. Selepas menunggu hingga set daun sebenarnya keluar (hampir 4 minggu juga) saya siram hari-hari dan tunggu anak pokok cukup besar sebelum dipindahkan ke tapak menanam. Ini batch kailan pertama yang akan saya tanam sendiri, mestilah sangat excited dan tak sabar nak tunggu hasilnya pula.

Photobucket

Bila dah dipindahkan ke tanah, punya lah terkejut ungka saya pagi esoknya bila tengok 4 pokok kailan yang baru ditanam petang sebelumnya tunggang-terbalik dengan kesan tanah yang bertaburan. Anak kailan ada yang patah dua dan ada pula yang akarnya di atas manakala daunnya pula tertanam dalam tanah. Tension sampai tak ada mood nak tangkap gambar. Huhu. Saya syak ini kerja kucing yang berniat melepaskan hajat, tapi check punya check tak ada pula bau atau apa-apa ‘hasil’ yang kurang menyenangkan. Pelik la juga sekejap.

Cuci Mata Part Two



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selepas seminggu setengah, ini lah rupa jawapan yang saya cari.


Photobucket

Masih lambat nak jumpa buah jagung manis. Sebelum ni yang sebelah kanan lebih kurang saiz yang kiri tu, tinggi kurang lebih paras pinggang. Balik-balik tengok tetiba dia jadi tinggi hampir paras bahu.

Bunga Timun Jepun




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Pokok timun jepun dah berbunga 2 hari lepas. Seronoknya! Walaupun hati agak gundah sikit la bila tengok daunnya ada yang nampak kekuningan dan rabak-rabak digigit perosak. Tak jumpa pulak siapa punya angkara.

Photobucket

Baru saja terima benih baru dari Encik Iskandar kelmarin. Dah semai juga sikit-sikit termasuk markisa (buah ungu), marigold, ulam raja, petunia, dahlia, tomato ceri dan salad butterhead. Benih bunga matahari besar masih direndam, masuk jam ke 36. Akar belum cukup berkembang lagi.

Photobucket

Kelmarin benih lobak merah sudah bercambah. Alahai, macam mana la nasib korang nanti. Daddy dah nak balik, sure mummy sebok merayap lagi. Haii, tentatif dah panjang bersusun. Harap-harap tak perlu tinggalkan rumah lama-lama.


Update on Tulasi etc.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Semalam tulasi (holy basil) dah mula bertunas. Cepat juga pertumbuhannya, baru je disemai 5 hari lepas. Tak macam sweet basil, ambil masa berbulan! Huh! Saya nak gunakan tulasi sebagai 'buddy' disekitar edible garden kerana baunya boleh mengurangkan minat serangga perosak untuk berkunjung dan mengganggu tanaman.  Perosak yang paling terkenal menyuntik buahan dengan telurnya adalah lalat buah. Ia akan menyebabkan buahan seperti cili mengandungi larvae (ulat) apabila ranum. Walaupun sudah ada sweet basil, saya masih perlukan banyak tanaman jenis ini untuk bahagian lain edible garden saya.

Photobucket
 
Maklumat dan benih adalah dari tanamsendiri.

4 hari lepas, anak pokok cili besar juga sudah naik. Ia adalah dari batch semaian pada 27 April. Benih saya kumpul dari buah cili merah segar yang saya beli di pasar dan akhirnya kering di dapur :p

Semalam satu cambahan tomato baka MT1 juga sudah mula naik.

Sekarang tengah menunggu masa untuk bereksperimen dengan potato russet pula. Satiap hari hujan di sini sejak 3-4 hari lepas. Disamping memikirkan cara terbaik untuk elak serangan anai-anai nanti. Hmmm…


Kubu Kompos Dah Siap!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Basah ketiak mengangkut bata. Kira workout juga nih. Kihkih. Mujurlah Sara sibuk berangan menyanyi dengan kartun pujaannya kat dalam. Biasanya bawak dia keluar untuk siram pokok waktu pagi tapi dia sibuk ‘buat kuih’ pulak. Silap-silap setengah jam je kat luar, mummy tak tahan nak vomit bau poopoo dia. Ceh!

