Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selepas beberapa hari dilanda hujan dan apabila mula terlihat
kelibat pemotong rumput bermotorsikal berlegar-legar menanti mana-mana pemilik
rumah yang berminat untuk mendapatkan khidmat, itu tandanya masa merumput dah
bermula.
Untuk halaman rumah yang tak berapa nak besar ni macam tak
berbaloi je nak upah tukang potong rumput. Cangkul sendiri pun boleh apa. Makan
masa sejam setengah, sampai ke maghrib juga siapnya.
Awal pagi tadi sebelum subuh hujan dah mula turun
semula
selepas 2 hari yang terang sebelumnya. Dalam hati terdetik, mujur dah
bersihkan semua rumput petang semalam. Walaupun lebih mudah menyangkul
semasa tanah masih lembab, saya lebih suka mencabut dan membersih rumput
ketika tanah kering kerana kurang cacing dipermukaan tanah dan dicelah-celah akar. Boleh gitu? n__n''
Dan dikala jiwa sedang kacau serta motivasi untuk menulis
semakin kurang, hati terhibur tengok beberapa tanaman nampaknya bertambah
subur.
Tak dapat tahan diri dari rasa seronok setiap kali tengok anak-anak tomato ni.
Membesar la dengan sihat dan kuat. Fuhhhh~
Minggu depan akan pindahkan anak pokok kacang panjang silver
white ke tapak menanam. Manakala harapan besar disandarkan pada anak-anak pokok roselle.
Bertahanlah kamu.
Baka giant sunflower, dari pokok yang paling kecil. Kamu sangat cantik! :)
em em ye le terhibur hati yang nengoknya.. best la tomato dah berbuah, saya masih belum berjaya dengan tomato, pokok asyik mati je. yang saya tau tomato perlu cahaya yang banyak, air pun banyak jugak ke?
BalasPadamtak pasti lah mat jon sebab ni kali pertama juga pokok tomato yang saya tanam berbuah. tapi saya letak dikawasan tak berbumbung dan kena cahaya matahari dari pagi hingga tengahari. ada 2 pokok sebelah menyebelah dan dua-dua sedang berbuah.
Padamcuba lagi mat jon. good luck! :)
Napa ni Wani?. Napanya terkurang motivasi menulis?. Meh kita memotivasikan diri...hehe.. smlm I baca sorang blogger tu sehari 7k visitor, padahal cuma personal blog je mcm kita2 ni.. income tak usah crita la, of coz le ber"Kay Kay" jugak ler..
BalasPadam**meh ler rasa termotivasi dgn apa yg I kata ni... hehehe..
iye?? dengar cerita tu memang seronok, nak tulis cerita je yang kadang-kadang sangkut. wuhu. MM ni mesti visitor pun riban-riban ni..eaa, u jangan tipu ;p
PadamSaya suka bunga matahari tu, comel...
BalasPadamsaiznya kecik je tapi kelopaknya lebar-lebar, memang cute :)
Padamassalammualaikum wani sc,
BalasPadamcomel tul tu bunga matahari.subur lah tomato tu, harap tomato saya juga berbuah macam tu.akhir2 ni saya juga rasa hilang motivasi nak update blog, kenapa agaknye ye.
tak mungkinlah kerana cuaca..kan? ;)
Padamsemoga semua pokok tomato kita hasilkan buah yang elok-elok, cantik dan manis untuk tuan-tuannya. amin~
saya dulu penah tanah cili fertigasi
BalasPadam1k pokok
tapi fail huhu
sebab rumput ni la
penyakit merebak cepat sgt tak sempat nak selamat pokok
ouch! bila menanam dalam skala besar, penyakit tanaman memang boleh jadi masalah serius dalam masa singkat. cabaran besar pada petani, kadang-kadang perlu mencuba lebih dari sekali :(
PadamRapi betul potong rumput licin. Tomato nampak sihat. Sang matahari memang selalu menceriakan :).
BalasPadamterima kasih TukangKebun. boss sudah tinggalkan rumah bebas rumput sebelum outstation, siap tinggal pesan suruh maintain laman clear (walaupun tak aci sikit sebab dia guna herbicide):p
PadamNanti di laman tu cadangnya nak tanam apa ye? Suka tengok newspaper pot tu. Bab ni saya malas sikit nak buat, ehehehe.
BalasPadamitu lah yang sikit gundah ni, niat di hati nak tanam pokok bunga tapi benih banyak yang tak bercambah. mungkin medium semaian kurang sesuai. newspaper pots yang comel pun lebih banyak isi tanah berbanding anak pokok TT__TT
Padamsementara ni nampaknya kosong je lah laman tu, cabut je la rumput yang naik. wuuu~
wah best betul ada laman yg cukup luas untuk becucuk tanam he
BalasPadamAlhamdulillah. besar sangat tu idak le, tapi cukup la untuk penuhi hobi menanam serba sedikit :)
PadamHi..Maharani, blog ini isinya bagus, spesifik banyak artikel tentang tanaman. Its just my opinion...blog ini akan lebih bagus lagi kalo menggunakan template dengan tema tanaman atau garden. Honestly, background orange yang anda gunakan menimbulkan kesan panas. Karena banyak membahas soal tanaman, ada baiknya gunakan template yang teduh/ sejuk. Saya pernah menemukan 2 template yang sejuk di mata, bersih dan ringan loadingnya. Maharani bisa lihat demonya sebelum menggunakannya. Kalo suka baru di download. Ini link-demonya http://legit-dzignine[dot]blogspot[dot]com/ dan satu lagi di http://warmhouse-btemplates-us-ms[dot]blogspot[dot]com/. Tapi itu semua kembali ke soal selera masing-masing. Salam persahabatan!
BalasPadamaduh Yuni, kamu baik sekali! terima kasih. 2 template itu memang cantik. Alhamdulillah. saya akan cuba salah satu dari template tersebut dan tunggu hasilnya nanti.
Padamthanks so much sahabat *hugs
kalau bercucuk tanam, banyak leh dpat hasil ni!
BalasPadamtu la kan. nak bincang dengan penaung dulu kalau boleh mintak peruntukan besar sikit. kih kih.
PadamSalam Wani,
BalasPadamTengokkan tomato Wani geram pulak. Mak Aji punya baru je tumbuh, dalam 2 inci tingginya. x sabar nak tunggu berbuah macam ni!
Wa'alaikumussalam Mak Aji.
PadamBaru-baru ni aje pun saya dapat merasa tomato tanam sendiri. Insya-Allah ada rezeki Mak Aji tak lama lagi. Selalunya bila berbuah tak perasan putik dia, tau-tau dah ada je. Hehe
salam kenal ye, terima kasih sudi singgah :)
p/s: tertarik dengan koleksi kaktus kat rumah Mak Aji. Comel belaka!