Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersemangat betul menyiapkan kerja tertunda semalam. Tapi hari
ni start awal sikit. Lepas Sara sambung
tidur jam 7am saya terus keluar pindahkan roselle, bangun-bangun, dahlia serta
halia, temu pauh dan kunyit dalam polibeg untuk diletak bawah pokok bendi; ilham dari blog BangChik dan KakDah. Ramadhan tahun ni hampir setiap hari Sara
terbangun jam 5am, ada juga teman saya nak bersahur :)
Sebelah petang baru saya pindahkan pokok sawi dan cekur, tabur
benih aster dan beberapa butir benih lobak putih di antara pokok sawi dan roselle. Jadi hari
ni tak lah penat sangat buat banyak kerja sekaligus. Ubahsuai sikit susun atur
batu untuk border atas nasihat Kak Maria, tak sangka boleh jimat batu. Saya
dirikan bata pada sisinya, jadi aras tanah yang boleh ditambak dalam patch boleh tahan tinggi juga. Terima kasih Kak! ;)
OK tak susunan dia?
Saya bercadang nak letak satu anak pokok markisa dekat
penjuru yang sekarang saya letakkan 2 anak pokok holy basil tapi tak pasti
adakah bila pokok markisa tersebut semakin membesar ia akan ambil terlalu
banyak ruang. Apa idea kawan-kawan?
Esok akan semai juga sikit benih ulam raja, saya nak selit celah-celah pokok ni biar penuh sikit.
Dah nak sampai hujung bulan. Patut dah publish eksperimen ke-5 tapi bahan tak cukup lagi. Nanti lah kalau ada masa saya cuba siapkan. Insya-Allah~ (background suara Maher Zain)
Pokok markisa dekat rumah mak saya habis satu pergola dia tutup sampai naik ke atap rumah. Kalau nak jimat ruang boleh selit holy basil antara terung. gambar carrotnya ada?
BalasPadamoo.kalau macam tu boleh la letak 1 pokok markisa kat penjuru tu. jauh juga nak sampai ke bumbung. betul la kan, lebih baik tanam holy basil celah pokok terung je. tq :)
Padamgambar pokok carrot tu insya-Allah saya post esok.
Rajin sekali sahabatku ini....maaf malam-malam baca2 blog Wani...sekalian siap2 makan sahur.
BalasPadamterima kasih sudi bertandang ke sini Yuni. saya suka kok ;p
Padamselamat menjalani ibadah puasa
Wah! Blog dah semakin cantik!. Likeeeeeeee.. Suka dgn background pokok buluh ni, sesuai dgn niche blog you Wani. Moga terus serious berblogging!.
BalasPadamcantik eh? tengkiu tengkiu *sengih-sengih macam kerang busuk
Padaminsya-Allah MM, akan diteruskan selagi mampu. Amin
Terbayangkan bila dah rimbun semuanya, mesti geram menengoknya.
BalasPadammasih kekurangan pokok jenis menjalar/rimbun untuk letak bawah pokok bendi. agak-agak macam labu manis sesuai ke? *menung jauh
PadamTadi saya check kat internet, okra kawan dia ialah melon... hmm saya pun baru tahu ni, saya tengah semai okra, nampak gaya elok dipindah berdekatan melon nanti. Kawan lain bagi okra ialah lettuce, peppers, eggplants, basil, cucumber, black eyed peas. Labu pula kawan yang ngam dengannya ialah jagung, melon dan squash.
PadamSaya rasa Tukang Kebun terror bab bab ni.
terima kasik untuk info ni Mama Pongkey ^__^. so mungkin boleh tanam salad butterhead kat situ. tanaman jenis melon saya tak ada benih.
Padamlebat bangun-bangun tu..yg akak tanam dah lama innalillah...suka bau dia...salah satu bahan untuk gulai tempoyak ...
BalasPadammemang lebat. sebelum ni tanam dalam polibeg saiz sederhana je. saya ada potong panjang sejengkal hari tu, campak tepi longkang. tengok-tengok dah berakar. haha.
Padamsaya tanam untuk bau je sebab tak tau nak guna. oo, boleh masuk dalam gulai rupanya
wahhh meriahnya patch baru ni..lepas sebulan ni nanti lagi meriah..syabas syabas ;)
BalasPadaminsya-Allah kalau semua naik elok je, dapat la edible garden yang sesak depan pintu rumah. hehe. thanks mat jon. nak belajar cara tanam misai kucing guna keratan kat blog rookie gardener pulak, nak tambah belakang roselle ;D
Padam