Kisah bermula pada 17 Oktober 2011 apabila Buletin Utama di TV3 memaparkan satu video yang dimuat turun dari Youtube. Ianya sesuatu yang mengganggu fikiran saya sehingga beberapa hari. Tidur malam juga asyik terbayang visual kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa sikap pentingkan diri manusia. Membayangkannya saja saya sudah tidak sanggup. Sangat kasihan….
Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun itu berjalan seorang diri di lorong sempit di sebuah pasar di China. Tiba-tiba sebuah van putih yang kelihatannya tidak sengaja terlanggar kanak-kanak itu sehingga anak itu terbaring digilis tayar hadapannya. Iya, ‘digilis’ itu maknanya badan anak kecil itu sudah dilenyek oleh tayar van. OMG! Apa yang lebih keji ialah apabila pemandu van itu yang sudah berhenti sebentar, mula melenyek pula si kecil itu dengan tayar belakang dengan niat untuk melarikan diri - dan terus beredar. Kemudian sebuah lori pula datang, terus melenyek pula kaki kanak-kanak yang sudah terbaring tidak bermaya
Yang lebih menghairankan adalah apabila selepas kejadian tersebut berlaku, dilaporkan lebih 18 orang melalui lorong itu sekadar melihat dan berlalu dari tempat kejadian. Hanya beberapa lama kemudian barulah seorang wanita yg melihat keadaan kanak-kanak itu kemudiannya memanggil ibu anak itu. Teriak tangis seorang ibu betul-betul menyentuh hati. Lebih-lebih lagi kejadian yang sudah terakam di CCTV itu diperlihatkan sejak awal. Luluh hati saya melihat kejadian itu. Hati menjerit-jerit kasihan dan marah. Kenapa ada manusia yang sangat kejam hingga sanggup melakukan perkara seperti itu!!
Beberapa hari seterusnya saya terbaca satu artikel di facebook. Penulis berkata keadaan itu berlaku kerana undang-undang di China mensyaratkan sesiapa yang terserempak dengan satu mangsa kejadian apa pun, samada mangsa jenayah, kemalangan atau atas sebab kesihatan, orang yang menolong diwajibkan untuk menanggung segala kos rawatan yang dikenakan atas mangsa oleh hospital/klinik, what so ever la.
I'm just like, What ??
Ada ke kerajaan yang akan buat undang-undang macam tu?? Kalau betul, itu agak pelik dan mengejutkan. Jadi, rumusan penulis artikel tersebut ialah, “jika anda ke China dan terserempak dgn mangsa kejadian (seperti yang dah disebut kat atas tu), anda jangan buat apa-apa, biarkan saja melainkan mereka adalah saudara atau kawan-kawan anda!”
Pada saya, saya percaya kepada hari akhirat yang mana ada pembalasan terhadap baik buruk amalan dan perbuatan kita di atas dunia. Sebagai umat Islam kita wajib percaya adanya hidup selepas mati. Dan daripada saya mengorbankan perikemanusiaan saya untuk bersifat pentingkan diri sendiri (terutama sekali apabila berada dalam situasi kanak-kanak 2 tahun itu), saya lebih rela untuk tidak ke Negara China! Dan jika saya terpaksa sekalipun, saya lebih dari sanggup untuk membantu daripada hanya membiarkannya berlaku di depan mata saya.
Sekarang saya semakin berhati-hati apabila berada di tempat awam. Sesungguhnya manusia-manusia kejam dan mementingkan diri ini sentiasa ada di kalangan kita. Moga Allah memelihara keselamatan keluarga kita semua dan menjaga hati kita supaya tidak hanya memikirkan kepentingan diri semata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan