Eksperimen #03: DIY Origami Newspaper Pots


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kelmarin saya perhatikan yang cambahan dari semaian saya pada bulan lepas banyak yang sebenarnya sudah boleh diasingkan atau dipindah ke tapak menanam. Anak-anak pokok ni kalau kita terlewat pindahkan kadang-kadang resultnya kurang memuaskan. Sudah beberapa kali berlaku sebelum ni terutamanya bila terpaksa balik kampung berminggu. Memang tak dapat nak buat apa lah. 

Masalahnya saya tak prepare lagi tapak sesuai untuk pindahkan anak-anak pokok ni nanti. Banyak juga space nak pakai tu sebab banyak jenis dan system buddy atau companion planting pun saya tak habis study lagi. Huhuhu. So habis baik boleh buat pun asingkan setiap anak pokok ke polibeg lain supaya akar dapat space lebih besar untuk tumbuh dan berkembang. Selebihnya kena cepat-cepat habis study dan kerja kuat sikit untuk buat tapak menanam. Arghhh~


Saya teringat nampak polibeg dibuat dari suratkhabar dari blog growingandbeing milik rakan blogger lynnhelite beberapa hari lepas. That’s really one big brilliant idea! Wow, rupanya ada juga polibeg dari suratkhabar. Alangkah jakunnya aku! Hahaha. Itu pasal saya suka sangat blogwalking dan cari idea-idea menarik, especially jika ianya berkaitan kitar semula dan gardening tips and tricks. Saya berharap kawan-kawan sudi berkongsi lebih banyak info dan idea menarik di blog masing-masing untuk dijadikan rujukan dan panduan blogger lain pada masa akan datang. Thanks so much to lynnhelite. Sharing is caring ;D .

Untuk memudahkan rakan yang lain mendapat capaian atau ingin mencuba sendiri membuat polibeg dari suratkhabar lama, saya sediakan sikit panduan dan maklumat berkaitan di sini. Keywordnya adalah newspaper potNewspaper pot adalah langkah yang baik untuk berkreatif, jimat dan mesra alam! Ada beberapa jenis dan kaedah membuat newspaper pots, tapi saya minat dengan jenis origami ni sebab tak perlu banyak bahan dan macam best la melipat-lipat, dah lama tak buat weyy. Enough said, mari kita!

Jom Buat!

Perlukan bahan-bahan:

Suratkhabar lama (saya guna akhbar saiz kecil The Star)
Masking tape (ikut yang asal guna paperclips tapi masking tape lebih bagus kerana ia biodegradable)
Sepasang tangan untuk klik link dan melipat (hua hua hua)

Kaedah:

Mula-mula masuk sini dan klik gambar sebelah kiri untuk paparan lebih besar.

Ikut saja step-by-step yang mudah.

Siap dan boleh digunakan untuk menanam atau menyemai benih! Hehe.


Senang je kerja aku eh. Nak buat balik tapi kesian pulak kat designer tu, macam plagiat pulak jadinya nanti. Tapi kalau tak faham boleh je tanya, saya cuba jelaskan balik. So, semua kredit kita beri pada Dave, Carl&Nicole dan Cardiff. Tak lupa juga pada saudari lynnhelite kerana telah memberi inspirasi. Insya-Allah akan memberi manfaat pada kawan-kawan yang lain pula. Thanks a lot :D

Photobucket

Easy peasy. Saya buat 10 yang siap sepenuhnya dan 13 lagi yang tak habis lipat - simpan buat spare kalau tak cukup (memang tak cukup pun) dalam kurang setengah jam. Sure orang lain boleh buat lagi cepat. Bersedialah untuk menghitamkan tangan. Yeeeeha!!

Photobucket

Tomato ceri
 
Photobucket

 Dahlia


14 ulasan:

  1. Wah! Cantiknya...
    Teringat dulu masa meng"origami"kan paper utk buat topi dan sampan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mojo saya dah hilang lah bab lipat melipat origami ni MM. yang ingat cuma buat roket/kapal terbang je. pastu sambil terbangkan boleh nyanyi lagu exist - kapal terbang kertas. LOL

      Padam
    2. Wani - LOL... lagu Exist mmg sedap2..

      Ada kakak blogger tu Wani, I nampak dia guna cawan2 kertas terpakai utk proses pengalihan semaian... klik here -->
      mari kitar semula bahan terbuang

      Padam
    3. terima kasih untuk linknya ya MM. bagus betul ideanya :D

      Padam
  2. Tu la asyik beli polibag je, habis juga duit kan. Saya pun ada singgah blog growingandbeing, cuma tak cari cara nak buat pot nih. Alih-alih wani sc dah tunjuk caranya. Tq for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang paling bestnya sebab boleh tanam skali pot ni bila nak pindah kat tapak menanam mat jon, tak payah nak geli-geli takut ada cacing ke apa :p

      Padam
  3. ha ha..sorry guys, i lupa nak buat input cara2 nak buat..(nanti i masukkan..)nowadays anak2 i jer yg buatkan..true, kalau anak benih dlm 50 biji..brapa byk nak isi dlm polibeg? walau beli polibeg tu 20 sen each, tapi kalau dikumpul2kan..boleh simpan buat beli aiskrim.kan, kan..Itu wani pakai double tape ke? sebenarnya takyah pakai tape pun.. bila letak tanah dia boleh stand sendiri dah kat bawah tkkan bocor sbb dah byk lipatan.. Tapi bila tengok kat sini memangla wani punya cantik..kemas buatannya. i punya cincai jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka suka suka!! n__n
      saya perasan yang lynnhelite punya berbentuk bulat dengan lipatan pada rim. sangat berharap lynnhelite boleh tunjuk juga cara nak membuatnya satu hari nanti supaya lebih banyak pilihan dan variasi untuk kawan-kawan pilih mana yang bersesuaian ;)

      yang saya buat ni cuma perlu masking tape pada tangkai saja upaya lipatan tak terbuka, bawah takde lipatan dan tak ada tape. mungkin akan toreh sikit tapaknya sebelum tanam supaya akar senang keluar dari pot. thanks lynnhelite :)

      Padam
  4. Bagus jugak cara ni. Lebih memelihara alam sekitar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes Lyd, lebih 'hijau' dan lebih jimat semestinya n___n

      Padam
  5. bagus2.. jimat ni.... masa semai tu spray ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas pindahkan tu saya cuma tuang sikit air je guna senduk pasir mainan sara. mula-mula memang spray, dah lama-lama macam penat pulak jari. hahaha. pots ni kena letak kat dalam dulu, alas dengan plastik. Tak boleh kena hujan nanti koyak pulak.

      Padam
  6. Hi Wani... i dah buat tutorial kat my blog... paling ringkas dan simple... tak perlu seni origami..cuma takdelah cantik mcm you nih.. he he..so far hujan lebat pun dia maintain jer..tak koyak sebab btk lipatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks lynnhelite :) saya dah tengok. base lebih kukuh kan cara yang tu. saiz pun boleh je sesuaikan ikut keperluan. kawan-kawan boleh tengok kat sini:

      http://growingandbeing.blogspot.com/2012/06/menyemai-benih-menggunakan-suratkhabar.html

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...