Ceritera Maharani Lawak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebagai seorang isteri merangkap surirumah sepenuh masa ni, kadang2 terasa bosan juga bila tak ada aktiviti yang nak dibuat sepanjang hari. Bangun tidur, buat sarapan, layan anak, masak tengahari, layan anak, minum ptg, layan anak, makan malam, layan anak sambil layan tv pastu tidur (itu termasuk juga membasuh dan mengemas ye, takde la buat muka poyo je sepanjang masa..huhu)

Penyebab utama mungkin kerana saya bukan jenis yang suka keluar rumah, malah Pak Bujal (suami ye) pun kurang senang kalau saya nak keluar ke mana-mana masa dia tak ada kat rumah. Tau-tau je lah, dalam sebulan pun cuma 2 minggu dia ada di rumah, 2 minggu lagi masa bekerja di laut. Jadi kebanyakan masa saya semasa Pak Bujal takde adalah duduk di depan notebook bermain Plants vs Zombies dgn anak, check email sampai boring atau yang terbaru - bermain Empires & Allies di Facebook! Ahh.. memang sangat bosan, kan?!

Jadi, saya berazam saya akan mula balik berblog lah, join kawan-kawan baru, cuba habiskan masa dengan berfaedah. Hahahaha. Macam pernah ku dengar ayat itew kan? Hahahaha *keluar air mata

Doakan saya akan bertambah rajin, walaupun belum ada kawan-kawan yg sudi follow saya, saya akan cuba tambah dalam masa terdekat nih. Ganbatte! *koh koh koh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...