Asssalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni hari ke-3 kami di Kemaman. Kursus Pak Bujal sepatutnya
habis hari ini, dan kebiasaanya kalau dia habis kursus awal kami akan terus
balik pada hari yang sama. Tapi memandangkan semalam kami dah jumpa port baru
untuk bersuka ria maka terpaksa tangguh satu hari lagi. Hari ni kita enjoy! Hahahaha.
Terserempak dengan obor-obor di port baru. Ngeheheh.
Sebenarnya tajuk entri tak ada kena mengena dengan kisah
isteri teraniaya atau suami curang. Ia semata-mata kerana anak perempuan kesayangan
telah menabur pasir ke dalam plastik keropok lekor yang sedang dinikmati ibunya
dengan lahap yang ketika itu sedang mengadap laut nan luas dan ber’pot-pet’ tanpa henti
dengan abahnya. Huhuhu. Bertuah punya anak! Bulan depan masih ada satu kursus
perlu dihadiri suami. Nampaknya berumah lagi la di Kemaman ni (harapnya tak
makan pasir lagi! Huhu).
Bersambung pasal isu perosak beberapa hari lepas. Nampaknya
cuaca yang tidak menentu sekarang dikatakan antara penyebab populasi perosak
semakin berkembang. Telur serangga yang ditinggalkan dibahagian bawah daun mula
menetas dan ‘anak-anak’ yang keluar mula aktif memakan apa jua jenis daun yang
digemari untuk membesar. Bila cuaca semakin stabil diharap bilangan perosak ini
akan semakin berkurangan.
Jenis ulat jengkal yang saya temui di bawah daun bunga
matahari besar.
Walaupun saiznya sangat kecil tapi nafsu makannya kuat juga.
Serangan ulat bulu kuning di pokok kari.
Sebenarnya ada satu jenis ulat berwarna hijau pucuk pisang
yang saya jumpa semasa sedang mengutip benih bunga matahari. Panjangnya anggaran
1 inci, kurus dan nampak sangat lincah. Tapi dek kerana kegelian, sebelum
sempat saya capai kamera tau-tau saja ia sudah hilang. Macam magic, hilang
macam tu saja. Agaknya ulat tu pun geli tengok saya, cepat-cepat ia lari
bersembunyi di mana-mana. Ish ish ish..
Habis cerita asam garam menanam kita cerita pula manisnya
hasil bertani. Minggu lepas buat kali pertama merasa hasil bayam tanam sendiri.
Owh, bayam termanis saya pernah rasa! Sara suka saya masak bening (tumis air), dia
hirup kuah dari mangkuk terus. Hari berikutnya dia masih minta saya buatkan ‘kuah
sayur’. Heheh.
Tuaian pertama dan kedua dari satu pokok bayam. Haha.
Dan sebagai penutup, kita hiasi dengan bunga bendi kedua saya. Ngeee.
Have a nice weekend everyone! :D
Seronoknya gi Kemaman!. Keropok lekor sana mmg sedap2. Enjoy yr day!
BalasPadam*Tapi.....ulat bulu tu, mengerikan la. Kalau Kak Mirror jumpa mmg lari dulu tak sempat nak snap.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamlain tempat lain juga rasanya kepok lekor tu MM. ada yang lembut, ada yang liat. huhu
PadamMM tak tengok saya ambil gambar siap duduk jauh-jauh, zoom in, pastu siap geleman-geleman gitu. wahahaha
Besar juga obor-obor tu. Nice harvest!
BalasPadamsaya teringin nak harvest hasil kebun yang best-best macam you punya lah diana. wow, seronok! :D
Padamobor-obor tu memang besar, tapi rasanya dah mati :p
Hehehe, ke pantai timur pula kali ni ye.. ada sempat pekena nasi dagang atau laksam?
BalasPadamBetul kata Wani, makhluk perosak ada yang menunjukkan 'taringnya'. Anak pokok kacang panjang renek saya sedang diserang 'leaf miner'. Geram betul saya. Dan sayur putih saya menjadi serangan makhluk yang suka tinggalkan telur kecil hijau pekat macam jeli.
Bestnya dapat tengok bunga bendi. Entah macam mana saya selalu miss melihat bunga bendi saya.. sedar-sedar bendinya dah ada.
kat sana saya suka nasi kukus ayam berempah, nasi dagang saya kurang minat. laksam tak try lagi :)
Padamaa, baru teringat yang kacang panjang saya belum semai lagi. huhu. banyak betul perosak ye, sekarang baru tau susahnya keja kebun (kalau tak geli mungkin tak susah sangat) u____u
saya tunggu sangat bunga bendi ni Mama Pongkey, dia tunggu saya kot baru nak layu. hihi
Tajuk tu buat saspen. Heheh..
BalasPadamSedapnya keropok lekor. Next time bleh le beli lagi kan.
Ulat-ulat kat pokok tu buatkan saya meremang bulu tengkuk. Gelinya...euww...
Sedapnya bayam termanis tu. Sebab tanam sendiri kan? Sebab tu manis.
ada connection antara dua ayat tu. haha. dah biasa sangat makan kepok lekor, suami ke ganu tiap-tiap bulan.
Padambayam ni memang manis Lyd, tak macam yang beli kat pasar. lain betul rasanya. sebelum ni saya pun kurang gemar sayur hijau, sekarang tidak lagi ;P