Salesman(@girl) Yang Menjengkelkan atau Gores dan Menang?


Assalamulaikum dan selamat sejahtera,


Korang pernah tak semasa berjalan-jalan dalam pasaraya besar seperti Carrefour atau Tesco, mana-mana saja lah sambil menolak troli sarat muatan, didatangi oleh salesman atau salesgirl yang sibuk menabur kata-kata manis bak madu memperkenal produk ajaib lagi bermutu keluaran syarikat masing-masing?

Ada sesetengah dari mereka akan dengan sopannya menjemput kita mencuba dulu barangan, melihat demo atau menerima cenderahati dengan syarat duduk sebentar mendengar penerangan mereka tentang jenama dengan harapan untuk memperkenalkan jenama mereka ‘sahaja’ katanya. Sudah beberapa kali terkena dan akhirnya duit beribu terbang untuk membeli barangan yang memang sesetengahnya sangat bagus dan berkualiti, manakala sesetengahnya dibeli hanya kerana nafsu. Hahaha.


Paling tidak seronok bila kita ditawarkan produk yang sama berulang kali walau sudah diberitahu yang kita sudah membeli produk tersebut, berani-berani pula mereka mempertikai dan memberi respon buruk bila kita menolak. Saya paling geram rasa macam nak kunyah-kunyah je salesman/girl jenis macam ni. Saya pandang kecik besar je, atas bawah saya pandang konon-konon macam garang sangat. Walhal tak berani mana pun. Kehkehkeh.

Lain pula kisahnya dengan Gores dan Menang. Abah kepada seseorang pernah bercerita kepada anaknya bagaimana beliau hampir-hampir tertipu dengan satu sindiket menyamai gores dan menang yang menjanjikan sebuah kereta oleh sebuah company. Iye la, orang tua duduk kat kampong mana biasa dengan kes-kes macam ni. Dijadikan cerita sewaktu menghadiri majlis yang dikatakan majlis menyerahkan kunci kereta, tiba-tiba meluru masuk sekumpulan polis menyerbu tempat berkenaan. Syukur Alhamdulillah, selamat la makcik-makcik dan pakcik- pakcik pada hari tersebut. Saya sangat pasti mereka sebenarnya akan diumpan untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan kereta tersebut walaupun pada asalnya diberi atas tiket 'cabutan bertuah'. Haii, bertuah betullll! Selamat mak abah aku…………….. (‘____’||)

Apa-apapun berhati-hatilah bila kita didekati golongan salesman atau sindiket gores ni. Jangan sampai tergadai money, silap-silap habis semua disapu sekali. Kalau setakat sakit hati takpe lee…hehe. 

p/s: Satu-satunya jenis salesman/girl yang saya dekati adalah yang beri sample minuman atau makanan free. Kenyang…! Hihihi

2 ulasan:

  1. Mak saya pernah kena. Bapak mertua pun pernah dpt panggilan telefon kata menang peraduan power root. Nasib baik pak tak layan. Tp mak kena beli jugak set memasak. RM400 kena bayar. Gores dan menang.

    BalasPadam
  2. hi Lyd! thanks for being my 1st follower..luv u! ;)
    harap berhati2 selalu, kadang2 tengok diorang ni kalau kat tpt parking dah macam nak pukul orang, memaksa pulak lagi tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...