No Story Time


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Petang ni nampak mendung sikit. Time macam ni mula lah internet buat hal. Selama ni saya guna khidmat ‘orang kuning’ untuk online, so secara logiknya bad weather akan menyebabkan bad coverage yang seterusnya gua pun jadi a bit annoyed lah! Huhuh. Beberapa hari lepas suami called bagitau yang dia dah confirm dengan syarikat telco untuk masuk land line dan Streamyx, harap-harap outcomenya nanti lebih bagus berbanding ‘orang kuning’ ni. (Syoh, duduk jauh sikit lah!)

Tapi yang best eh, time mendung-mendung ni tetiba dengar jiran laung salam.

Photobucket

Pemberian orang sebelah. Ni buah apa eh? Dia pun tak pasti nama apa tah, bawak dari kampung mertuanya kat Kedah. Bau macam duku, rasa macam duku tapi besarnya sepenumbuk.

Photobucket

Dan ini – sekeping apam balik yang masih panas!

Syukur Alhamdulillah. Semalam baru je terbayang-bayang apam balik berinti pisang yang Chef Sherson Liam masak dalam 5 Rencah 5 Rasa.  Terniat juga balik kampung hujung minggu ni nak beli apam balik yang best kat pekan Pagoh tu. Rezeki.. Sebenarnya apam balik ni special juga. 2 potong ditambah inti paste coklat dan 2 potong lagi ditambah kismis yang baaanyak. Wahhh..first time jumpa! :p~

Eh, lepas makan ni tetiba tengok langit dah cerah balik pulak. Boleh keluar belek pokok lagi ;D


18 ulasan:

  1. Wah! Bestnya.. alhamdulillah byk plak rezeki makanan yg jiran bagi hari ni ye. Duku giant tu first time I nampak.. agaknya Duku "terkawin" dgn kelapa kot... wahahaha... Nama dia DUPA (duku + kelapa).

    BalasPadam
    Balasan
    1. DUPA?? hahahahhaa..dah macam nama adiwira terbaru pulak! "Akulah DUPA, penyelamat buah-buahan sejagat!" wahahahahaha lucu lah MM ni

      saya pun tak pernah jumpa buah ni. baik hati jiran saya tu kan? ngehngeh

      Padam
  2. Kalau kat tempat saya orang panggil sentul ataupon setial...haa.. Rasa masam2 kan? tapi awas, jangan tertelan bijik da r.. dulu mase budak2 kalau tak panjat kitorang baling pakai terompah kayu mak cik yang ajar mengaji pnye.hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. LOL!! macam-macam lah kamu ni Khamsi
      oo belah timur panggil sentul/setial ye. rasanya memang masam manis. punya lah susah nak mengingat rasa duku tu sebab dah lama tak makan U__U||

      Padam
  3. betul cakap Khamsi Abdullah, kalau tak silap saya pun itu buah sentul..rare tu, simpan biji buat benih ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian saya tak pernah jumpa buah sentul ni mat jon. huhu. nak simpan tapi biasanya biji benih ni cepat berkulat. nak cari ubat anti kulat lah lepas ni.

      Padam
  4. teringat buah tampoi, kulit macam duku, isi macam rambai. Sedapnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu duku langsat ke Nudabuffy? tampoi yang saya tau cuma tempat kat JB tu je. aihh..kesiannya saya...

      Padam
  5. Di Utara, ia dipanggil buah setoi..memang sedap dengan rasanya yg masam-masam manis tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm, sedap sedap sedap n___n
      kat utara panggil setoi ye JR, patut la macam susah je cik tu nak menyebutnya. dia orang pahang pulak :D

      Padam
  6. Best kan dpt jiran pemurah.. sejak lynn pindah nih adalah jiran sebelah dan depan tegur2.. tapi hari Jumaat tu bell bunyi, tak sangka chinese neighbour kat depan bagi sekotak durian! Problemnya Rizal x mkn durian & dia memang x suka bau durian..Nak buat camna? smile & say tq je lah..alih2 letak kat belakang..bila Rizal balik mengamuk bau durian satu rumah..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah jiran ok, peramah :)
      jiran you pun baik juga walaupun dia kasi durian. kalau jadi jiran i mesti i sayang dia sangat. huhuhu. durian memang tak boleh nak sembunyi lah lynnhelite, walaupun buahnya tak nampak bau masih ada. hehe

      Padam
  7. Haa.. dia punya no story pun berstory-story jugak. So, cemana guna streamix? Laju ke tidok?

    Buah tu kalau kat Pahang dipanggil buah duku Langgar [Langgar tu nama tempat]. Kalau kat Johor panggil buah... duku jugak kan? Saya suka buah ni. Puas makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesungguhnya masa mula menaip tu memang tak ada story, tiba-tiba eh jiran pulak panggil dari luar. hahaha. rezeki~
      biasanya buah duku kecik je Lyd. ni beso bebenor. tak pernah jumpa ni.... (gaya jakun sikit)

      Padam
  8. Dah berpuluh tahun tak tenguk buah tu. Orang utara sebut buah Ste....

    BalasPadam
  9. dah berpuluh tahun tak tengok tak le terkilan sangat macam saya ni Bangchik/Kakdah, dah berpuluh tahun hidup baru sekali ni le tengok. uhuhuhu

    BalasPadam
  10. tak pernah lagi makan buah duku sebesar itu

    BalasPadam
  11. itu lah pasal. kat pagoh macam tak jumpa pulak. kat parit lajer tentulah tak ada juga kan? hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...