Aktiviti Ramadhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Laman belakang yang sudah 2 minggu terbiar bersemak gara-gara kehadiran ulat bulu hitam dan ulat buah yang meloncat-loncat di celah rumput buat saya hampir tak berani langsung nak jejak kaki ke situ. Punya la banyak ulat bulu tu, dalam sehari boleh jumpa lebih dari 10 ekor. Dah musnahkan esok jumpa lagi. Lebih 10 ekor juga. Anak pulak asyik mengekor je kat belakang, kesian pulak kalau terkena miang ulat bulu. 


Photobucket



Seronoknya bulan puasa ni bila siang tak payah masak dan bila Big Boss tak ada kerja nak buat lepas tu rajin tolong kat kebun. Hahahaha (gelak evil). Laman belakang kurang berhasil buat masa ni sebab banyak tanaman yang mati kering akibat kurang air masa ditinggalkan seminggu bulan lepas.

Photobucket

Bersih giler! Good good ;D

Rajin betul Pak Bujal tolong merumput dan tanam PVC untuk saya tanam anak pokok kacang panjang dan kacang botor yang dah terlebih masa duduk dalam polibeg semaian. Daun pun dah kuning. Harapnya akan membesar dengan sihat lah. Kalau tidak terpaksa semai yang baru.

Photobucket

Photobucket

Pindahkan juga 2 anak pokok markisa

Photobucket

Yang besar ni adalah pokok limau kasturi yang ayah mertua beri semasa nak pindah hari tu. Dia beli pokok ni siap dengan buahnya yang banyak! Haha. Lepas tu tak termakan, banyak limau yang gugur dan terbiar. Bila kebun dah bersih ni baru la nampak biji-biji limau yang dah bercambah celah-celah daun cekur. Perasan tak kat penjuru bawah kanan ada satu anak pokok yang Pak Bujal biarkan? Tau pulak dibezakan rumput dengan anak pokok limau. Perkembangan positif nih! (sorry Boss. Kih kih)

Photobucket

Boleh besar ke? Bukan selalunya orang biakkan guna tut?

Siap kemas laman belakang bawak anak dara sorang ni harvest tomato yang dah masak. Seronok betul dia dapat petik banyak tomato.

Photobucket

Photobucket

Segar dari laman

Tapi itu cerita semalam lah. Hari ni Big Boss ada interview (Ya Allah, perkenankanlah permintaan hamba Mu ini. Amin~) Saya pulak kat rumah cuba resipi Biskut Suji Kristal Kak Zana ni. Pergh, memang mabeles lah! Pecah-pecah sikit sebab oversize. 2nd batch dah ok lah. Thanks untuk resipi ;)

Photobucket


Older post: Apokobondo Nih?

15 ulasan:

  1. Wani..nicelah nampak tomatoes tuh..ulat bulu tuh prblm tul..tp tul jgk bila ade anak kecil elak guna racun dihalaman..jom tanam kacang botol nak kat pagar umah? ke dah ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks ummuaidan. rezeki anak dapat petik tomato fresh :)
      ulat bulu ni dah habis musim, kelmarin jumpa sekor je. induk dia saya pernah jumpa sebesar kelingking! kacang botor 2 pokok yang daun kuning sebelah kiri tu. harap-harap tumbuh le, takyah semai yang baru

      Padam
  2. Wah, gerammmm tengok tomato tu.. x sabar nak rasa tomato tepi rumah lynn ni..asyik bunga jer keluar tapi putik tadak. 2day lak dpt berita yg mcm meletup dunia..diberi notis sebulan utk cari kerja lain. Hello.. depa ingat lynn ni dah mati la ni jugak ker? Takut sgt x dpt replacement?

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah ada rezeki Lynn nanti. kadang-kadang buah dia muncul tanpa disedari ;)
      sedih dengar cerita tu. kenapa lah sampai hati buat kat orang macam tu ye. sabar ye Lynn.

      Padam
    2. betul tu Wani..dugaan satu demi satu dtg.. tapi takper..rezeki di mana2. Alasan diberhentikan ialah x boleh nak beri MC & hospital leave & Company Insurance x cover utk cancer patient, boleh gitu?

      Padam
  3. Yeay tenungan tomato menjadi! Hehehehe. Seronok melihatnya. Ni tomato jenis apa dan di mana dapat benihnya?
    Actually kan, biskut yang nampak cracked sikit tu yang saya rasa cantik, nampak homemade dan ada character. Tu preference saya lah. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yayy! heheh. tomato ni baka tomato mini MT1, saya beli dari tanamsendiri.com. bagus benih ni, cepat bercambah dan buah pun nampaknya sangat memuaskan :)
      ye ke kak? saya rasa kalau pecah-pecah tu cam tak menggoda pulak. saya suka makan biskut yang cantik-cantik tak pecah. kih kih

      Padam
  4. As salam wani,
    Pokok limau kasturi blh ditanam guna biji benih tapi tempoh utk ia berbuah lebih lama berbanding anak tut iaitu 5 thn. Saya ada tnm limau kasturi guna biji benih, pkk dh besar tp blm berbuah lagi sbb blm cukup umur..hehe.. Anak tut dlm polibeg/pasu pn ada buah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam Adry.
      5 tahun tu lama sungguh na. anak pun dah masuk sekolah. huhu. takpe, buat spare sementara pokok yang ada ni masih subur. mana la tau esok-esok kena ganti yang baru. thanks untuk info. kat sini baru dapat kongsi minat dan maklumat ;)

      Padam
  5. rajin betul ye, berbudi pada tanah pasti ada hasilnyer

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah KA. mana yang sempat, buat isi masa lapang. ada rezeki merasa la hasilnya :)

      Padam
  6. hai...makasih koment nya ya...saya perhatiin dari koment nya Wani di blog saya...koq Wani paham dialek bahasa Jawa ya?...hehe...selamat makan sahur ya....salam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ojo kaget sis. saya memang faham jawa sebab mak dan abah keturunan jawa. tapi bila nak cakap tu kurang pandai la. biasa dengar orang tua berbual kat rumah, speaking jawa terusss..hehe

      Padam
  7. dah masak dah tomato tu....amin...untk doa & harapan wani tu...ulat loncat dah pupus dah ke? ingatkan ulat nangka je yg meloncat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. insya-Allah, terima kasih kak mar :)
      ulat loncat tu tak pasti pulak kalau dari buah mangga jiran belakang. bergayut-gayut kemain banyak lagi mangga masuk kawasan rumah saya. sabo je la nengoknya. huhu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...