Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Adoi laa..penatnya! Tapi kena juga siapkan sikit-sikit. Karang
macam tadi, dua kali cangkul dah terkorek emas kuning hadiah kucing jiran. Arghh..tensen
gue!
Semalam sempat susun batu je sebab bekalan elektrik dah
masuk semula jam 4pm+. So dah tertengok My Kitchen Rules, siaran 6pm-7pm pulak tu (ni kira alasan ke hapa ni?) Hahaha.
Hari ni tengok pokok tomato dah betul-betul terlentok
sampaikan buah-buah tomato dah susun sila atas lantai lagi. Walaupun tekak kering
je rasa - mencangkul dan korek keluar batu, tetap kugagahi jua…
Bayangkan la dok tengah prepare barang-barang sambil korek lubang untuk sumbat pvc ni tengok-tengok si Sara tengah ketuk-ketuk buah tomato ni guna buluh. Rasa macam nak pitam sekejap @__@||
Aa, kering dah idea tersejat duduk luar lama sangat. Layan la
serba sedikit gambar progress laman depan.
Bendi 3 pokok
Terung 5 pokok dengan 2 pokok holy basil kat penjuru
Terpaksa sambung besok. Tak larat dah, panas dan letih giler. Letak sungkup guna plastik elak kucing sibuk nak buat projek pelaburan pulak nanti
Selamat berbuka semua :)
Selamat berbuka semua :)
Kalau akk....tak larat dah nak berpanas, maunya pitam akk. Ni pun sibuk dgn kuih raya.
BalasPadamfuh, dah start projek kuih raya tuu! huhu.
Padammemang letih sikit la kak fibie, tapi asyik mencabut rumput takde hasil pun letih juga :p
Wow·· nmpak organise la·· mcamana awak tanam tomato tu.saya fail lah..
BalasPadamok sikit la sebab kebanyakan pokok saya tanam dalam polibeg, bila dilonggok-longgok macam bersemak pulak. ni nak try tanam kat tanah terus. harapnya dorang tak mogok le alih time produce buah.
Padamtomato baka MT1 beli dari tanamsendiri. bila dah keluar set sebenar terus asingkan lain-lain polibeg. dah tu jirus macam biasa, letak kat tempat teduh sikit. tau-tau dah berbuah ;)
I pun sama mcm komen Kak Zana tu... tak larat berpanas, lg2 bln puasa mcm ni.... pastu satu lg alasan, takut itam la kononnya. Ahaks! Sila muntah mendengarnya.
BalasPadampsst.. tgh cuti posa ke ni Wani kemain perkasa je tuh. Kekekeke...
huii. i pose penuh la, tak yang yok taw! huhu
Padamsiapkan keje luar rumah ni awal-awal, pastu boleh start projek menjahit plak.
p/s: kalau muntah batal pose tak? bluwekk!
kita cadangkan awak tukar cara susun bata tu supaya tegak, bukan serong-serong mcm yg ada tu... sebabnya kita pernah buat mcm tu juga... lepas tu kat ruang bawah yg ada sikit tu rumput menyelit masuk... bila rumput dah masuk tu... tau je la susah nak kawal rumput - akar dia kuat...
BalasPadamalamak, iye ke kak Maria? saya tengah kekurangan batu ni. kalo pesen ni dapat naikkan tanah tinggi sikit. aa, nanti saya adjust balik. terima kasih untuk nasihat dan cadangan :-*
Padamdulu akak buat mcm tu pasal kurang batu la.... tapi bila rumput masuk kat patch (lagi susah klu rumput karpet) susah nak tarik buang akar dia... pokok kat atas tercabut, akar kat bawah tertinggal... :(
Padamok kak, sudah tukar pesen dah. thanks ya ;)
PadamSalam.. Nak Tanya yang bulat2 tu ape..? Tempt tanam pokok ke..? Mana nak dapat tu..
BalasPadamyang bulat-bulat tu paip PVC berdiameter besar. saya gunakan untuk naikkan sikit tanah guna tanah yang dibeli di nursery.
Padamnurul boleh check kat sini:
http://maharani-kecik.blogspot.com/2012/04/ekpserimen-02-small-space-raised-bed.html
salam kenal :)
salam ramadhan. suburnya buah tomato tu..xsesia kan berbudi pada tanah, dah nampak hasilnya..=)
BalasPadam