Photobucket

Fortress in the making

Photobucket

Dah siap

Depan je cantik, belakang masih tak penuh lagi. Yang penting angin dapat masuk dan kompos dapat terurai dengan baik. Kompos yang baik tidak akan berbau busuk, baunya seakan segar hutan. Bau kayuan - itu adalah bau bahan organik yang terurai. Dan seronoknya saya terjumpa beberapa ekor anak cacing. ‘Tak sempat’ snap gambar sebab saya ‘malu’ lah. Erkk..

Photobucket

Perkembangan yang lain selain cambahan kalian dan cosmos yang semakin naik, bunga matahari juga sudah dipindah ke halaman. Cepat-cepat berbunga ye Miss SF.

Photobucket

Yang kiri sekali adalah pokok bunga telang sedang cuba beramah mesra dengan Miss SF di sebelahnya. Pokok bunga telang jenis pokok menjalar, mesti dia nak hugs Miss SF nanti. No way! Saya dah pisahkan sikit. Tegur dari jauh je.

Photobucket

Yang ni anak pokok timun jepun. Dah pandai memanjat tali pancang. Cepat betul dia melilit. Baru pindahkan 2 hari lepas. Hmm. Harap-harap dapat la peluang merasa timun tanam sendiri. Amin~


Buat Kompos / Baja Sendiri



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Longgokan kompos dari daun pokok mangga kering jiran sebelah dicampur rumput yang dicabut dan sisa mentah dari dapur (pastikan bebas minyak) yang berusia hampir 4 bulan nampak semakin matang dan sudah digunakan sedikit.

Photobucket

Dulu selalu juga rasa daun-daun kering ni menyemakkan ruang belakang rumah saya, tapi sejak mengikuti blog bertanam barulah tahu yang ianya boleh ditukar kepada baja/kompos berkualiti tinggi. Sekarang bersyukur, dapat bekalan daun kering free of charge sepanjang masa. Heheh. Ada juga campuran kertas dan kotak terbuang  yang sudah dikoyak kecil. Sambil-sambil siram pokok, curah sikit air atas timbunan daun kering ni supaya kompos cepat terurai. Apa pun saya akan betulkan sikit setting longgokan separa kompos ni supaya molek sikit dipandang mata, insya-Allah bila ada masa dan cukup bahannya.

Lepas ni nak cuba bina keberanian untuk bela cacing untuk kotak kompos bawah dapur pulak. Kena tunggu tuan blog habiskan artikel berkaitan dulu. Saya perasan dalam tanah sebelah rumah ni tak pernah pun terjumpa cacing masa bertanam, yang ada cuma anak-anak lipan dan anai-anai je. Tu maknanya tanah di rumah saya sangat kurang subur. Nampaknya kena import cacing dari kampung lah bulan depan. Err..err..bawak cacing naik keta. Sebenarnya saya sangat geli taw! Aww! Huhuh. Tapi organic gardening punya pasal, akan diturutkan juga lah. Fuuuu~~

 Photobucket

Bekas cambahan tomato dari cawan yogurt terpakai berlubang ditebuk anai-anai



Hari Menyemai



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bersempena dengan pindah masuk ke rumah baru (pun takde la baru sangat, baru 7 tahun) saya bersemangat nak mulakan pembikinan edible garden saya dengan serius. Saya juga menyemai benih bunga yang dah lama saya beli dan masih dalam keadaan baik dalam simpanan – harapnya benih-benih ini bernas le. Ini termasuklah sayuran kalian, salad Hawaii, herba thyme, celery, parsley, chives (kucai), tomato baka MT (mini), cili besar, capsicum, pokok bunga seperti roselle, aster, delphinium dan cosmos. Benih kalian, salad Hawaii dan tomato MT saya dapatkan dari blog tanamsendiri, manakala selebihnya saya beli di pasaraya.

