Assalamualaikum dan salam sejahtera
Projek yang dinanti-nantikan. Tak dapat nak tunggu lama
sebab kesian dekat cacing import (dari kampung) yang saya simpan dalam kotak
KFC luar rumah. Setelah beberapa bulan dibiarkan saja di tepi tiang dan
terlindung dari pancaran terik mentari, mereka masih mampu survive. Kemudiannya
2 kali saya cuba bawa lebih banyak cacing dari kampung tapi plastik tidak
berpenghuni setelah diperiksa. Mungkin mati kerana kepanasan. Entah lah…
Dikenali juga sebagai worm castings, worm humus atau worm
manure, vermicompost adalah produk akhir hasil penguraian bahan organik oleh
cacing tanah. Baja ini dikatakan mengandungi bahan contaminants yang rendah dan
lebih tinggi nutriennya berbanding bahan organik sama yang tidak diurai
menggunakan kaedah vermicomposting (menggunakan cacing tanah). Vermicomposting menukarkan
sisa dapur anda kepada vermicompost yang kaya dengan kandungan nutrient organik
larut air, baja organik dan soil
conditioner! (sumber: Wikipedia).
Nota: Oleh kerana bin dihasilkan secara skala kecil dan
untuk kegunaan indoor, memadai menggunakan cacing tanah yang diperolehi dari
halaman sekitar rumah. Saya rujuk nota di sini sebagai panduan. Klik untuk maklumat lanjut.
Nota 2: Untuk hasil yang lebih cepat, anda boleh beli jenis
cacing tanah yang lain. Sila rujuk di sini
Jom Buat!
Perlukan bahan-bahan:
Tong plastik besar
Jaring dan gunting
Tali
Kertas suratkhabar secukupnya - dicarik dan direndam
30 - 100 ekor cacing tanah
Tanah dari kawasan cacing ditemui
Kaedah:
Sediakan tong (untuk versi dengan penutup boleh klik sini)
Carikkan memanjang kertas suratkhabar dengan saiz 1 - 2cm dan
rendamkan dalam air sehingga basah keseluruhannya. Perahkan
air dari suratkhabar sehingga tiada air yang menitis dan susun satu
lapisan suratkhabar lembab setinggi 4cm.
Untuk lapisan kedua, masukkan tanah dari kawasan cacing
ditemui anggaran 4cm tinggi juga
Lapisan ketiga - lapisan suratkhabar yang sudah direndam dan
diperah airnya, juga setinggi 4cm
Lapisan terakhir adalah lapisan tanah setinggi 4cm sekali lagi.
Pastikan cukup ruang untuk kita letakkan sisa dapur nanti
Ambil cacing tanah dan letakkan ke dalam tong yang sudah
penuh tadi
Gunting jaring dan pasangkan pada atas tong menggunakan tali
Peragakan tong di bawah sinki atau di mana-mana bahagian dapur
yang gelap bersama pistol buih anak anda
Makanan pertama yang ditabur di dalam bin saya adalah lobak
merah dan kulit telur yang dikisar halus. Dapatkan panduan di sini
Selepas seminggu
Selepas sebulan
Tower of uk uk
Lebih banyak contoh boleh diGoogle. Gunakan kata kunci 'indoor vermicomposting bin'.
Salah satu yang menarik dan boleh dicuba, klik sini.
Sumber lain: organicgardening.about.com, www.rodaleinstitute.org, www.ehow.com
Salah satu yang menarik dan boleh dicuba, klik sini.
Sumber lain: organicgardening.about.com, www.rodaleinstitute.org, www.ehow.com
Dapatkan lebih maklumat dan tips dari links di atas
Selamat mencuba! :)
Older post: Yok Skodeng Carrot
sekaramg semua sayang cacing...akak pun geli juga...sekarang kena hargainya..
BalasPadamsayang ada makna ni kak. hehehe.
Padamwah..tahniah..tahniah...
BalasPadamthanks. tahniah untuk cacing-cacing kerana telah uk uk dalam tong saya ;p
Padamhehehe dia dulu, tahniah puan.saya buat baja kompos outdoor je,pakai idea Sir Syahmi dan panduan tuan Is.
BalasPadamdah lama sangat simpan cacing tu dalam kotak. excited sangat la kononnya. takut 'budak-budak' tu KO je, terpaksa teruskan pakai info yang sedia ada
Padamwei, but KA geli geleman ler ngan cacing ni
BalasPadamsama laaa..geli wehhh..awww!
PadamTernak cacing ke? Cacing makan carrot dgn kulit telur ye? Pastu anak dara tu pun rajin menolong. Hehehe.
