Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nota: Sila berjumpa doktor atau pakar untuk nasihat
perubatan. Kisah ini hanya sebagai rujukan berdasarkan pengalaman dan ia tidak
semestinya menepati situasi dan kondisi berlainan.
Sambung balik cerita hari tu sebab ia penting untuk ibu bapa
prihatin sekiranya anak-anak mereka penghidap Pneumonia. Satu pesanan penting:
sila follow up perkembangan anak di Hospital/klinik pakar kanak-kanak selepas
anak sembuh dari serangan kuman/virus penyebab Pneumonia. Anak-anak mungkin
nampak sihat selepas mengambil antibiotik yang dibekalkan, tapi tolong check
keadaan mereka untuk kepastian (dan pastikan tau apa jenis/nama antibiotik yang anak-anak ambil sebelum jumpa doktor tu ye).
Selepas balik dari Kemaman tempohari kami balik Johor semula
untuk uruskan kereta (Alhamdulillah we’ve got our Kak Zora back!). So ambil
kesempatan untuk ke Hospital Pantai Batu Pahat. Doktor tu berminat juga untuk tanya kenapa kami
datang untuk jumpa pakar walaupun anak sudah sembuh? Saya bagitahu walaupun
anak dah nampak aktif, naik selera makan dan tidak demam-demam, tanpa stetoskop
saya masih boleh dengar bunyi yang pelik bila Sara menarik nafas ketika dia
tidur. Mungkin hanya kahak memandangkan dia juga selsema dan batuk sebelum tu
tapi selagi saya tak tau apa perkembangan pada paru-parunya mesti lah saya tak
puas hati. Well, benda tak nampak kan, kena lah berhati-hati dan tanya pada yang
pakar.
Then doktor pun cerita memang banyak kes Pneumonia
di kalangan kanak-kanak ni, cuma antara alert atau tidak. Banyak kes yang dia
terima sudah di tahap kronik sehingga anak perlu duduk di wad untuk terima rawatan oksigen dan dipasang
drip untuk masukkan antibiotik. Adalah langkah yang bijak untuk buat rawatan
susulan (tak kira di hospital/klinik) kerana Pneumonia ini mudah berulang
selepas satu tempoh masa. Anggap saja jika 500,000 kuman menyerang paru-paru
anak, selepas ambil antibiotik akan musnahkan 300,000 kuman. 200,000 akan duduk
sambil serang semula secara perlahan, membina kerentanan terhadap ubat dan
menyebabkan serangan Pneumonia yang berikutnya. Biasanya ibu bapa tidak
prihatin tentang masalah ini sehingga satu tahap serangan bermula dan
sebenarnya ia sudah terlewat. Sara juga sebenarnya belum betul-betul sembuh kerana
bunyi dalam paru-paru masih belum ‘cantik’ lagi. Bunyi pada kedua-dua
paru-parunya memberi tanda serangan kuman masih berlaku.
Lawatan ke hospital kali ini Sara agak gembira juga sebab
ini
Bila doktor keluar rehat tengahari dia pun ajak main ni tak
nak berhenti. Huhu.
Sebelum doktor keluar makan Sara diberi rawatan gas lagi. Senyap
je dia, kejap-kejap tersengih macam seronok sangat semua orang dok peratikan
dia. Heheh.
Selepas kena paksa makan di kantin, bawa balik ke bilik
rawatan dan doktor tunjuk cara menepuk belakang dan dada untuk galakkan Sara
batuk supaya kahak yang mengganggu pernafasan samada dapat dimuntahkan atau
ditelan masuk ke perut. Selepas tu doktor guna mesin dan sedut keluar kahak
secara tepuk dan paksa guna salur getah. Memang kesian dan nampak terseksa sangat.
Mujur saja pembantu doktor tu 2 orang dan Sara dah siap dibedung awal-awal. Kalau
tak memang merasa kena tendang la macam yang Abahnya kena selalu. Hahaha. Siap tu
Sara menangis pun tak lama, dia ajak main buai lagi ada la. Peh, memang bagus
dorang letak mainan tu kat situ eh.:p
Ubat yang dibekalkan banyak juga, termasuk Prospan ada 5
kesemuanya. Aaa, time ni saya dah mula
gelabah. Suami dah nak naik kerja, macam mana nak kasik ubat?? Teringat masa
kitorang berhenti kat R&R Gambang nak kasik dia ubat sampai bergegar kereta
dibuatnya. Semua orang lalu lalang dok gelak tengok drama kitorang nak bagi
anak makan ubat dalam kereta. Kalau kat luar nescaya dengar suara dia melalak,
padahal ubat tu sedap je. Cit!
