Projek Ahad


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Malam tadi angin punya lah kuat, hujan pun lebat. Family kakak anak-beranak datang rumah. Memang riuh sikit tapi seronok tengok Sara ada kawan. Pagi semalam jiran sebelah rumah pun baru je balik dari cuti seminggu kat kampung kat Kedah, sunyi sikit lah minggu lepas tak dengar budak menjerit-jerit. Hari ni dah mula riuh semula. Iye lah, anak jiran sebelah ni 8 orang. Sorang kat Mesir, 3 duduk asrama. Cuti sekolah ni semua yang duduk asrama tu balik. Biasanya yang kecik-kecik 4 orang tu pun dah boleh memeriahkan petang-petang kitorang. Tapi masing-masing masih malu, jemput singgah rumah pun masih segan-segan. Heheh.

Ok, sambung balik program menanam dan memindahkan anak pokok sebelum Big Boss balik Selasa ni. Pehh, makan masa 2 hari bila ditemani si Sara ni. Nak kasik dia biasa dengan suasana menanam supaya dia minat nak join hobi maknya dan minat makan sayur. Tapi tengok gaya dia lebih risau tangan yang kotor kena tanah dan gangguan lalat. Amareka la mu nih!

Photobucket


Semalam saya dah settle pindahkan 8 anak pokok tomato ceri, holy basil dan satu set pokok (3 pokok) yang saya tak ingat spesisnya selepas dengan sengaja membuang labelnya minggu lepas. Makcik ni pun satu, pelupa bebenor. Tunggu je la, mana tau naik pokok getah ke. Huahuahua.

Photobucket

Watak utama hari ini - Miss Kangkung (lenggang kangkung kan katanya..hoho)

Hari ni saya pindahkan anak kangkung ke batas, gantikan pokok kangkung yang lama sebab dah tua dan banyak bunga. Ini lah baru kali pertama saya jumpa benih kangkung. Tapi lupa pulak nak ambil gambar. Ceh! Anak kangkung ni disemai pada 23 Mei 2012.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 Siap!

Kangkung yang tua tadi jangan dibuang, ada gunanya.

Photobucket

Ready for next project

15 ulasan:

  1. Nanti kalau dah membiak2 semaian tu, dah bleh wat meniaga.. harga kena up sikit la, sbb bebas dari semburan racun. ;).

    Huuuu awet muda la nt Wani ye... mkn sayur2an fresh tiap ari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak, makan sendiri pun belum tentu cukup ni MM. huhu. saya ni memang awet muda (koh koh koh)

      Padam
  2. Gambar last tu akak tau projek apa, nak tanam keledek pulak ke?
    Seronok main tanam2 kan? dpt hasil tu yg bangga sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. no-no-no keledek belum masuk dalam program lagi :p
      memang seronok kalau dia tumbuh sihat kak fibie, tapi kalau tidak muka penyek je. kihkih

      Padam
  3. Wah banyak sekilo setengah kangkung tu. mari kita teka, nak buat compost atau nak beri makan arnab? :-) Saya ada juga yang besar, saya belasah makan dalam mihun dan nasi goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya guna kitchen scale, sebenarnya tak sampai sekilo pun Mama Pongkey. tapi betul la jawapan tu. yayy! saya nak cuba buat baja hijau, harap-harap menjadi le ;p

      ingat nak bela arnab juga, dah usulkan pada boss tapi belum approved lagi. haiya~

      Padam
    2. Hehehe. Yeay! Insha Allah menjadi baja hijau tu, tunjuklah kaedahnya di sini. :-) Arnab tu pun pengeluar baja organik bermutu lagi bernas. Makanan tak payah beli, kasi kangkung je. Lepas tu dapat baja free. Okay la tu :-)

      Padam
    3. insya-Allah Mama Pongkey. paling awal minggu depan baru tau macam mana hasilnya, nanti kalau ok saya akan kongsi di blog. nak ready gambar dan kaedah dulu :)
      itu lah, arnab tu memang dalam perancangan. mesin baja tu. hehehe

      Padam
  4. nampak mcm buah timun...timun jepun ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup ibu shafirul :) buah timun jepun sulung yang bakal disantap bersama nasi lemak. ngeheheh

      Padam
  5. Wah. Saya pun dal fikir nak bela arnab. Tapi memikirkan kalau Blik kg mcam mana la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya saya angkut je sekali. haha. tapi kalau balik sekejap-sekejap suruh anak-anak jiran tolong tengokkan pun ok juga :)

      Padam
  6. wani,kangkung tu buat mkn Brownie lynn ler..(kami punya baru tinggi dlm 10 meter..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs. Kangkung masih ada tugas yang perlu diselesaikan :p
      er, sorry..apa yg 10 meter tu?

      Padam
  7. Alahai Wani, kangkung lynn ler.. dah tinggi dlm 10 meter tapi makin kurus dan kuning, memang kena bagi Brownie jer la mkn jawabnya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...