Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kawasan tanaman sekitar rumah dah mula bersemak sejak hujan
mula turun beberapa hari lepas. Balik dari Johor saya juga perasan serangan
serangga perosak yang sangat aktif, tapi memandangkan jadual perjalanan yang
padat saya tidak sempat untuk menguruskan kesemua pokok-pokok. Pulang dari
Kemaman hanya dapat menghapuskan beberapa ekor ulat bulu dan menarik keluar
rumpai yang sempat dicapai tangan semasa menyiram pokok. Hmm, kira ok lah. Sorry
my Darls! Huhu.
Di celahan daun sweet basil. Tak pernah belek, mujur baca blog Kak Maria. Thanks :)
Jerangkap samar dekat kawasan menyiram
(walaupun kau makan rumput jangan harap aku nak bela. Huhu)
Menyorok dalam daun pokok halia
Malam tadi hujan betul-betul lebat. Pagi ni saya tengok
banyak juga pokok yang tumbang. Pastinya angin juga sangat kencang memandangkan
pokok bunga matahari besar yang diletak berhampiran porch juga menyembah bumi.
Saya tak berani nak tengok luar semalam.
Kailan, semalam. Gemuk dan melambai-lambai, "petik lah aku"
Kailan, hari ini. Senget dan kotor. Takpe, saya akan tetap petik.
Tapi pagi ni saya disambut dengan kuntuman bunga telang yang
berwarna biru terang. Hati sangat gembira (walaupun lepas ni nampaknya kena betulkan
semula beberapa lagi pokok yang tumbang)
Sweet basil yang tercabut akar
Ini adalah foto-foto yang saya ambil semalam. Bunga-bunga yang sedang mekar, tanda hasil akan keluar tak lama lagi. Insya-Allah.
Bunga bendi singa ke-4. Hari ni pokok ni pun tumbang,
mujur ditanam dalam polibeg :p
Bunga tomato baka MT 1
Bunga sweet basil. Semalam nampak cantik eh, hari ni dah bertanah.
Beberapa projek terbengkalai dah boleh mula diatur semula
jadualnya, terutama sekali tentang baja hijau dan tong cacing. Bahan sudah
disediakan tapi perihal masa tu nak kena deal dulu dengan si kecik ni. Kali ni
walaupun ketika Abahnya bersiap untuk bertolak ke tempat kerja dia kelihatan agak
selamba, tapi sehari kemudian dia mula buat hal sebab tak ada yang nak meneman
dia sepanjang masa. Agak-agak la kan, takkan Mama nak memasak pun tak boleh. Haduuii.
Apa pun sesuatu yang juga
menggembirakan adalah Streamyx! Suami dan crew pemasangan sempat sempurnakan pemasangan
landline dan pendaftaran streamyx sebelum dia outstation. One word – stunning! Internet
sangat lancar dan proses untuk upload gambar sangat pantas. Sebelum ni mungkin
ambil masa setengah jam untuk muatnaik 2 keping gambar, sekarang dalam kurang 3
minit boleh naik 16 keping gambar! Wuhu, nak melompat seronok je rasanya! :D
Trellis yang sempat suami buatkan.
Inovasi menggunakan pintu pagar lama. thanks :-*
Wani, bila you cerita tentang ribut yg kuat hingga menumbangkan pokok2 tu, dpt I bayangkan.. bestnya malam2 tidur disulami bunyi hujan dan ribut, mesti lena. :D
BalasPadamTakpe la tumbang, boleh betulkan...asal tak mati kekeringan.
apa yang bestnya bila kilat memancor-mancor (macam Awie sebut tu) kat luar tingkap MM, makin takut ada. kejap-kejap terdengar bunyi 'click' macam dia menyambar kat suis yang ada dalam rumah. merinding ah! kalau kilat takde memang syok lah
BalasPadamwah ada bunga telang boleh buat nasi kerabu. rajin bercucuk tanam, moga terus subur tanamannya! ;p
BalasPadaminsya-Allah satu hari nanti nak cuba juga sebab saya ni peminat nasi kerabu. hehe. thanks Asmara sudi singgah dan tinggal komen. jauh ni dari jepun ;)
Padam