Siapa Bunting??


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Habis congak hampir cukup setengah tahun tak update blog. Dah boleh masuk buku rekod ni. Huhu. Cerita hari ni pun dah hampir berkulat dek kerana lamanya duduk dalam kamera dan pc saja. Tapi bila dibelek-belek terasa sayangnya kalau tak diabadi dalam blog. Sesetengah gambar memang boleh memberi 1001 cerita.

 photo PB090007_zps16ff7bfa.jpg

Bunga Keladi Bunting (water hyacinth)


Pokok keladi bunting ni asalnya dibeli dari Diana. Beli 2 pokok je tapi dah membiak-biak, sudah boleh dikongsi dalam 2 pasu dan akuarium dalam rumah. Bagusnya pokok ni boleh menapis kelodak dalam air. Air dalam pasu besar ni menjadi jernih, jadi dapat la tengok ikan sepat dan anak-anak ikan Guppy berenang-renang di dalamnya.

Saya asalnya memang tertarik dengan kecantikan bunganya. Nampak unik dan anggun sekali, berwarna ungu dalam gugusan yang cantik bersusun sekali imbas memang nampak macam bulu merak. Bila musimnya nak berbunga, walaupun pada anak pokok yang masih kecil kembang serentak buat saya rasa kagum dan ceria sangat.

 photo PB090002_zpsc6836d40.jpg


Lagi cerita tentang keladi bunting dari Dedaun Alam

7 ulasan:

  1. Assalam.. lama betul tak up entry ya.. btw welcome back... water hyacinth memang cantik ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam kak mar. kejap, nak sorok belakang pintu jap. weee~
      terima kasih masih sudi tinggal jejak kat sini ;)

      Padam
  2. Salam Bahagia nampak dah berbunga-bunga di tempat Wani :) . KMKG pun baru update setelah lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Diana! :)
      laman saya ni jarang berbunga. daun memanjang. sekali sekala dapat hadiah bunga banyak2 macam ni terasa gembira sangat.
      nnt saya singgah KMKG ye, KBB memang sentiasa update kat email ;)

      Padam
  3. Lamanya menghilang diri, ingatkan dah gantung pen di atas bumbung rumah.....Apa pun selamat kembali ke dunia blog....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kih kih kih. ambooii, tingginya nak gantung sampai bumbung rumah! >_<
      alang-alang nak gantung baik gantung laptopnya kan? haha
      thanks JR untuk ingatan :D

      Padam
  4. Saya masa kecik selalu letak kacau pokok ni. Sape suruh menghalang laluan terjun tiruk kitorang kat tali air. :P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...