Friday, I’m in Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini sudah Jumaat, masa untuk buat entri banyak-banyak! Hahaha (eleh, macam la ramai sangat nak baca entri dia. Kih kih) Sementara Sara tengah tidur petang ni, (selepas mengemas mainan dia yang berkati tu..mak aihh, macam tongkang pecah!) adalah lebih baik menyempatkan diri menulis sikit.

Ada beberapa gambar nak masuk dalam gardening log. Ini semua adalah tanaman pertama saya, boleh rujuk lain kali – bila masa sesuai nak menyemai, memindah dan mengutip hasil. Saya tak spesifik tarikh pada posting tapi saya letak date stamping pada gambar untuk rujukan tarikh sebenar. Antara pokok yang paling saya tak pasti nak tanam dan jaga adalah lobak merah dan kentang. 

Ingat tak dulu ada post pasal Russet potato yang dah banyak keluar mata tu. Saya tanam juga tapi dalam paip PVC. Memang bekas yang kecil, tapi apa salah mencuba. Nak juga tengok pokok kentang. Kalau betul boleh tumbuh lepas ni boleh cuba tanam dalam bekas yang besar sikit.

Photobucket



Photobucket

 Beberapa hari kemudian, dan paip PVC pun sudah penuh dengan tanah. 
Nak stack dengan paip lagi untuk earthing

Ramai orang guna tayar yang distack setiap kali perlu earthing anak pokok kentang ni, tapi tayar terlalu la makan space. Tanah saya kecik je. Huhu.

Photobucket

Anak pokok lobak merah yang dijirankan bersama bawang (baru tanam) dan holy basil. 
 Harap berbahagialah kamu semuanya dan tolonglah tumbuh besar :D

Photobucket
Salad Butterhead yang nampaknya macam terlalu rapat. 
Benih sangat bernas, tak sangka banyak yang tumbuh.

Photobucket

Ini pula pokok bayam, sawi dan kailan yang saya baru pindah ke patch beberapa hari lepas. Cepat je besar. Sepatutnya bayam dah boleh tuai tu, tunggu Pak Bujal balik lah dalam 4 hari lagi. Satu pokok je ni, nak makan sama-sama. Kih kih kih. Kesiannn…

Photobucket

Kangkung pun dah boleh tanam di batas. Pokok kangkung yang lama dah mula memanjat pokok limau kasturi. Dah merata-rata perginya, pokok timun pun dipanjatnya juga. kangkung ni dah banyak yang berbunga, saya pun jarang petik.

Photobucket
Pokok bendi singa

Pokok bendi singa setinggi paras peha ni. Lepas dibaja rasanya ada sekali dia berbunga, tapi sekejap je tengok bunga dah layu. Tak tau lah bila nak berbuah. Dah lama juga tanam ni, sejak sebelum pindah masuk lagi.

Photobucket
Pokok timun jepun yang masih bertahan

Buah timun jepun yang rosak (sebelah kanan) diganti dengan buah timun yang baru. Masih elok dan cepat membesar. Dalam masa sehari hampir sekali ganda saiznya. Hari ni check dah bertambah besar. Sambil tu tengok-tengok juga kalau ada serangan kekabuh. Rasanya dah dekat 6 ekor juga yang saya hapuskan. Buah yang rosak tu saya dah buang, pergi bersama rasa frust saya..huhuhuhuhu.....


15 ulasan:

  1. Menjadik la you punya ladang.
    Yg ajaibnya ada carrot plak tu. Tak terpikir plak I nak tanam carrot selama ni. Memang best.. nanti bila dah merimbun tentu akan jadi lebih cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-Allah MM kalau menjadi. saya kurang yakin pulak dengan lobak merah tu, puas cari kaedah nak tanam tapi macam tak jumpa lagi. harap-harap lah kan menjadi. Aminnn

      Padam
    2. wah3~ carrot pon ade? nk kne cri umah y ade lamanlagi luas ni...nak celen cik puan kite ni..haa

      Padam
    3. wah, naik pulak saham Cik Carrot. jangan tak tumbuh sudah, malu tuan tanah..huhu

      Padam
  2. Karot saya pun dah sprouting hari ni. Suka2. Bayam awak nampak sangat sihat tu. Saya masih gaul tan bayam. Sepeket tabur yang hidup cuma dalam 5,6 pokok ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. bayam dulu saya missed nak tukar tempat awal. asyik tinggalkan rumah. tu rasanya dia macam tak naik sangat, kurang air, kurang jaga.
      eh by the way, carrot tu tak perlu siram air banyak-banyak kan? alamak, tak tau lah nak jaga takut mati pulak

      Padam
    2. Tak tau la pun! Rasanya karot tak perlu byk baja/air baru ubi jadi panjang

      Padam
    3. yess, dah dapat! betul betul betul..itu la sebab dia tak boleh siram air banyak sangat. teshu teshu teshu so much herny :) saya baca sana sikit, sini sikit. last-last tak ingat kenapa perlu buat macam tu walaupun tau caranya mmg macam tu. eh!? hahahaha :D

      Padam
  3. Rajinnya, semuanya ada...Kalau semua kita macam Wani harga sayur di pasaran pasti turun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. selain kerana minat dan hobi, alasan utama saya bertani adalah kerana malas nak keluar beli sayur di kedai setiap kali suami outstation :p. lagipun menanam sendiri adalah pilihan yang baik untuk sayur yang lebih segar dan bebas racun :)

      Padam
  4. wow 2 bulan dah macam ni, memang bagus..banyak variety kat kebun tu. bayam tu saya suka tengok menjadi, bayam saya tak jadi jadi lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 bulan tu baru betul-betul jaga sebab dah pindah sini. sebelum tu ada juga semai sikit-sikit tapi tak terbela lah, tinggal 2-3 minggu.
      bayam saya first batch pun tak menjadi sangat sebab tak bersiram, yang ni baru ok. keluar set daun sebenar kena pindah kat patch terus. banyak bahan organik, tanah loose, air cukup dan cahaya banyak. insya-Allah lain kali ada rezeki mat jon pulak :)

      Padam
  5. my red bayam baru dlm 3 inci.. tu pun tinggal separuh sbb anak cabut..sabo, sabo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang kena banyak bersabar kalau menanam dengan anak-anak kecik ni u___u||

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...