Hari Menyemai Dan Log

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Dah lama tak masukkan entri baru. Selain sibuk dengan urusan keluarga, saya demam pula beberapa hari lepas. Bila keadaan dah ok baru boleh menulis dan bertani semula :)

Minggu lepas saya semai sikit benih yang baru diterima dari tanamsendiri.com. Ada chrysanthemum, kacang botor, roselle, forget me not, dill, purple coneflower, kacang panjang silver white, sawi bunga shanghai dan thyme. Cuba juga semai semula benih lobak putih. Semaian lepas cuma 2 biji yang bercambah tapi 1 je yang hidup. Masih menunggu hasil tunggal lobak putih yang ditanam celah bayam dan sawi. Tapi nampaknya setakat hari ini benih lobak putih masih tidak bercambah selepas 4 hari. Tak pasti apa masalahnya. Yang mula menunjukkan diri selepas hari ke-2 disemai hanyalah kacang panjang silver white, sawi bunga shanghai dan roselle.


Photobucket

Semaian baru di samping kanak-kanak dengan isyarat tangan yang pelik


Photobucket

Semalam saya baru perasan putik tomato dari baka MT 1. Rancangan asal nak tanam secara topsy turvy tapi bila dah bertangguh akhirnya tak jadi buat. Sekarang pokok pun dah berbunga dan berbuah dalam polibeg, nak pindahkan sekarang takut mengganggu pulak. Sebelum ni saya pernah juga cuba tanam tomato di kampung. Pokoknya boleh tahan besar dan berbunga lebat tapi tak pernah lekat buahnya. Kali ni nak tengok pulak kalau sempat merasa yang ini. Tak berani nak mengharap sangat, takut nasib sama macam jagung manis T___T

Photobucket

14 ulasan:

  1. betik lynn dah semai 2 minggu, tak nampak apa pun.. eggplant dah seminggu, 1 jer menjadi. Pansy, Aster, Petunia dah dekat 3 minggu, hampeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kecewa kan Lynn bila benih yang disemai tak tunjuk sebarang hasil selepas sekian lama. nampaknya kena belajar chapter baru - kesesuaian tanah mungkin

      Padam
    2. hmm nowadays tambah musuh lagi.. instead of burung, siput dan lintah bulan, pagi tadi spotted tupai laki bini baikk jer menguis sumer biji2 dlm bekas semaian...sakit pulak hati nih!!

      Padam
    3. wahh, ada yang jadi tupai goreng nanti ni. wahaha

      Padam
  2. Dulu kan.. I pernah berangan nak tanam padi, bukan utk dimakan tapi buat hiasan dlm pasu (nampak dlm majalah tu cantik je diorang buat), tapi I tanam2 tak menjadik plak.. I tak beli benih, cuma ambik dlm butir2 padi dlm beras...wahaha.. logik la kalau tak tumbuh pun kan?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ROFLOL!! ya ammpunn, cannot say more lah MM. i dah gelak guling-guling ni. kah kah kah

      Padam
  3. Seronok melihat tomato ceri tu :-) Semaian saya pun banyak tak menjadi bulan lepas, kena baham oleh belalang. Dan mungkin juga spot tu tak sesuai, dalam gutter garden. Sekarang ni tengah tukar strategi, semai dalam pasu dulu, bila dah besar dan kuat sikit nak dialihkan ke gutter garden tu. Harapnya ada rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan setakat bulan lepas, bulan sebelumnya pun sama juga Mama Pongkey. huhu. rasanya nak cari tanah yang mahal sikit untuk menyemai. banyak benih bunga yang tak mau tumbuh u__u

      Padam
  4. sempat juga bercucuk tanam ni! bagus2

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana yang sempat je Kesuma Angsana. seronok juga petik sayur segar dari laman belakang :)
      salam kenal ye

      Padam
  5. Wah...tomato dah berbuah..bestnya..saya punya pokok eimbun..berbunga tapi tak berbuah.. Malas nak layan lantak dia la.tapu saya tuang jugak air2 ikan..benih tu beli kat supermarjet..benih daritabam sendiri tak semai lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dasyatnya typo.minta maaf ye :-x

      Padam
    2. uih, ni bukan dahsyat lagi ni herny. ngeri! hahahah

      owh, tamoto ni harapnya sampai masak lah dia kat pokok tu. finger crossed! huhuuu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...