BalasPadamdia makan apa saja sayuran yang dah nak rosak. daun kering pun dia suka juga. kulit telur tu berfungsi macam batu dalam gizzard, untuk pecahkankan makanan supaya lebih senang diserap.
Padamsara sebenarnya sibuk main air rendaman kertas tu je. heheh
Saya pernah excited nak bela cacing ni, going green lah katakan. Tapi bila jumpa cacing semasa mencangkul pun ku masih geliiii... tolonnn... maka niat yang baik itu di'standby' dahulu. Hehehe.
BalasPadam'standby' takpe Mama, jangan sampai 'off' je. hihihi
Padamlynn ni penggeli sgt..nampak cacing sekor pun dah berterabur lari
BalasPadamsaya pun geli juga Lynn, meremang-remang bulu tengkuk nak uruskan hari tu. kehkeh. nasib baik tong saya ni ada roda. saya tolak guna hujung jari je. tapi seronok juga bila kita check dia tengah makan. anak cacing pun dah banyak selepas sebulan
PadamI masa kecik tak geli langsung ngan cacing.. siap bleh pasang umpan memancing lagi.
BalasPadamTapi skrg ni... tak tau nak kata apa.. nampak cacing pd kubis, sampai skrg fobia nk beli kubis lg.
oh my..lebih kurang saya lah. cacing kubis tu panjang berkilat kan? sekarang nak potong kubis mesti teragak-agak sikit. geli betul la siap terpotong seko dulu @__@
PadamPanduan bela cacing untuk membaiki saluran udara dalam tanah ke ni?
BalasPadamHahaha 1st time masuk blog ni..tumpang tanya ye.
Blog pertanian ke?
Bela cacing untuk dapatkan vermicompost (baja cacing) yang bernutrien tinggi sebagai baja organik untuk tanaman. blog ini bukan secara khusus mengenai pertanian, tapi pertanian organik adalah salah satu elemen yang penting dalam dunia Maharani Kecik :)
Padamsalam kenal lepakk.com ;)
What a good green inisiatif!Really salute u la maharani kecik. Plan nak buat jugak tapi sampai skrg senyap ja...ahaha.slow juga cacing tu makan kan....cukup kah if sebulan sekali ja bagi makan? need to give water tak? Salam berkenalan. i like gardening sebab boleh makan racun free sayur. Baru ja start blogging. Olive.
BalasPadamthanks sudi singgah sini olive :)
Padamcuba lah. baja cacing ni terbukti bagus buat saiz tanaman berganda besar tau. saya dapat collect cacing sikit je untuk projek ni, kalau banyak mesti lebih cepat. kalau tanah nampak kering boleh sembur sikit air, jangan banyak-banyak nanti dia lemas dan naik ke permukaan. makanan bergantung kepada keupayaan dan jumlah cacing tu. nampaknya dia suka kobis yang dicincang halus. minggu ni kena beri makan lagi. anak cacing pun sudah banyak :p
salam puan. macamana perkembangan baja cacing. berapa bulan baru boleh pakai baja tu
BalasPadamwa'alaikumussalam syuk. kandungan tong cacing nampaknya terurai dengan baik. masih belum dituai lagi hasilnya. hehe. dikatakan sesuai digunakan bila tanah sudah bertukar kepada warna gelap - indikator sisa sudah terurai dan sedia untuk digunakan. saya masih menambah sisa organik sekali sekala ke dalam tong tersebut.
Padamterima kasih sudi singgah dan tinggal komen :)
Salam Wani, apa dah jadi dengan cacing, hidup lagi tak? Dah tuai? Macam mana asingkan cacing daripada tuaian? Dok tengah buat juga ni
BalasPadamwa'alaikumussalam Dr. H. alhamdulillah cacing masih hidup. kadang-kadang intai lepas masuk sisa baru dia akan naik makan. saya belum tuai lagi. insya-Allah dah tuai nanti saya akan update di blog ye.
Padamterima kasih sudi singgah dan tinggal komen n__n
Have you ever considered publishing an e-book or guest authoring on
BalasPadamother blogs? I have a blog centered on the same subjects you discuss and would really like to have you share some stories/information.
I know my audience would enjoy your work. If you are even remotely interested,
feel free to shoot me an email.
Here is my web page: http://orthowiki.pl/index.php?title=Użytkownik:AdrieneFl
wanie..knah geli geleman tengok cacing sekor pun..ni banyak2 macam tu xtau la.. =)
BalasPadamThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
BalasPadamGiaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.