Malam Penuh Emosi - Entri Pendek Tanpa Gambar


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Malam yang penuh emosi bila Pak Bujal bersiap untuk kembali bertugas malam tadi. Mungkin kerana cuti 2 minggu kali ni terlalu banyak aktiviti diluangkan bersama si kecil Sara; atau mungkin juga kerana Sara sudah semakin besar dan mula faham konsep 'Abah pergi work' = Abah akan pergi kerja untuk jangkamasa yang lama. Satu saat yang tak akan dapat dilupakan dan saya pasti bulan-bulan seterusnya nak melepaskan Abah untuk pergi bertugas bukanlah sesuatu yang akan ditunggu-tunggu oleh Sara :(

12 ulasan:

  1. Sunyinya. Nasib la ada Sara. Boleh jadi teman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Lyd. dengar budak ni pot pet memang tak sunyi :D

      Padam
  2. Balasan
    1. saya dah boleh sesuaikan diri. anak ni je la, susah nak lepas. sudahnya bapaknya yang sebak :'(

      Padam
  3. anak juga yg jadi peneman yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Kesuma Angsana. dia la kawan ketawa, dia la kawan bergaduh. ahakss

      Padam
  4. Takpe... 26 hari lg Syawal menjelang, abah dia balik kan raya ni?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah. harap-harap takde nak kena ganti kawan dia. ikut jadual memang tahun ni dapat merasa raya sama-sama. raya ke-2 dah nak naik kerja la tapi. huhuhu

      Padam
  5. Saya juga dulu selalu berjauhan dgn isteri dan anak2, saya bekerja di KL istri dan anak2 di Alor Setar. Tujuh tahun begitu memang satu dugaan yg amat besar, tapi kini alhamdulillah saya tlh kembali ke Alor Setar. Apapun, dari pengalaman saya semakin kita berjauhan, semakin erat talian cinta, betul kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tujuh tahun ye JR..lama tu. saya baru 3-4 tahun, terasa juga susahnya nak urus anak dan rumah sendiri. tapi sekurang-kurangnya bila cuti suami sentiasa ada masa untuk kitorang berdua. Alhamdulillah.

      Padam
  6. lynn jadi ibu dan juga ayah hampir 12 tahun..yg kecik x tau apa2 tapi bila dgn Rizal nowadays bukan main manja sbb dr kecik x mengenal kasih syg bapa..yg kakak (no. 2 sebenarnya sbb yg sulung meninggal masa baby lagi) mcm tak ingat pun arwah ayahnya..tapi nowdays bila Rizal hilang 2,3 hari jer dah sibuk tanya..x dpt dibayangkan kalau dia o/station seminggu dua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lynn ni hebat orangnya. walaupun pelbagai dugaan dan beberapa kali kehilangan insan tersayang, Lynn bangkit dan kuat meneruskan hidup sehingga sebaik sekarang. beruntung anak-anak Lynn. saya doakan segala yang terbaik untuk Lynn pada masa akan datang <3

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...