Saya menyemai pada 27 April jam 10 malam sebab jadual siang sangat packed. Buat masa ni benih kalian sudah bercambah. Saya lompat-lompat kegembiraan sekejap sebelum mendapat tahu yang kailan hanya boleh dipindahkan ke pasu selepas set daun ketiganya keluar antara 6-8 minggu lagi T__T. 1 cambahan cosmos juga dah menunjukkan diri.

Photobucket

Manakala tanaman lain yang sedia ada hanya perlu diselenggara sedikit. Rumput rumpai sudah dicabut. Pokok kacang panjang saja nampaknya sudah layu. Saya cadang nak betulkan semula binaan tali pancang dan letakkan anak pokok timun jepun sementara menunggu semaian kacang panjang yang baru.  2 anak pokok timun jepun sudah mula sibuk mengganggu pokok jagung yang ditanam bersebelahan.

Photobucket
Photobucket

Lilit baekk punya, sampai nak koyak daun pokok jagung.

Saya perasan sejak sampai di BTP, bila saya selalu belek dan siram at least 1 kali sehari (sebab sibuk berjalan kan) anak-anak pokok semakin cepat membesar. Nampak sangat lah betapa kurang kasih sayangnya mereka ni. Kesiann..

Photobucket
Perbezaan saiz anak pokok bendi; antara yang sudah dialih ke tapak menanam
 (dalam polibeg - belakang), dengan yang belum dipindahkan dari tapak semaian. Jauh sangat bezanya

Photobucket

Yang tumbang pun ada. Aii, merajuk nampak! 

Photobucket
Anak pokok tomato. Tumbuh dua dari enam butir benih yang disemai. 
Bila la nak besar ni.


Catatan Blog Terbiar




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pergh, cukup 2 minggu tak mengisah pasal nak menulis di blog. Tapi memang 2 minggu ni sangat padat, ketat dengan program dan adventur hebat. Dari Muar ke Ulu Tiram, singgah di Batu Pahat, tidur di Muar lagi sekejap, terus membawa ke Rawang, belok sikit ke Kelana Jaya. Belum kira lagi konar ke  Ampang. Ahh, tetiba rasa macam nak sakit pinggang pulak (walhal memang la sakit pinggang, asik duduk dalam kereta je kejanya). Itu la pasal selalu disebutkan, ‘Ingat masa lapang sebelum masa sempit’. Iskkkhh…

Bukan saja  hal blog, malah hal pokok-pokok, hal Travian, hal Facebook (eh?) pun semua tak kisah dah. Malam tadi bila Pak Bujal dah naik kerja semula baru la rasa macam stress tu dah kurang sikit. Masa untuk slow down menghayati masa lapang. Kihkih. Stress pun bukannya pasal apa, pasal asyik berurusan di luar. Bila diingat-ingat macam 1-2 hari je dalam seminggu kitorang betul-betul duduk kat rumah, yang lainnya mestilah nak kena keluar juga. Kalau tak ikut macam rugi la pulak..kan…keh keh keh.

So, cerita dua minggu nanti mana yang best saya akan cuba tulis lain kali lah. Projek tanaman yang sempat dibuat pun cuma menyemai benih dan merumput u___u|| . 

Oh ya, sempat juga mencuba menanam taugeh di dapur sendiri ikut versi rakan blogger, ejaMaria. Insya-Allah esok boleh dimakan, nak bubuh dalam soto. Hehe.

Photobucket

Perkembangan taugeh hari ke-3

Versi saya mungkin akan datang saya akan post 1 entri berkaitannya. agak leceh sikit tapi tak apa lah, sekadar variasi. Mungkin appearance end result nya agak berbeza, begitu juga dengan methodnya sesuai untuk sesetengah orang lain pula :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...