So apa saya buat adalah improvise kerana saya tau satu benda
yang Sara takkan tolak adalah: ais. Walaupun agak keterlaluan tapi
rasanya matlamat
pemberian ubat tu boleh menghalalkan cara ianya diberi. Huhuhu. Saya
memang ada
acuan ais yang menghasilkan ais dengan isipadu 1ml setiap satunya,
rasanya ia
bersesuaian kerana Sara tak kisah saiz ais tu asalkan ada. Ais tu juga
berfungsi untuk buat lidah rasa kebas dan mengurangi rasa pelik ubat
yang ada. Saya hanya gunakan kaedah ni untuk antibiotik sahaja.
Singulair dicampur dalam susu sebelum tidur manakala Ventolin saya
masukkan dalam sippy cup bertutup yang dicampur dengan 2-3 ketul ais kecil, diberi 1 jam sebelum makan. Dia kata itu 'air manis'. Haha. Kau suda terkena bah!
Kaedah 1 yang agak kurang berkesan kerana ubat tidak membeku dengan lama,
susah nak keluarkan dari acuan. Akhirnya terpaksa guna syringe dan sedut keluar.
susah nak keluarkan dari acuan. Akhirnya terpaksa guna syringe dan sedut keluar.
Kaedah 2 lebih praktikal. Sediakan 3 camca kecil, paipkan ubat dan letak sebiji ais kecil.
Sebelum suap ke mulut anak pastikan letak sekejap sudu atas tapak tangan supaya
lidah anak tak melekat pada sudu yang hampir beku. Huhuhu.
Lagipun saya dah tanya doktor samada ubatan boleh dicampur
dalam makanan atau susu, dia kata tak boleh (kecuali oral granules Singulair) kerana
dikhuatiri akan mengubah struktur kimia dalam ubat. Hanya boleh campur dalam
air kosong sahaja. Saya juga tanya adakah persekitaran sejuk beri mudarat pada
pesakit Pneumonia dan doktor kata tidak kerana ia tidak sama dengan asma dan
Sara tak ada gejala yang menunjukkan dia menghidap asma. So rasanya taktik saya
boleh digunapakai dalam situasi ni, kan? Tawakkal je lah. Sekurang-kurangnya
dapat habiskan antibiotik dalam seminggu pun ok lah. Dah la warnanya shocking
pink gitu. Sara nak tadah mulut pun macam was-was. Tapi bila saya kata ianya
aiskrim tetiba macam 3ml pun tak cukup. Brilliant betul idea Mama dia ni kan. Terkejut Abahnya bila tau Sara makan ubat tanpa bergaduh, siap mintak
tambah lagi. Muahahahaa.
Hari ni sudah masuk hari ke-5 rawatan antibiotik siri ke-2
Sara. Bunyi kahak sudah tidak kedengaran dan dia semakin aktif dan kuat makan. Syukur
Alhamdulillah. Moga terus diberi kesihatan yang baik dan tolonglah habiskan
semua ubat-ubat yang ada tu ye Sayang.
At IKEA last weekend. Duduk dalam buai pegang plush toy jumpa kat
showroom
tak mau lepas. Nasib baik murah je, tak sampai RM6. Kedes seyy. Keh keh
keh
Hemmm....taknak mkn ubat tu ikut sape la agaknya ye? Mama ke papanya main tendang2 tu.....Sara tu ok ler menangis mkn ubat. Dlm rumah akk ni ada sorang takut ubat cecair, siap tutup hidong bagai nk menelan....ayahnya tuuuu..
BalasPadamMoga Sara cpt semboh ye, jgn takut ubat, tak pahit pun..
laaa..ayahnya si Aziz takut makan ubat?? ya ampunnn! LOL
Padamkitorg dua ok je, takde masalah nak mkn ubat. cuma time saya kecik sikit dari sekarang ni, tak suka sangat makan pil sebab rasa macam tak muat nak masuk tekak (padahal nasi sepinggan boleh pulak masuk, ye tak..kui kui kui)
Salam. Kreatifnya cara wani bagi ubat dekat anak. Saya tak penah terfikir pun ni sebagai satu cara. Cool la. Boleh saya praktikkan andai ada rezeki nanti.
BalasPadamtengok juga kesesuaian sakit dan budaknya Lyd. dulu sara takde masalah pun mkn ubat, sebab biasanya makan syrup panadol tu je sejenis. dah besar ni ngengada sikit. insya-Allah Lyd, ada rezeki nanti boleh praktik. Ameen ;)
PadamAnak sy skrang umur 2tahun 6bulan, dia pun ada penyakit pneumonia juga. Dah 2 Kali masuk wad, lpas tu sy takut pneumonia ni berulang. Sy bw dia dptkan suntikan vaksin prevenar 13, tp dia still muntah Dan nafas berbunyi kahak juga. Bila dia nafas laju, sy beri dia chamber. Boleh ke anak sy sembuh sepenuhnya dari pneumonia jika usianya 4 atau 5 tahun Dan seterusnya. Risau sy dibuatnya. Dugaan
BalasPadam