Eksperimen #04: DIY Baja Hijau


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bereksperimen, kali ni kita cuba buat baja sendiri pulak dan tengok hasilnya macam mana ;) 

Bahan-bahannya mudah diperolehi, jimat dan tentu sekali organik! Tambahan pula bila hari yang sepatutnya digunakan untuk berkunjung membeli baja dan tanah di nursery sudah dihabiskan di AEON Anggun dan bersiar-siar di Daiso mencari pasu. Huhuhu. So, kali ni kita proses baja yang sudah diperam lebih dua minggu sebagai makanan untuk tanaman sekitar rumah. Sebenarnya lebih lama baja ini diperam adalah lebih elok.

Memandangkan saya campur sedikit kulit mangga (sisa dapur pada petang itu) dengan sisa kangkung tua dari laman belakang, hasil peraman berbau seakan pisang tamat tempoh. Baunya manis saja, tidak busuk sama sekali. Saya mula memeram pada 10 Jun dan memerahnya pada 27 Jun - 17 hari.

Saya rujuk artikel di sini sebagai panduan. Muat turun 100 tip tanaman untuk lebih banyak maklumat berguna untuk pertanian baik. Tunjuk cara di sini hanya sebagai panduan dan membuktikan membuat baja hijau tidaklah sesusah atau serumit sehingga kita tidak boleh membuatnya sendiri di rumah. Longgarkan sendi-sendi anda dan mula memeram! :D


Jom Buat!

Perlukan bahan-bahan:
1 kg sayuran hijau – apa-apa jenis, kalau dapat dari sisa pasar pun ok juga
1 kg gula merah – nisbah 1:1 untuk gula dan sayur
Penimbang
Gunting/pisau
Tali
Kain anggaran 1 meter persegi – bergantung kuantiti bahan hijau dan gula
Bekas kedap udara/tong untuk menyimpan medium
Botol dan corong untuk menyimpan cecair baja

Kaedah:

Potongan sayuran terbuang ditimbang dan dicatatkan.

Photobucket

Timbang berat gula merah pada nisbah 1:1 dengan sisa sayuran tadi.
Kalau 700g bahan hijau, gunakan 700g gula merah.

Photobucket

Campurkan bahan hijau dan gula merah sehingga rata dan ikat
di dalam kain kemas-kemas. Gula merah akan mula mencair,
jangan lupa alas lantai dengan plastik atau kertas yang tebal!

Photobucket

Saya masukkan bunjut tadi dalam plastik yang tebal supaya
air tak meleleh keluar ke dalam tong (tong tu boleh recycle untuk projek lain
– tanpa perlu disental atau nyahbau. See, orang malas pun boleh buat. keh keh keh)

Photobucket

Biarkan selama seminggu atau lebih di dalam tong yang kedap udara.
Seeloknya simpan di tempat yang gelap.

Photobucket

Selepas seminggu atau lebih, keluarkan bunjut dan perah cecair baja
ke dalam botol untuk kegunaan pada masa akan datang.

Photobucket
Photobucket

Untuk air siraman, bancuh 1 sudu besar (15ml) cecair baja ke dalam 5liter air.
Saya gunakan botol minyak masak 5kg untuk sukatan yang lebih mudah.
Air bertukar warna seakan teh cair yang penuh dengan nutrient.

Photobucket

Photobucket

Boleh juga dimasukkan ke dalam botol semburan untuk semburan pada daun.

Photobucket

Harap maaf untuk kualiti gambar yang kurang memuaskan kerana projek dijalankan pada waktu malam dan flash kamera terpaksa digunakan sebab kamera cap ayam je. huhuhu. 

Selamat mencuba ;)

16 ulasan:

  1. Bestnya! Dulu pernah tengok website Jabatan Pertanian Perak tu, tapi tak ternampak pulak posting berkenaan baja DIY tu. Thank you :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya pdf tu baru dimasukkan la Mama Pongkey. baguskan bila website macam ni sentiasa diupdate, baru ada input untuk orang awam gunakan :)

      Padam
  2. Wah bagusnya experimen ni. Dulu2 org cuma guna baja asli tahi ayam, tapi ia agak berbau sikit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang bagusnya JR. baja ni tak berbau busuk macam baja tahi ayam yang baunya ya ampunn, terutama sekali bila kena panas dan hujan. saya pun kadang-kadang tak tahan, inikan pulak jiran sebelah menyebelah

      Padam
  3. Assalaamu'alaikum....Gambarnya bagus koq...yang utama, hasil eksperimennya sangat bermanfaat untuk menambah ilmu...back to nature!. Terima kasih juga atas komentarnya di blog saya, masukan berharga bagi saya. Saya memang ingin menekankan segi artistik motifnya dengan bentuk bag yang simpel aja. Wassalam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam Yuni. terima kasih untuk komennya :)

      Padam
  4. Patut la itu ari masa I stay kat satu homestay, Mat Saleh tu mintak kami kumpulkan "sampah2" (sisa2 makanan), diorang kata utk tujuan perladangan. Maybe diorang nak recycle mcm ni kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sisa makanan memang banyak kegunaanya, bila dah diurai oleh mikrob atau serangga pengurai hasilnya sangat baik sebagai 'makanan' pokok. kat luar dah banyak kaedah yang dipraktikkan, kita je yang kurang pendedahan. rugi..rugi..

      Padam
  5. terbaekkkkk! Lynn dah start kumpul2 sisa nak buat nih..

    BalasPadam
  6. tak pernah aku buat baja sendiri, buat lakaran proses kilang baja pernahlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. baja alternatif yang berbaloi untuk dicuba untuk hasil yang lebih wangi :p

      Padam
  7. kak wani!terima kasih banyak2 dan tahniah sebab rajin berkongsi ilmu
    sangat membantu sy untuk menyiapkan final year projeck

    BalasPadam
  8. Jalan-jalan cari ilmu.. terima kasih diatas ilmu ini.. insyallah, sy akan praktik kan ilmu ini..

    p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
    http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html

    BalasPadam
  9. Salam..tp persoalannya baja ni berkesan ke??..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...