We Won ‘Another’ Fisher-Price Toy!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sebenarnya keputusan dah diumumkan minggu lepas, semasa saya masih di Terengganu lagi tapi tak berani nak publish selagi hadiah belum sampai. Huhu.

Saya join satu giveaway ni bulan lepas di blog diyanazman. Well, sebenarnya giveaway ke-3 dari blog kesayangan saya tu (bodek..hehe). Nak join senang je. Cuma perlu komen tentang produk yang Diyana review dalam entrinya yang lepas - Fisher-Price Stride To Ride Lion. Cerita la kenapa kita sukakan produk tersebut dan kenapa kita ingin memilikinya. Senang kan? (senang lah sangat! Huhu) Dekat 2 hari juga nak menyusun ayat, walaupun tonggang-terbalik tapi ok la asalkan judges tu faham ;p

Berbaloi dengan usaha dan masa yang digunakan untuk memerah otak saya yang dah nak beku ni (termasuk berebut laptop dengan anak T__T), akhirnya kami menang ni.

Photobucket
Fewwitt!! rezeki Sara lah ni



Dan semalam adik bawak balik 1 bungkusan besar. 

Photobucket

Siap masuk guni lagi

Photobucket

Sara tak sabar nak main

Photobucket

Tengok muka happy dia - Priceless! 

Kenapa saya paranoid nak post pasal ni awal-awal? Sebabnya sila tengok sini

Saya harap Fisher Price tak tarik balik hadiah ni. Lagipun adil la kan sebab diorang (the judges) bukan kenal saya (bukan Diyana yang pilih pemenang) dan saya berusaha juga untuk beri komen terbaik, kan? 

Peace yo!
:D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...