Masa Untuk Pulihara Kebun


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bila dah lama tinggalkan rumah biasanya hari pertama di rumah saya akan termenung depan tingkap – tengok rumput yang subur dan tanaman yang makin layu kurang air. Mula lah pasang niat lepas ni tak mau tinggalkan rumah lama-lama lagi, kesian kat pokok yang tak terjaga. Tapi apakan daya, tiap-tiap bulan sebelum ni memang jadual penuh. Selain ikut suami berkursus perlu pula balik kampung atas bermacam sebab. Sejak berpindah ke sini memang tiap-tiap bulan balik Johor pun.

Photobucket

Daisy yang dibeli sebelum bertolak ke Kemaman. Layu sudah. Sobss

Yang paling tak best bila plan berubah dari rancangan asal tanpa notis. Dari asalnya bercuti 4-5 hari menjadi 7 hari pula. Mula lah hati gundah gulana, asyik teringat pokok-pokok yang sedang berbuah – kali ni tomato, bendi dan timun. Botol-botol minuman berisi air yang bertindak sebagai sistem sokongan mungkin tak dapat bertahan selama itu. Sudah lah kangkung pun sudah sedia ada macam terkurang air.

Photobucket

Pokok tomato nampaknya ok je cuma perlu pancang kerana buahnya semakin berat. 

Photobucket
Buluh-buluh ni adalah kitar semula dari buluh lemang yang dibeli di Kemaman. 3 batang lemang RM10. Hehe. Projek memancang tak start lagi. Plan hari ni nak susun batu buat patch baru untuk roselle dan pokok ‘unknown’ yang rupa-rupanya adalah terung pendek. Heheheh. 

Dah buat sketch untuk susunatur laman depan,. Memandangkan hari ni katanya ada gangguan bekalan elektrik dari jam 1-6pm tak dapek la den nak bergolek depan tv macam selalu. Kih kih. So, kalau sempat hari ni nak siapkan la patch tu. Insya-Allah.


Chaiyok!

6 ulasan:

  1. assalamualaikum...selamat berpuasa...tin bawah pokok tomato tu utk bekalan air ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam K Mar. selamat berpuasa juga :)
      ha'ah. tapi airnya cepat sangat habis sebab lubang atas tu tak tutup. hehe. agaknya kalau tutup dengan plastik pastu ikat getah mungkin dia boleh tahan air tu dari keluar cepat sangat. saya tak try pun lagi :p

      Padam
  2. Daisy tu mesti mahalkan, sayang nya..boleh subur semula ke?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la tahan. sepasu rm 12. tak boleh tahan tengok rupa dia yang cantik sangat macam melambai-lambai "bawak lah aku balik" wuhuhu.
      saya cuba rendamkan pasu dalam air sampai tenggelam selama 5 minit kelmarin. hari ni daunnya dah mula segar semula. even tangkai bunga tu pun cuba bangun tapi kelopak layu tu memang tak boleh nak cantik dah la. nanti nak trim buang daun-daun yang dah kuning dan tabur serbuk penggalak akar sket. mungkin akan rendam lagi 5 minit.

      Padam
  3. polibeg untuk tomato tu saiz yang sedang kan? kalau tak silap sebelah tomato tu pokok cili/capsicum? bunga dahlia yang layu tu kena trim jugak kalau nak banyak keluar putik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah mat jon. polibeg saiz sederhana. hari ni nak pindah dalam pvc dan ikat pancang. insya-Allah~~~ :p
      sebelah dia pokok cili besar. ada la buah sebiji. daun macam kerinting sikit kurang air. nasib baik kat tempat teduh.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...