Patch Baru Separuh Siap


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Adoi laa..penatnya! Tapi kena juga siapkan sikit-sikit. Karang macam tadi, dua kali cangkul dah terkorek emas kuning hadiah kucing jiran. Arghh..tensen gue!
Semalam sempat susun batu je sebab bekalan elektrik dah masuk semula jam 4pm+. So dah tertengok My Kitchen Rules, siaran 6pm-7pm pulak tu (ni kira alasan ke hapa ni?) Hahaha.

Photobucket


Hari ni tengok pokok tomato dah betul-betul terlentok sampaikan buah-buah tomato dah susun sila atas lantai lagi. Walaupun tekak kering je rasa - mencangkul dan korek keluar batu, tetap kugagahi jua…

Photobucket

Bayangkan la dok tengah prepare barang-barang sambil korek lubang untuk sumbat pvc ni tengok-tengok si Sara tengah ketuk-ketuk buah tomato ni guna buluh. Rasa macam nak pitam sekejap @__@||

Photobucket

Aa, kering dah idea tersejat duduk luar lama sangat. Layan la serba sedikit gambar progress laman depan. 

Photobucket

Photobucket

 Bendi 3 pokok

Photobucket
 Terung 5 pokok dengan 2 pokok holy basil kat penjuru

Terpaksa sambung besok. Tak larat dah, panas dan letih giler. Letak sungkup guna plastik elak kucing sibuk nak buat projek pelaburan pulak nanti

Selamat berbuka semua :)




13 ulasan:

  1. Kalau akk....tak larat dah nak berpanas, maunya pitam akk. Ni pun sibuk dgn kuih raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuh, dah start projek kuih raya tuu! huhu.
      memang letih sikit la kak fibie, tapi asyik mencabut rumput takde hasil pun letih juga :p

      Padam
  2. Wow·· nmpak organise la·· mcamana awak tanam tomato tu.saya fail lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok sikit la sebab kebanyakan pokok saya tanam dalam polibeg, bila dilonggok-longgok macam bersemak pulak. ni nak try tanam kat tanah terus. harapnya dorang tak mogok le alih time produce buah.
      tomato baka MT1 beli dari tanamsendiri. bila dah keluar set sebenar terus asingkan lain-lain polibeg. dah tu jirus macam biasa, letak kat tempat teduh sikit. tau-tau dah berbuah ;)

      Padam
  3. I pun sama mcm komen Kak Zana tu... tak larat berpanas, lg2 bln puasa mcm ni.... pastu satu lg alasan, takut itam la kononnya. Ahaks! Sila muntah mendengarnya.

    psst.. tgh cuti posa ke ni Wani kemain perkasa je tuh. Kekekeke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huii. i pose penuh la, tak yang yok taw! huhu
      siapkan keje luar rumah ni awal-awal, pastu boleh start projek menjahit plak.
      p/s: kalau muntah batal pose tak? bluwekk!

      Padam
  4. kita cadangkan awak tukar cara susun bata tu supaya tegak, bukan serong-serong mcm yg ada tu... sebabnya kita pernah buat mcm tu juga... lepas tu kat ruang bawah yg ada sikit tu rumput menyelit masuk... bila rumput dah masuk tu... tau je la susah nak kawal rumput - akar dia kuat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak, iye ke kak Maria? saya tengah kekurangan batu ni. kalo pesen ni dapat naikkan tanah tinggi sikit. aa, nanti saya adjust balik. terima kasih untuk nasihat dan cadangan :-*

      Padam
    2. dulu akak buat mcm tu pasal kurang batu la.... tapi bila rumput masuk kat patch (lagi susah klu rumput karpet) susah nak tarik buang akar dia... pokok kat atas tercabut, akar kat bawah tertinggal... :(

      Padam
    3. ok kak, sudah tukar pesen dah. thanks ya ;)

      Padam
  5. Salam.. Nak Tanya yang bulat2 tu ape..? Tempt tanam pokok ke..? Mana nak dapat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang bulat-bulat tu paip PVC berdiameter besar. saya gunakan untuk naikkan sikit tanah guna tanah yang dibeli di nursery.
      nurul boleh check kat sini:

      http://maharani-kecik.blogspot.com/2012/04/ekpserimen-02-small-space-raised-bed.html

      salam kenal :)

      Padam
  6. salam ramadhan. suburnya buah tomato tu..xsesia kan berbudi pada tanah, dah nampak hasilnya..=)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...